Salam pembuka bicara..
Hari ni nak bercerita mengenai cincin. Cincin risik dan juga cincin tunang. Tak ada treaser k! Cincin ni rahsia.
Cincin risik
Saya beli di Jusco Bukit Tinggi, Klang dekat SK Jewellery.
Masa ni tengah ada promo gile-gile. Dekat Poh Kong, Habib semua pun ramai orang. Masa ronda-ronda ni, baru lah saya tahu kebanyakan yang dorang jual tu emas 18K. Untuk cincin merisik, saya pilih cincin belah rotan sahaja. Saya memang suka kan cincin belah rotan sebab dia simple dan cantik. Bila Z tanya, nak cincin apa. For sure, saya akan cakap cincin belah rotan. Sebab dorang tengah sale gile-gile, Z belikan 2 cincin belah rotan untuk saya yang berlainan warna. Mula-mula, nak amek 3 tapi sebab yellow gold dah tak ada saiz saya, saya amek dua je. Rose gold dan white gold.
Sebenarnya, menyesal beli cincin ni jugak sebab saiz dia tak kena dengan jari saya. Tapi dah beli, tak pe lah. Masa beli ni, saiz 9 betul-betul tinggal satu. Itu pun warna rose gold je. Yang white gold tinggal saiz 10. Jari saya pakai saiz 8.5. Belasah je la. Kalau tak nak nanti, minta la yang lain. Sedap ko cakap dhiera oiii~
Tunang
Untuk tunang pula, beli di kedai emas biasa masa harga emas tengah jatuh hari tu. Beli dekat Tanjung Malim. Sekali tu, kawan yang beli cincin dekat Slim River kata kat Slim lagi murah. Alaaaa jela kan, dah beli.
Kalau nak tahu, sebenarnya harga market emas ni berbeza bergantung pada tempat. Macam dekat bandar-bandar tu (KL ke Klang ke Shah Alam ke) harga emas dorang lagi mahal dari kawasan terpinggir sikit macam Banting ke Sabak Bernam ke. Harga dia berbeza sebab dekat sesuatu kawasan tu, dorang ada persatuan yang akan tentukan harga emas di kawasan tu. Maknanya, kalau peniaga emas nak jual emas ada sampai jumlah tertentu untuk dorang bagi less.
Senang kata. Masa saya beli cincin tunang, harga market 1 gram emas 916 (22K) adalah RM 189. Tapi di Tanjung Malim, dorang jual 1 gram emas 916 dengan harga RM184. Slim River lagi murah. Tapi tak pasti berapa sebab tak tanya lebih pada kawan.
Plan asal, saya nak rantai tangan untuk tunang. Tapi rantai tangan sekarang banyak yang halus-halus. Rantai tangan saya yang sedia ada ni, lagi tebal dari dorang jual. Last-last decide nak beli cincin je. Tapi kebanyakan kedai dekat Tanjung Malim tak ada jual saiz kecik. Ada satu je kedai yang jual saiz 8.5. Syukur. Terus rembat time tu. Masa ini, tak fikir sangat rupa cincin. Asal ada je. Sebab saya dah hampir putus asa dan letih mencari. Minta less bersungguh-sungguh, akhirnya dapat lah harga yang betul-betul dalam bajet. Z suka, saya pun suka.
Masa ni, kami ingat nak beli rantai leher untuk nikah sekali. Tapi Z kata, nanti la ea beli. Padahal, dia dah usha-usha harga. grr. Sabar aje la~
Tip nak beli emas:
1. beli dekat tempat terceruk sikit. Harga lagi murah.
2. boleh potong cincin. tapi sayang sebab harga tetap sama siap tambah upah buat lagi.
3. cincin belah rotan tak boleh potong sebab dia bercorak-corak. jadi, pastikan saiznya betul-betul sesuai.
4. nak beli cincin belah rotan, kalau boleh beli yang emas 916. sebab nilai emas lagi tinggi untuk 916
xoxo