Selasa, 30 September 2014

Sweet Escape: Melaka

Salam pembuka bicara...


Selama saya jarang berblog disini, di blog saya lagi satu ada juga saya mencoret serba dua entri.


Meh saya nak kongsi jugak dekat sini sepanjang musim jarang berblog ni ada la jugak travel beberapa tempat. Saya buat summary ringkas di sini. Nak tahu detail klik pada link yang saya beri ye.


Saya mulakan dengan percutian kami ke Melaka 2 hari 1 malam. Sebenarnya, vacation kali ni semua tempat yang saya pergi adalah percuma. Cuma untuk hotel dan makan je kami bayar sendiri.


Destinasi 1: Taman Rama-Rama



Taman Rama-Rama ni terletak sebelah Plaza Tol Ayer Keroh, jadi kami ke sini lah dulu.
Bayaran masuk Taman Rama-Rama ni pada tahun 2013 masa tu:
Dewasa: RM8.00
Kanak-kanak: RM5.00
Kamera: RM3.00
Tapi dalam ni bukan hanya ada rama-rama sahaja, macam-macam binatang pun ada.



Untuk lebih banyak gambar dan maklumat boleh ke sini : link


Destinasi 2: Zoo Melaka



Memula nak tengok pertunjukan singa laut tapi jadual dia pukul 3 ke 4 petang. Jadi, tak dapat lah. Dekat sini kami tram je. Dan sayang sangat sebab dorang tengah renovate zoo ni.
Bayaran masuk:
Dewasa : RM10
Kanak-kanak & Warga emas : RM4
Rombongan sekolah tadika & rendah: RM2
Rombongan sekolah menengah: RM5


Detail lagi boleh lah ke link ini


Destinasi 3: Muzium Samudera

Mula-mula saya ingatkan Muzium Samudera ini hanyalah yang muzium kapal tu sahaja, rupanya ada 3 lagi muzium yang lain.

  1. Replika Kapal Muzium Samudera
  2. Muzium Samudera Fasa II
  3. Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia

Gambar di bawah mengikut susunan muzium-muzium ni.

Bayaran masuk:
Dewasa: RM6
Kanak-kanak: RM2
Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma
*Diskaun 50% jika anda mempunyai Mykad





Detail pasal muzium ni seperti di link ini.


Destinasi 4: Menara Taming Sari

Suami kata naik Menara Taming Sari waktu malam lagi cantik. Jadi, saya persembahkan video yang sempat saya rekod. Detail klik sini




Destinasi 5: River Cruise

Lepas kami nikmati permandangan dari atas Menara Taming Sari, kami terus naik beca ke River Cruise pula. Kena caj RM25 uols padahal dekat je. Tapi tak pe lah, rezeki abang ni.



Sampai dekat kaunter River Cruise, ramai gile orang. Bayaran nak naik cruise ni:
Dewasa: RM10 (Bersama MyKad)
Kanak-kanak: RM5 (Bersama Mykad)



Nak tengok, video atas river cruise dan detail dia, klik sini


Destinasi 6: Pirate Park

Lepas naik River Cruise, terus kami ke Pirate Park. Kecil je park ni. Bayaran dicaj bergantung pada permainan yang kita main. Saya naik pirate ship je. Detail link ini



Destinasi 7: Monorel Perlancongan Melaka

Monorel ni lalu dekat kawasan yang kami naik river cruise tu. Kali best la nampak pemandangan dari atas Kampung Mortem.



Bayaran naik monorel ni:
Dewasa: RM10
Kanak-kanak: RM5
Nak tahu laluan dia semua, boleh ke link ini


Hotel

Kalau ditanyakan tentang hotel, kami ambil hotel bajet berdekatan dengan uptown je sebab plan ni last minit. Pagi-pagi punya plan ni semua hotel waktu cuti sudah full.



Jangan lupanya bayar parking, nanti ke kompoun macam kami. Hihi



xoxo
dhiera

3 ulasan:

Petak Bunga berkata...

lupa nk masuk dlm kapl tu..ishk..
x tau bila plk nk sampai melaka

.hasina. berkata...

lama dah tak pi melaka ni. best gak kn :)

aquarius morius berkata...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur