Khamis, 4 Disember 2014

Semalaman di Grand Lexis

Salam pembuka bicara..


Lama lagi setelah menyepi. Blog ini memang dah jadi suam-suam kuku dah. kalau blog lagi satu (link), inshaAllah sedikit sebanyak berhupdate la juga.


Saja la kan nak share pengalaman bermalam di Grand Lexis. Well, macam biasa entri lapuk. Sebenarnya, kami pergi grand lexis ni masa ulang tahun perkahwinan yang pertama tahun lepas. Meh sapu sikit blog ni dengan entri sweet sweet escape gitu.


Saya booking hotel direct di website hotel. Korang kena rajin survey taw. Walaupun ramai yang bilang booking dekat agoda lagi murah la, booking.com lagi murah tetap tetap kena tengok harga dekat hotel sebab saya dah 3 kali, 3 kali ok sebelum booking hotel cek dekat website lagi super jimat dari website website booking booking hotel ni.


Masa ni saya dapat semalam dalam RM4ratus lebih tanpa cukai. Bila dah tambah cukai semua jadilah dalam RM500 gitu. Bila usha dekat agoda, harga dia mak aih mahai. Maaf lah ye tak ingat pula berapa jumlah sebenar. Saya minta juga untuk buat dekorasi dalam bilik. Almaklumlah, anniversary katakan. Tapi caj dekorasi dalam RM50-150. Kemudian, husband cancel sebab hotel call dia untuk tambahan caj. Hahaha.


Nampak je bangunan ni, aura dia pergh.. semacam. Excited sangat.



Rasanya masa kitorang sampai ni just nice la. Memang betul-betul waktu untuk check-in. Tapi yang sedihnya kami terpaksalah menunggu sebab bilik belum siap kemas lagi. Buang masa ai untuk berendam dalam pool. Walau apa pun, sementara tengah lepak dekat lobi tu, kami diberi tuala basah untuk sejukkan hati (ekeke) dan air sirap.



Bila tiba waktu untuk ke bilik, ada orang bawakan buggy untuk kami.First time ok naik buggy.



Saya booking bilik Deluxe Pool Villa. Bilik yang atas air. Tapi masa kami masuk bilik tu nanhado pun air dekat bawah bilik. Hahaha



Jom saya bawa anda melihat gambar disekitar bilik. Hihi





Kalau korang terer berenang, mesti rasa pool ni memang tak cukup besar untuk korang. Tapi untuk saya yang tak reti kira oklah. Haha



Bila dah petang, air baru pasang tengok lah apa yang ada dibawah cermin bilik saya ni. Wah.. banyak ye ikan dalam mimpi.




Satu yang best ye hotel ni, dia ada sedikan microwave. Kebetulan masa tu memang bawa bekal lasagna. Jadi, boleh lah reheat lasagna tu. Dan korang tak perlu risau sebab boleh dikatakan kebanyakan barang semua dah complete dalam ni. Pinggan, mangkuk, cawan, gula, teh pelbagai rasa, kettle semua ada.







Nak intai apa yang ada dalam mini fridge tu? Surprisely, dalam banyak-banyak hotel yang pernah pergi biasa dalam fridge mesti ada alkohol. Alhamdulillah dekat sini tak ada sedangkan dia hotel 5 star kan.



Tapi, harga untuk satu tin adalah RM5 uols.



Terlupa bawa toileteries? Jangan risau. Pilih je mana nak pakai. Shaver, ubat gigi semualah ada. Risau tuala tak cukup? Pun tak perlu. Sebab korang ada towel spare sampai 2 lagi tak termasuk bathrobe.





Banyak juga aktivit dekat sini yang korang boleh pilih-pilih. Tapi saya lebih kepada nak santai je la. Aktiviti husband saya pula haruslah memancing kan. Dia kaki pancing. Siapa disini bini kepada kaki pancing? Korang seronok tak husband korang selalu memancing? *kepochi* Jadi, nak datang sini, korang boleh la bawa pancing sesiap. Kalau nak sewa pun boleh juga tapi saya tak tahu lah berapa harga dia.




Umpan dekat hotel agak mahal juga taw. Jadi, petang tu kitorang keluar pergi Giant untuk beli umpan sotong.



Sambil tu boleh tengok sunset.



Hasil tangkapan hari itu adalah ikan buntal dan ikan yang tidak ku kenali.



Misi makan malam pula memang mengagau cari sebab tak cek pula tempat makan best. Haha. Sadis. Akhirnya, kami makan disini je.




Kalau korang nak mandi di pool luar, jangan lupa bawak towel card ni ok.



Sarapan pagi pun jangan bimbang memang dah termasuk denagn harga RM400 tu. Cuma yang tak best macam banyak gak lalat dekat sini.




Tengah hari tu kitorang check out dan balik ikut jalan dalam. Singgah makan dekat Salak Tinggi. Pekena masakan minang. Yummy!



Itulah kisah semalam di Grand Lexis. Worth it lah untuk try. Husband siap cakap nak datang lagi sebab dia nak pi memancing. Baru ni pergi Langkawi pun dia cakap perkara yang sama. Alkisah bini si kaki pancing.


xoxo
dhiera

9 ulasan:

Glory jane berkata...

Salam Dhira...
pool tu privite pool dalam bilik ye?
bilik air ada jacuzzi tak?

Suria berkata...

bestnya dhiera!
rasanya memang PD area penuh lalat kot, suria g morib pun camtu..lalat sana sini..tengah makan pun banyak lalat. lalat pun tumpang makan sekali :D

Chekgu Azrine berkata...

kalau tengok harga dia sekarang adala semalam nak dekat 700..wuwuwu..

best jugak sekali sekala tidru dekat hotel yg ada kolam sesiap dalam bilik kan?

dhiera zainudin berkata...

@Glory jane
yee..betul. private pool tu dalam bilik.
grand lexis hotel tak ada jacuzzi. kalau lexis hotel ada.

dhiera zainudin berkata...

@Suria
yeke suria? ermm.. lalat nk join sama. kekeke

ala, suria. pegi dh lama ni baru share. teruk kan kite

dhiera zainudin berkata...

@Chekgu Azrine
ooo...mahal2 sebab musim cuti sekolah kot. kena bersalah lah tunggu harga bukan 700.
cikgu kan? boleh mintak less harga gov. hihi

Unknown berkata...

walaupon org PD memang tengok je dari jauh gRand Lexis ni.. mahal kot na tido semata2 pool nya..hee

actually jijah pon xtau makanan yg sedap kat PD tu..hehe teruk la org PD ni...

Tanpa Nama berkata...

@Glory jane

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)