Salam pembuka bicara...
Lama sangat tak menaip dalam blog ni. Terima kasih bagi yang sudi datang dan baca blog saya ni. Malah, ada juga tetap emel saya atau PM saya di Facebook page Blog Dhiera atau Dhiera Wedding Rental. Terima kasih saya ucapkan. Terharu sebab masih ada yang ingin menatap blog terbiar ni.
Apa yang buat sepanjang saya tak menulis dalam ni?
1. Bisnes
Saya masih lagi merangkak dalam buat bisnes. Masih banyak yang perlu saya belajar dalam dunia perniagaan ni. Saya sedang menuju ke kerjaya impian saya. Doakan saya.
Apa bisnes yang saya sedang lakukan sekarang?
a) Dhiera Wedding Rental
Khidmat sewa barang-barang perkahwinan yang saya guna semasa kahwin dan bertunang tempoh hari masih diteruskan. Ada sikit barang baru yang masuk dalam dhiera wedding rental. Saya sewa memang murah sebab sekadar ingin membantu kalian dan biarlah barang itu dipakai.
Hot item dhiera wedding rental adalah easel! Boleh dikatakan setiap minggu ada je yang berminat nak sewa. Terima kasih buat yang sudi menyewa dari saya. Rasanya hampir semua barang telah saya review dalam blog ni. Link facebook nya adalah: https://www.facebook.com/dhieraweddingrental
b) Shaklee: Sihat bersama Dhiera
Saya sudah hampir 7-8 bulan bersama Shaklee. Mula-mula dulu memang on off makan shaklee. Lepas habis, saya tak sambung beli pun. Tapi sekarang saya sudah serius mengambil shaklee. Baru lah dapat rasakan yang shaklee ni best! Bila sudah serius dan merasa perbezaannya, saya mula lah menjual shaklee. Tapi baru sebulan gitu la start menjual.
Kalau ada antara korang yang ingin mencuba shaklee atau mendapatkan nasihat pemakanan atau apa-apa bantuan berkaitan kesihatan. Tak kisahlah korang yang alami atau orang terdekat korang macam ahli keluarga ke mak ayah gitu kan. Boleh lah dapatkan khidmat nasihat dari saya secara percuma.
Jangan risau ilmu pemakanan dan kesihatan komuniti yang saya belajar masa di universiti dulu masih lagi terlekat di minda. Sepanjang jadi nutritionist, orang nak dapatkan khidmat nasihat dan personal coaching dari saya kena spend more than 2k. Sekarang, saya beri secara percuma sahaja. Kerana apa? Kerana saya sangat bermurah hati untuk kongsikan rahsia shaklee kepada korang semua.
Cukup dengan hanya emel saya ke dhieranottie@gmail.com. Saya akan balas pertanyaan anda sebab saya cek emel hari-hari.
Boleh juga PM saya di facebook page: https://www.facebook.com/SihatBersamaDhiera
Blog yang saya kongsikan mengenai Shaklee juga sudah ada: http://sihatbersamadhiera.blogspot.com
Bertindak segera! Nyatakan masalah anda dan saya akan beri cadangan set yang bersesuaian kepada keadaan/ masalah anda dan bersesuaian dengan bajet anda. Pilihan terletak di tangan anda.
c) Diraz Mom Store
Saya juga sudah mulakan bisnes menjual barang baby, ibu mengandung, ibu menyusu dan bakal ibu. Temanya: Super Mommy, Happy Baby. Kedai ini sudah pun beroperasi selama 2 bulan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Ada pelbagai produk yang saya jual. Hot item di kalangan ibu mengandung ni adalah Nursing Pillow atau Nurturing Pillow!
Sekarang, Diraz Mom Store dalam pembinaan website nya sendiri. Maka dengan itu, selepas ini saya menerima bayaran menggunakan credit card atau debit card thru online juga. Doakan semoga dapat pasang FPX pula dalam website saya, jadi customer tak perlu nak transfer duit sana sini terus bayar dari website sahaja. Front end masih belum siap. Dalam proses. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan.
Diraz Mom Store ada macam-macam produk dari macam-macam brand. Terbaru adalah saya open pre-order untuk barang Avent. Saya import terus dari UK dan jual kepada anda.
Boleh lihat di Facebook page: https://www.facebook.com/dirazmomstore
Website (masih lagi dalam pembinaan dated 19 jun 2013): http://dirazmomstore.com.my/
Sebenarnya ada blog tapi diberhentikan sebab nak tumpu pada website ini sahaja.
Saya seronok dengan bisnes dan masih lagi sibuk kan diri dengan bisnes.
2. Miscarriage / Keguguran
Ini pun cerita tertangguh saya dan saya decide untuk abadikan dalam blog masa bulan mengikut EDD dia. Nak dipendekkan cerita, bulan Jun adalah sepatutnya bulan kelahiran our 1st edition. In sha Allah, saya akan ceritakan mengenai hal ini dalam entri yang lain sebab panjang juga rasa nya kalau nak cerita dalam entri ini. Tunggu saya balik cari buku putih check up untuk kandungan pertama saya. Kenapa buku putih? Sebab saya check up dekat swasta je masa ni. Bagi saya tangkap gambar scan mereka dulu ye. Gambar UPT dah hilang sebab hard disk laptop saya crash awal tahun hari tu.
Saya yakin mereka sudah besar sekarang. Saya sangatlah berharap yang saya akan jumpa mereka di syurga Allah bila tiba masanya. Saya yakin mesti ada sebab kenapa mereka tidak ditakdirkan menjadi anak saya dunia tapi di akhirat, in sha Allah merekalah penyelamat buat saya dan suami.
Pengalaman banyak mengajar kita. Redah dan Redha!
xoxo
Catatan Popular
Rabu, 19 Jun 2013
Isnin, 27 Mei 2013
Islamic Softbook untuk dijual
Salam pembuka bicara..
Sekarang ni nak update blog on off on off macam suis. Hehe. Saya tengah sibuk menguruskan perniagaan kecil saya. Salah satu yang saya jual adalah Islamic Softbook.
Kalau ada yang berminat, boleh lah beli dengan saya. Caranya mudah sahaja:
Anak-anak boleh belajar nombor 1 sehingga 10. Datang dalam pelbagai warna dan karakter yang menarik. Setiap nombor ada disediakan ilustrasi bersama gambar. Datang dalam bahasa melayu dan english
Sekarang ni nak update blog on off on off macam suis. Hehe. Saya tengah sibuk menguruskan perniagaan kecil saya. Salah satu yang saya jual adalah Islamic Softbook.
Sangat bagus untuk bayi dan kanak-kanak. Sesuai untuk bayi 3 bulan ke atas!
Tak mendatangkan masalah kalau budak-budak nak gigit ke apa dan boleh dibasuh!
Sangat jimat untuk jangka masa yang lama.
Ada 6 mukasurat tak termasuk kulit muka depan dan belakang
Kalau ada yang berminat, boleh lah beli dengan saya. Caranya mudah sahaja:
2. Boleh emel saya : dhieranottie@gmail.com
3. Whatapps atau sms: 013-3866930
1. Alif to Ya
Kod: EB 011
RM 35
*Pre-order*
-> In sha Allah, minggu ni akan sampai stok Alif to Ya. Softbook ni HOT ITEM! Cepat habis.
Anak-anak boleh belajar huruf Hijaiyah dari alif sehingga ya
2. Assalamualaikum
Kod: EB 010
RM 35
Ready stock
Anak-anak boleh belajar 6 ekspresi harian / bacaan harian dalam keadaan yang betul atau pada situasi yang betul
3. Binatang kecil di sekitar kita
Kod: EB 012
RM 35
*Pre-order*
Anak-anak boleh belajar tentang binatang-binatang kecil disekeliling kita
4. It's Prayer time
Kod: EB 009
RM 35
*Ready stock*
Anak-anak boleh belajar 5 masa waktu solat dan memberi motivasi kepada anak-anak supaya suka menunaikan solat
5. Learning 123
Kod: EB 015
RM 35
*Pre-order*
-> In sha Allah, minggu ni akan sampai stok Learning 123. Softbook ni HOT ITEM! Cepat habis.
Anak-anak boleh belajar nombor 1 sehingga 10. Datang dalam pelbagai warna dan karakter yang menarik. Setiap nombor ada disediakan ilustrasi bersama gambar. Datang dalam bahasa melayu dan english
6. Learning ABC
Kod: EB 016
RM 35
*Pre-order*
-> In sha Allah, minggu ni akan sampai stok Learning ABC. Softbook ni HOT ITEM! Cepat habis.
Anak-anak boleh belajar huruf A hingga Z. Datang dalam pelbagai warna dan karakter yang menarik. Setiap huruf ada disediakan ilustrasi bersama gambar
7. Learning Arabic Number
Kod: EB 005
RM 35
*Ready stock*
Anak-anak boleh belajar huruf nombor dalam bahasa arab dari 1 (ahad) sehingga 10 ('asyarah). Datang dalam pelbagai warna dan karakter yang menarik. Setiap nombor ada disediakan ilustrasi bersama gambar. Lengkap dengan simbol Arab dan ejaan Arab.
8. Melaksanakan Ibadah Haji
Kod: EB 013
RM 35
*Ready stock*
Anak-anak boleh belajar persediaan mudah dan ringkas dalam mengerjakan ibadah haji.
9. Mengenal warna
Kod: EB 014
RM 35
*Ready stock*
Anak-anak boleh belajar konsep warna dan gambar benda-benda yang sering ditemui oleh mereka
10. My Today's Prayer
Kod: EB 006
RM 35
*Ready stock*
Anak-anak boleh belajar 7 doa yang boleh mereka praktiskan.
Kalau berminat, boleh lah:
2. Boleh emel saya : dhieranottie@gmail.com
3. Whatapps atau sms: 013-3866930
xoxo
Langgan:
Catatan (Atom)








