Jumaat, 17 Ogos 2012

Jemput lah datang ke rumah raya ni

Salam pembuka bicara..


Akhirnya kita sampai ke penghujung Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang merasa indahnya Ramadhan kali ini dan Insyaallah bertemu di Ramadhan akan datang. Semoga dipanjangkan umur. Macam chipsmore dalam berblog. Malas. Penat. Letih. Semua ada. Tugasan kerja yang cukup mencabar minda dan menguji kesabaran. Diikuti tugasan persiapan perkahwinan yang pelbagai untuk dilakukan.




Dengan rendah dirinya, saya ingin memohon maaf jika ada entri-entri saya dan komen-komen saya yang menyinggung perasaan. Mohon maaf sebab tak berkesempatan untuk blogwalking ke blog korang semua. Semoga raya kali ini memberi seribu erti yang penuh bermakna buat kita semua. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini akan diterima Allah SWT. Berhati-hati di jalan raya. Saya akan pulang ke kampung besok selepas habis kerja. Doakan perjalanan saya selamat sampai.


Alang-alang update blog ni. Saya nak menjemput semua rakan-rakan blogger dan pembaca ke Majlis Perkahwinan saya dengan tunang saya.


Tarikh: 25 Ogos 2012 @ 7 Syawal 1433
Tempat: Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu




Doakan perjalanan majlis saya berjalan lancar dan semoga hubungan kami berdua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.  Semoga bertemu dengan status saya yang baru. wink wink! (macam tahu-tahu je tak update blog nanti)


xoxo

Khamis, 16 Ogos 2012

Adab-adab dalam berjimak

Salam pembuka bicara..


Raya dah dekat. Majlis pun dah dekat. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Sengaja nak share adab-adab dalam berjimak. Sekadar perkongsian dengan kawan-kawan


Doa sebelum berjimak
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang Engkau kurniakan kepada kami"


Adab persediaan dalam persetubuhan
- solat sunat dan berdoa malam pertama
- berwuduk selepas melakukan persetubuhan'
- bergaul dengan cara yang sopan
- bercumbu-cumbuan terlebih dahulu
- tidak mementingkan kepuasan diri sendiri
- mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin
- keselesaan dalam hubungan kelamin
- kesederhanaan
- mensyukuri nikmat
- tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain


Hukum persetubuhan yang disyaratkan dalam Islam
1. sunat
Dilakukan pada malam jumaat dengan syarat isteri tidak uzur (suci)
Rasulullah SAW bersabda "Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing"

2. makruh
Apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.

3. haram
Isteri berada dalam keadaan haid, siang hari bulan Ramadhan, persetubuhan melalui dubur. Darah haid itu kotor dan mengandungi banyak kuman serta bakteria. Saraf alat kelamin juga berada dalam keadaan tidak stabil untuk persetubuhan.


xoxo