Isnin, 30 April 2012

Cari envelope untuk kad kahwin

Salam pembuka bicara...


Kadang-kadang terasa saya kurang adil sebab selalu biarkan blog ini tak terupdate padahal blog yang lagisatu tu selalu je update. Maaf ye kawan-kawan. Sebab dah panjang menulis dekat blog lagi satu tu, blog ini macam tak tahu nak tulis panjang-panjang. Please terima alasan saya... 


Ok, pencarian untuk envelope telah bermula. 




Kenapa cari envelope? Sebab nak buat sampul kad kahwin la. Bukan disediakan sekali oleh vendor? Panjang cerita nya. Buat yang pernah baca entri lepas-lepas mesti tahu saya nak buat kad kahwin dengan kawan saya kan? Ya, memang betul pun. 


Tiba-tiba, terasa nak DIY kad kahwin pulak. Dah siap beli kertas cardstock segala ni. Lepas tu, kawan saya text "bila nak buat kad kahwin ni?" Gurlppp.. apa nak jawab ni? Fikir punya fikir. Saya decide untuk bagitahu cerita dan plan saya sebenar. Member saya tersentap la jugak kan. 


Bincang la balik dengan tunang pasal plan DIY kad kahwin ni, last-last tunang cadangkan apa kata guna je cardstock yang kita beli dan cakap dengan kawan saya untuk print dan design je. Luckily, kawan saya setuju. Kawan saya caj saya tak sampai RM100 pun untuk 1200 keping kad. Dia bagi saya dua pilihan yang menggunakan 2 printer yang berbeza. Pilihan pertama, warna tulisan tak berapa nak sharp. Kosnya hanyalah RM50 je untuk 1200 keping kad. Pilihan kedua, warna tulisan sharp. Kosnya hanyalah RM80 ke RM90 tah. Lupa. Saya pilih pilihan kedua la sebab harga tak jauh beza.


Kesimpulan, kad kahwin saya adalah separuh DIY. Owh, DIY la sangat kan. Kawan saya siap sponsor thank you tag lagi. Terima kasih kawan. 


Jadi, sudah faham kenapa saya perlu mencari envelope sendiri? Kawan saya ada pesan kalau nak dia belikan envelope pun boleh. Personally, saya lebih sukakan guna sampul surat warna coklat dari putih. Guna coklat kena lah juga dengan kad kahwin saya. Tapi belum decide sepenuh. Masih peringkat survey-survey lagi.


xoxo

Jumaat, 27 April 2012

Review baju tunang hitam kelabu

Salam pembuka bicara..


Hantaran kawan saya yang bertemakan hitam dan kelabu [entri ini] dipadankan dengan persalinan kelabu hitam juga. Sangat nice. Saya tak ada full view gambar baju tunang kawan saya. Jadi tak dapat nak tunjuk.


Bahagian hujung baju dan lengan kawan saya jahit dengan bunga timbul yang cantik. Serius memang simple. Tak ada manik-manik yang dijahit tapi baju ni sangat cantik. Saya terlalu sukakan nya. Sayang dia lagi kecik dari saya, kalau tak dah pinjam dah. ngee


Nampak tak hujung lengan baju dia? Itu lah bunga yang saya maksud kan. Ada sedikit treaser untuk veil yang kawan saya gunakan.




Ini pula untuk hujung baju dia pula.




Ada tak yang nak tengok veil cantik kawan saya?




Cantik kan? Nak tengok lagi buat sesiapa yang masih mencari inspirasi tu?




Masa saya bertunang dulu, malas fikir nak cari veil cantik-cantik. Sebenarnya, malas nak buat dan tempah. Walaupun dalam hati kurang suka veil masa bertunang hari tu. Serius suka sangat veil ni.


Baju bertunang kawan saya ni baju beliau sendiri tapi veil tu MUA yang sediakan. Nak tahu siapa MUA dia? Besok la baru cerita. Mekap dia memang cantik. Ada la beberapa orang blogger ex-bride yang guna khidmat MUA ni. Stay tune.


xoxo