Jumaat, 30 Mac 2012

Inspirasi baju nikah

Salam pembuka bicara..


Budak chipsmore datang lagi. Ummi mesti kerinduan kan kan kan?


Semalam mak ada call bagitahu yang baju nikah saya dalam pembikinan. Tak sabar! Ye saya tahu lambat lagi majlis ye. Ada 4 bulan lebih lagi tapi saya suka siap semuanya awal-awal. Sekarang ni betul-betul fokus simpan duit lepas kahwin dan juga honeymoon sebab yang lain sudah hampir setel.


Eh, lupa. Belum bayar deposit MUA lagi. Plan nak bayar lepas buat trial. Deposit untuk official photographer (OP) pun belum bayar sebab acu kata "ala, nanti-nanti la.. acu mesti datang wedding ko punye". Love u acu~ OP saya adalah paksu saya. Malas nak fikir-fikir dan pilih-pilih. Lagipun, paksu offer 4 album untuk saya. weee... Sayang berganda-ganda. Encik tunang tu agak cerewet orangnya.


Bercakap pasal baju nikah yang persalinannya bertemakan putih pink itu, saya nak bagi treaser design pilihan kalbu ni lupa lah letak sketch ye dekat mana. Designnya sangat simple. Tapi buat saya jatuh cinta. *over* Nak kata baju kurung moden macam baju kebaya juga. err.. tak tahu lah nak cakap designnya macam mana. Yang pasti, kainnya berpotongan kain kembang payung.


Inspirasi dari gambar ini.




Over tak baju nikah saya? Ada aku kesah??


Kawan mak (tailor yang buatkan baju ni) lagi over siap bayang-bayangkan macam mana keadaan kain ni bila saya duduk. Aiseh, mak cik. Rasa sangat lega sebab sekurang-kurangnya saya tahu baju saya dalam proses pembikinan. Cuma mak cik ini akan stop sekejap sebab anak sulung dia telah melahirkan anak pertama dan cucu pertama makcik ni. Tahniah mak cik!


Veil untuk nikah pula, saya dah redeem sama puan lijah yang cantik. Redeem hadiah veil sebab menang contest ini. Alahai, mommy to be. Makan banyak-banyak taw. Perut puan lijah dah semakin membesar. Dia siap tayang perut dia lagi dekat. grrr... Sabar je la dengan makcik cantik sorang ni.




Plan nak pasang manik-manik pada baju nikah. Tugasan ini saya serahkan pada puan lijah juga. Rezeki untuk baby beliau. Tapi bila fikir-fikir balik, baju tu macam cantik je walaupun tak bermanik. Oh, itu bayangan saya sahaja. Abaikan~


Rasa bersyukur sangat sebab sekurang-kurangnya saya tahu sejauh mana progress baju nikah saya. Thanx mak kerana sama excited macam kakak! Terharu..


Ya Allah, kau jadikanlah bakal suamiku seorang yang taat, patuh akan perintahmu. Jika tidak, kau kuatkanlah diriku untuk sentiasa berada di sampingnya,menegur kekhilafan, menjadi sayap kiri perjuangan ke arah jalan yg diredhaiMu ya Allah. Jadikanlah cinta kami cinta yang engkau redhai, cinta yang akan lebih mendekatkan diri kami kepadaMU. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami.


xoxo

Rabu, 28 Mac 2012

Photobook majlis pertunangan

Salam pembuka bicara...


Bukan nak tunjuk photobook gambar masa bertunang dulu dah siap ke apa tapi nak tunjuk photobook yang mengumpulkan gambar-gambar masa bertunang dulu in process. Selepas 4 bulan 1 minggu bertunang baru nak buat. Itu lah bertangguh lagi.




Sebenarnya, voucher tu dah nak expired pertengahan bulan depan. Sekarang baru sibuk-sibuk nak buat. Malas lah. Macam boring je hadap menda ni sorang-sorang. Last-last, call Z cakap ada masa kita lepak dekat mana-mana buat ni sama-sama lah. Nasib dia kata ok!


Ok dearest! Thanx reading. Terharu sebab ada yang tertunggu-tunggu update dari saya. *perasan*


xoxo