Sabtu, 9 Jun 2012

MUA & fanpage!

Salam pembuka bicara...


Sebenarnya nak bercerita pasal MUA (make up artist). Pada saya MUA adalah orang yang boleh mekap kan orang. Even mak andam pun pada saya MUA. Kalau orang kata MUA tu adalah orang yang mekap kan artis-artis memang silap la.

Meh nak bagi definisi dia dalam bahasa english. Apasal bahasa inggeris? Sebab:
1. Perkataan 'Make up artist' itu sendiri dalam bahasa inggeris
2. Orang bagi bahasa inggeris, balas pun dalam bahasa inggeris juga la kan? Macam interview. Ngee

All art needs a place to be seen or experienced, and in the world of makeup artistry that canvas is the human body. A makeup artist uses many different types of media:
  • Makeup
  • Paint
  • Hair
  • Prosthetics
  • Molds and Casts
These items help the artist to create a work of art using a human form - by enhancing that person’s beauty or appearance, or by creating an entirely different fantasy-based appearance or effect. 
sumber: tekan sini

Artist bukan artis macam pelakon ke penyanyi semua ni. Artist tu merujuk pada manusia yang berseni gitu..


Sambungan pasal MUA ni besok la ye. He


Untuk pengetahuan korang, saya dah page facebook saya sendiri. Promote blog gitu. Kalau-kalau ada yang sudi, silalah like. Terima kasih semua.


Page facebook saya adalah dhiera's blog [tekan sini]


xoxo

Rabu, 6 Jun 2012

Real wedding: Atan & Zai

Salam pembuka bicara..


26 dan 27 Mei lepas adalah majlis perkahwinan sepupu saya. Jadi, untuk minggu itu saya berada di Masjid Tanah, Melaka. Tak banyak yang saya dapat kongsi kan sebab saya tak terlibat secara langsung dalam majlis perkahwinan dia.


Sepupu saya yang lelaki tu. Tapi memandangkan arwah mak long dan pak long dah tak ada jadi dia buat satu majlis sahaja di Melaka. Sepupu baru saya, kak zai sangat best orang nya. Peramah. Terasa macam dah lama kenal. Lagi rapat sejak arwah atuk meninggal hari tu. Sambil potong-potong bawang, kopek kulit kentang sambil-sambil berborak dengan dia. Cerita kami wajib lah pasal wedding. Ngee. Masa arwah atuk meninggal, dorang belum kahwin lagi.


Untuk majlis pernikahan dorang saya tak sempat nak datang sebab hari sabtu saya bekerja. Untuk majlis resepsi je saya datang. Gambar pun tak banyak sebab tunang yang banyak ambil guna tablet dia. Masa ni kamera tertinggal dalam kereta. Jadi, mood untuk tangkap gambar macam down sikit. Gambar yang ada semua dari handphone saya semata-mata. Ayah pun dah bising sebab tak upload gambar wedding abang atan.


Tema majlis adalah melayu tradisional. Pakai baju persalinan songket berwarna purple. Pelamin pun ala-ala pelamin orang dulu-dulu yang pakai besi-besi tu. Nice kot. Orang sekarang dah tak buat macam ni. Lain dari yang lain. Khemah untuk keluarga kami (VVIP la kan) asing dari khemah tetamu. VVIP punya khemah dalam perkarangan rumah pengantin tapi khemah tetamu biasa berada di tanah sebelah. huhu




Ini adalah anak-anak saudara saya. Anak sepupu saya la senang cerita.




Doorgift dia ada kek coklat yang sangat sedap. Bunga pahar dari crepe paper. Memang nampak macam orang-orang lama punya style. Tunang ada ambil video tarian kompang. Maksudnya, berkompang sambil menari. Unik. Nanti saya minta dekat Z video tu untuk tontonan umum. Ngee..


xoxo