Rabu, 4 Januari 2012

Perihal cincin: ada yang kata lelaki tak boleh pakai

Salam pembuka bicara..

Kesinambungan dari entri semalam. [klik sini].

Sebenarnya, masa saya tengah research-research sikit pasal cincin untuk orang lelaki ni terbaca satu website ni tapi serius lupa website mana sebab masa tengah searching tu saya tinggalkan kejap dan buat kerja dalam lab. Time nak balik (habis waktu kerja) manager tolong tutup kan PC. Time tu saya frust gile sampai kata dekat "la, kenapa tutup? tak abes baca lagi".

Yang saya ingat, website ni dalam bahasa inggeris dan dekat situ ada tulis ayat macam lebih kurang macam ni (saya translate bahasa melayu la ye) : Lelaki tak boleh pakai apa-apa perhiasan (cincin, gelang, rantai) dari apa-apa jenis pun kecuali tujuan perubatan sebab Rasulullah pakai cincin dengan tujuan urusan rasmi kerajaan sebagai cop mohor bukan memakai cincin dengan tujuan perhiasan.

sumber: google

Lebih kurang macam ni lah ayat nya. Saya macam musykil jugak sebab website dari ustaz-ustaz dalam negara kita semuanya kata sunnah memakai cincin perak. Jadi, research tu bersambung la kepada topik yang lain. Tapi tak banyak yang saya jumpa sebab internet kat rumah tu, adoyai lembab sangat sampai saya guna dail-up. Dail-up lagi laju. Tapi guna sekejap je la takut bil telefon rumah naik, tak pepasal karang. Tu yang terus register streamyx tu (harap daftar streamyx keputusan yang tepat).


Antara yang saya dapat:
  1. Lelaki boleh pakai cincin bertatahkan berlian (samada tulen atau campuran) tapi sebaik-baiknya dielakkan kerana cincin bertatahkan berlian merupakan perhiasan wanita.
  2. Selain cincin, janggut, kopiah dan serban (seperti gelang, rantai, subang) bukan merupakan amalan islam dan sunnah.
  3. Dalam erti kata lain, gelang, rantai dan subang adalah perhiasan untuk wanita dan dikira hiasan untuk orang lelaki Hindu, agama-agama lain dan orang fasik
  4. Tapi, ada yang kata boleh sebab tak ada kenyataan secara langsung yang sebut gelang, rantai dan subang

Tapi saya lebih yakin dengan bacaan yang ini dari Ustaz Mohamad Faizal, saya print screen sahaja ye.

Tekan gambar untuk tumbesaran

Maklumat lanjut klik sini.

Maaf ya, saya tak dapat nak tulis panjang-panjang sebab kerja tengah banyak ni. Kalau korang pun ada search pasal perkara yang sama, share-share la dengan saya jugak ye. Rasa macam point dalam entri ni macam tak lengkap pun ada jugak. Mungkin sebab sumber carian tak banyak kot.

xoxo

sumber:

Selasa, 3 Januari 2012

Perihal cincin kahwin

Salam pembuka bicara..

Siapa tuesday blues arini?? Saya dah buat sedikit research pasal cincin lelaki. Sekarang ni trend perempuan bagi lelaki cincin kahwin kan?


Kenapa nak ada cincin kahwin untuk lelaki?
Dari kajian (eceh..kajian la sangat), cincin tu sekadar tanda lelaki tu dah kahwin dan hadiah ikhlas dari perempuan untuk lelaki. Lagipun, masa lepas akad ada upacara batal air sembahyang. Ikut adat, lelaki akan sarungkan cincin atau pakaikan rantai tangan untuk perempuan. Jadi, trend sekarang ni yang perempuan pun nak bagi jugak.


Perlu atau tidak?

Semua tu bergantung pada pasangan masing-masing. Kalau rasa perlu, bagi lah. Kalau tak, tak payah pun tak apa. Sebab tak masuk dalam rukun nikah pun.


Kalau nak bagi, pilihan apa  yang ada?
Untuk lelaki, pilihan yang ada hanyalah:
 a) Silver = perak
 b) Platinum
 c) Stainless steel
 d) Ada jenis lain, tapi yang atas ni yang selalu orang pakai

Suasa ke emas putih ke rose gold ke semuanya tak boleh sebab unsur emas bercampur dalamnya. Dari buku ustaz Azhar Idrus, menurut Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yang bermaksud: “emas itu adalah haram ke atas lelaki memakainya sama ada emasnya sedikit ataupun banyak”. Rasanya, semua orang dah tahu pasal ni. Nak maklumat lanjut, baca di laman ustaz naim dan ustaz zaharuddin juga.

sumber: google

Silver
Salah satu ayat dari penulisan ustaz zaharuddin, “yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.” Kenapa silver? Sebab Rasulullah pernah memakai cincin silver. Cincin ni digunakan sebagai cop mohor dalam segala urusan rasmi beliau.

Dari bacaan saya, pure silver adalah silver 925. Ada juga yang mengatakan di Malaysia silver terbaik adalah Australian Silver. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam sebab saya pun tak ambil tahu jenis-jenis silver ni. Pada saya, as long as dia adalah pure silver. Jadi, ok lah.

Dari bacaan juga, ada yang kata pastikan cincin silver ini adalah betul-betul pure silver tanpa campuran logam lain. Kalau tidak, shining pada cincin akan cepat pudar. Minggu lepas ada survey silver dekat Alamanda tapi saya lupa nama kedai ni, range harga dari puluh-puluh hingga ke ratus. Bergantung pada design.

Platinum
Quote dari Ustaz zaharuddin: Halal bagi lelaki memakai platinum manakala dari Ustaz love : Platinum adalah harus dipakai. Platinum ni memang mahal kalau nak dibandingkan dengan silver sebab susah nak cari. Well, depends la pada bajet masing-masing. Plated platinum pun banyak sekarang ni. Contoh terdekat, Diamoney la~

Stainless steel
Eimy kata stainless steel ni lagi shining dan cantik dari silver. Harga pun tak ada lah mahal sangat. Tapi menurut sesetengah ahli logam, memakai cincin yang diperbuat dari besi dan tembaga boleh menyebabkan kesakitan pada saraf badan ketika usia semakin meningkat. Malah dalam islam, hukum memakai cincin besi dan tembaga ialah makruh. Tapi sepanjang pencarian saya, tak banyak jumpa maklumat pasal stainless steel ni. Mimosa dekat KLCC tu sangat famous untuk cari stainless steel tapi eimy kata dah tutup. Tak survey la pulak.


Batu yang sesuai untuk lelaki

Batu untuk lelaki pula ada 2 jenis potongan iaitu cabochon = potongan bulat dan brilliant = batu potong. Setakat pencarian saya, batu yang sesuai untuk lelaki zamrud, delima dan nilam. Tapi kalau Z nak kan cincin, saya mungkin prefer cincin silver yang taka da batu atau batu ye ke dalam.  Kalau tak, saya nak pilih jam sahaja~


Kesimpulan
Apa pun, saya tunggu Z yang decide dia nak apa. Kalau beli cincin tapi sebenarnya dia tak nak pakai macam membazir la pula. Kalau ikutkan keperluan dia bekerja, cincin dengan jam ni memang dia tak boleh pakai pergi keje.

Saya tahu dia akan baca entri ni, jadi buat encik tunang saya, bila dah decide bagitahu lah ye. Kalau tak, kita tukar kepada jam. Ok!

sumber: