Isnin, 13 Januari 2014

Makanan tambahan perlu ke tidak?

Salam pembuka bicara...


Lama juga saya tak update blog ni.


Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik sehingga hari ini.


Saya yakin siapa yang follow saya di blog dan juga di facebook, mesti tahu saya ada history of miscarriage. Bukan sekali tapi 3 kali. Dan ribuan terima kasih buat semua doa kawan-kawan. Semoga Allah kurniakan rahmat dan rezeki melimpah ruah pada korang. Amin


Well, saya bukan nak cerita sebab keguguran semua ni sebab saya yakin, Allah uji tanda Allah sayaang. Alhamdulillah. Allah makbulkan impian saya yang lain. Bukan sikit tapi banyak! Kita sebagai manusia kena lah berikhtiarkan lagi-lagi sejak dapat tahu doktor pakar pun tak dapat nak tolong masa saya mengandung kali ketiga. Dan saya yakin setiap sesuatu tu pasti ada penawar dia. InshaAllah. Kalau secara saintifik doktor tak dapat kenal pasti. Kita berusahalah secara Islamik. Ha.. gitu. Kembali kepada fitrah. Sebab saya pun selalu dapat mimpi-mimpi yang tidak sepatutnya kan.


Mengandung berpantang. Mengandung berpantang. Mengandung berpantang. Semuanya dalam tempoh setahun. Mestilah saya mencari-cari supplement yang sesuai dengan badan ni.


Dekat pasaran ada macam-macam jenis. Supplement? Jamu? Herba? Macam-macam kan? Perlu ke tidak makanan tambahan ni, anda sendiri decide tanpa pengaruh orang lain.


Dan saya yakin, kebanyakan orang dekat luar tu tahu dan sedar kepentingan makanan tambahan. Sebab tu macam-macam produk dekat pasaran sampai kita sendiri kena bertindak untuk memilih yang mana satu menjadi pilihan kalbu. Yang mana satu betul-betul serasi dengan badan kita. Kita lah yang memilih jadi, kita kenalah yang buat informed decision tu. Betul betul?


Sebelum pilih mana satu makanan tambahan yang korang nak cuba, tolong tolong tolong selidik makanan tambahan tu. Bukan sekadar nak ikut orang. Orang ni makan jadi kurus, kulit cantik bla bla bla. You decide! Kalau tak serasi dengan badan, tak pasal-pasal ko salah kan orang pulak kan?


As for me, saya memilih Shaklee dan produk Al-Khisbun jenama utama.


Alhamdulillah, dengan ilmu pemakanan yang ada sikit ni hasil pembelajaran 4 tahun. Tak susah saya nak faham interaksi setiap vitamin dan badan kita. Saya sendiri boleh plan apa yang perlu untuk diri saya sebab pengetahuan itu ada. Tapi macam mana dengan orang lain yang tak tahu? Dekat sini lah setiap pengguna perlu banyak membaca, bertanya apa yang sepatutnya dijaga untuk badan sendiri. Jangan nak terikut-ikut cakap orang. Saya masih meneruskan Shaklee dalam diet saya. Sebab lain saya pilih Shaklee adalah kerana harga dia berpatutan. Kenapa harga berpatutan? Sebab produk dia adalah produk yang long term investment. Ada yang sekali beli boleh makan untuk 3 bulan. Tak ke jimat tu bila bahagi untuk dapatkan kos sebulan? Dan saya yakin dia adalah produk semulajadi sama macam yang Shaklee claim. Saya ingat lagi masa saya tengok video obimin dan vitalea.


Untuk produk Al-Khisbun pula saya ambil hulba dan susu kambing. Saya baru je berjinak-jinak dengan produk ni. Dalam salah satu episod Al-Khuliyah, ustaz ada cakap jin tak suka pada susu kambing. Jadi, elok lah diamalkan susu kambing ni. Saya bukan seorang yang minum susu. Takut lah juga kalau bloating macam minum anmum dulu. InshaAllah, susu kambing ni sesuai untuk orang yang lactose intolerance macam saya. Hulba pula adalah ramuan herba dari Tanah Arab. Kira, kedua-dua produk ni adalah makanan sunnah.


Tapi masa sarapan, saya ambil madu Al-Syifa dan pati delima Gustan. Makna kata, yang moden pun saya amalkan. Yang sunnah pun saya amalkan.


Kalau korang nak dapatkan nasihat mengenai Shaklee boleh lah dapatkan dengan saya. InshaAllah, saya akan cuba kongsikan apa yang tahu tentang produk ni. Yang membeli dari saya pun saya beri jaminan money back guarantee. Alhamdulillah, saya dah tolong orang yang ada masalah penyusuan dan berjaya untuk exclusive breastfeeding walaupun saya sendiri tidak pernah menyusu sebab belum ada rezeki anak. Alhamdulillah, saya dapat memberi sokongan pada si ibu bila dia dalam keadaan tekanan bila di momok kan dengan susu sikit. Alhamdulillah, saya dapat tolong orang berhenti beri susu formula pada anak dan digantikan dengan susu ibu sahaja.


Nak dapatkan madu dari Tanah Arab ni pun boleh dapatkan dengan saya, InshaAllah. Saya jamin ianya madu asli sebab saya sendiri dah uji dulu sebelum ambil. Tak kan saya nak ambil madu tak asli yang memungkin bagi efek tak bagus pada diri saya kan.


xoxo
dhiera
https://www.facebook.com/dirazmomstore

5 ulasan:

detik ilham berkata...

salam

jom singgah blog saya. saya orang baharu dalam dunia blog ini. sempena pembukaan blog saya. pelbagai hadiah menarik saya sediakan. siapa cepat dia dapat. cepat sebelum terlambat www.detikilham.blogspot.com

BLuRpL3 berkata...

http://blurplediary.blogspot.com/

lama sungguh tak dengar khabar dhiera, tup tup terbaca entry tentang miscarige.. take care dear. in shaa Allah semoga yang terbaik diberikan olehNya :)

Iza Fiza berkata...

Diera,kita xpnh pun minum susu kambing.tak tau mcmne rasa.

puan.mila berkata...

dhiera..miss u too!! moga lps ni cpt2 preggy lg dn slmt semuanya..zara nak kwn ni, hehehe

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum awak. semoga bertabah dan terus kuat. percaya, rezeki lain akan tiba jua. sheila takda amalkan apa2 sebelum mengandung kecuali acid folic dan tak minum minuman bergas. ada buat urut perut masa period. sheila dulu ada miscarriage awal nikah. lepas setahun 3 bulan baru dapat rasa mengandung lagi. syukur alhamdullilah. sheila doakan awak cepat2 preggy ye dear (",)