Jumaat, 27 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 3: Rozek Penanggah

Salam pembuka bicara..


Rozek penanggah saya diinspirasikan daripada handbouquet felt craft Intan Norazam tapi diolah menjadi rozek atau bunga penanggah.




Projek Kahwin DIY 3: Rozek Penanggah


Bahan-bahan yang diperlukan


1. Kain felt - 2 warna
2. Gunting
3. Benang dan jarum
4. Gam pistol
5. Pin


Cara-cara membuatnya

~ Amaran: Gambar dibawah menggunakan kain saki baki sebab masa proses lupa nak ambil gambar setiap step. Atau gambar dari rozek yang dah siap.


1. Potong kain felt menjadi sebesar A4 (hampir-hampir dan agak-agak). Macam saya buat, saya beli kain felt setengah meter.
* Tips: Paling jimat nak beli kain felt plain beli dekat Daiso. 0.75 meter baru RM5, kain lembut pula tu. Saya beli 0.5 meter berharga RM8.
* Beli kain lembut. Lagi cantik.



2. Kain felt saiz A4 tadi dilipat 4. Lipat bahagian yang paling panjang. Kemudian potong ikut garisan



3. Kain felt akan kecik lebar ye tapi panjang. Gambar bawah ni saya ambil yang saki-baki. Sepatutnya, kain felt tu lagi panjang.



4. Saiz kain felt macam gambar atas ni, dilipat dua pula untuk proses pemotongan.



5. Potong macam gambar bawah ni. Jangan potong sampai terputus ye. Agak-agak je nak potong dalam 1 cm.



6. Potong sehingga ada 7 jalur.



7. Kemudian, silalah jahit. Tak tahu nama jahitan. Jahitan susur ke apa tah. Yang pasti jahit yang keluar masuk tu.



8. Selesai jahit, tarik benang supaya terbuka kelopak felt tadi dan cantum kan kedua-dua penghujung kain felt tu.



9. Ulang proses ni pada kain felt yang lagi satu serta pada felt yang lain.


10. Ambil kain felt yang lain. Lukis bulatan menggunakan duit syiling 20 sen yang lama sebagai acuan. Kemudian, jahit bulatan ni pada felt yang akan berada di bahagian atas.
*Tips: Kalau malas boleh tampalkan pakai gam pistol sahaja. Saya mula-mula rajin, lama-lama gam kan je. Hasilnya seperti di bawah.
*Tips: Saya tak guna button macam intan buat sebab nak jimat kos. Saya survey butang tu, harga dia 80sen. Mahal.



11. Bermulalah proses mencantumkan dua kain felt ni untuk membentuk rozek. Boleh nak jahit atau gam kan je. Guna gam pistol ye.



12. Hasilnya seperti dibawah.



13. Akhir sekali, gam kan rozek yang hampir siap dengan button pin.



14. Dan siap!!

        


Bila dah buat banyak kali, nak siap kan rozek ni sekejap je. Selamat mencuba!


xoxo

Rabu, 25 Julai 2012

Projek Kahwin DIY 2: Kasut Resepsi

Salam pembuka bicara..


Dalam entri yang lepas-lepas

[tekan sini]
[tekan sini]


Saya ada tulis kasut untuk hantaran adalah kasut yang saya akan pakai masa resepsi. Malah, ada tulis nak custom made sebab penat nak cari kasut yang betul-betul memenuhi citarasa saya dan tunang dan yang penting kasut yang sangat selesa dengan saiz kaki saya yang kecil ni.


Akhirnya, saya jumpa sepasang kasut yang betul-betul memenuhi citarasa kami berdua tapi sangat sayang sebab kasut ni tak ada saiz 4. Bila tengok muka tunang yang dah tension sebab berbulan-bulan cari kasut tapi tetap tak ada saiz la apa lah. Saya buat keputusan untuk beli jugak kasut ni.


Projek Kahwin DIY: Kasut Resepsi


Lupa nak tangkap gambar kasut sebelum diolah oleh saya. Yang ada gambar selepas. Sila bayang kan, kasut saya yang kosong dan longgar. Gambar google yang hampir sama dengan kasut saya macam gambar bawah ini tapi yang reben-reben tu tak ada la ye. Buruk rupanya kalau pengantin pakai kasut longgar, jalan seret-seret. Jadi, terpaksa lah DIY kasut tu sikit-sikit nak bagi dia molek sikit.




Cara-caranya:


1. Try and error menggunakan shoes pad supaya kasut tu jadi selesa. 2 jenis shoes pad yang saya gunakan. (kalau ikut hati nak je pakai span baju tu letak kat belakang kasut.)


2. Mulakan dengan shoes pad yang letak dekat belakang kasut. Grip liner tak silap namanya. Rupa dia macam bawah ni.


Mula-mula, letak 1 je dulu kemudian jalan. Kalau longgar lagi, double kan grip liner ni kemudian jalan. Macam kes saya, sebelah kaki agak besar sikit. Jadi, sebelah pakai double grip liner dan sebelah lagi guna satu je grip liner. Hasilnya seperti dibawah.


Dekat bahagian belakang grip liner ni ada sticker tapi boleh je nak tampal double tape dekat belakang tu lagi supaya dia kukuh.


3. Walaupun dah guna double dan single grip liner, saya tetap rasa kasut saya longgar. Makanya, kali ini cuba pula guna shoes pad jenis macam bawah ni. Tak silap namanya shoes cushion ke apa tah.


Cara-cara nak letak cushion protector ni adalah macam bawah ni.


Dah letak kemudian jalan lagi. Taraa... baru lah selesa nak pakai kasut ni. Saya beli cushion protector yang tak perlu ditampal. Tampal tu macam memburukkan tapak kasut tu je. Lagipun nak buat hantaran juga. Buruk la presentation kasut tu nanti, cukup lah buruk dengan grip liner je.


4. Untuk mencantikkan lagi kasut saya yang kosong, saya beli kerongsang besar dekat GM Klang. Ala, kerongsang murah je. 5 biji RM 10. Hasilnya.. Taraaa... (ini adalah gambar tapi telah di grayscale kan, rupa sebenar selepas majlis)



Proses DIY yang makan masa beberapa minit sahaja. Tak perlu risau sebab tak jumpa kasut lagi.


Sebelum lupa, shoes pad ni ada beberapa jenis material. Ada silicon, getah dan apa tah. Saya pernah pakai silicon. Kurang best sebab rasa kaki melekat-lekat dekat silicon tu. Kali ni, baru nak try jenis yang macam dalam gambar kat atas ni. Semua gambar bersumberkan google kecuali yang terakhir sekali ni.


Ada tak yang berminat nak kasut macam dekat butik-butik pengantin tu? Kalau ada yang minat kasut macam tu dan teringin nak ada kepunyaan sendiri, dekat Bright Sail, Jalan Ulu Yam tu (HQ Bright Sail), kasut jenis macam tu dijual dengan hanya RM35 sahaja. Dalam banyak-banyak cawagan Bright Sail, yang dekat Ulu Yam ni paling banyak diskaun. Baju melayu siap bersulam harga dia RM60 je. Macam-macam warna lagi taw.


xoxo