Rabu, 21 Ogos 2013

Undangan Open House

Salam pembuka bicara..


Aiyoo.. Dah lama sangat tak post apa-apa entri dalam blog ni.


Hello, anyone here?? Kalau masih ada pembaca, alhamdulillah. Terima kasih sebab sudi datang jenguk lagi.


Emel-emel yang saya terima rasanya dah selamat saya balas. Kalau ada yang belum, mohon inform saya ye.


Harap belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya. Saya ingin memohon maaf jika terdapat entri-entri saya atau komen-komen saya yang menyinggung perasaan korang. Mohon maaf juga jikalau ada komen-komen yang saya terlepas pandang. 


Semoga raya kali ini memberi seribu erti yang penuh bermakna untuk kamu semua dan semoga amalan kita semua di bulan ramadhan yang akan berlalu ini akan diterima Allah SWT. Harap kita berkesempatan bertemu di Ramadhan yang akan datang.


Dengan ini saya nak jemput kawan-kawan blogger saya ke Majlis Rumah Terbuka saya secara kecil-kecilan.

Tarikh: 1 September 2013
Tempat: Astana Alam 2, Bandar Baru Puncak Alam


Kalau ada yang berminat, mari-mari PM saya di https://www.facebook.com/messages/dhiera.nadhirah
Lepas tu baru saya bagi nombor telefon na..


Jemput datang.


xoxo

*Saya ada hutang cerita mengenai kehamilan pertama saya yang saya janji nak tulis 28 June 2013 lepas. Maaf sangat-sangat. Secepat mungkin saya kongsikan ye.