Isnin, 29 April 2013

Macam mana nak DIY pelamin?

Salam pembuka bicara...


Presenting my DIY pelamin. Inilah hasil idea mak saya dan hasil tangan saya dan sepupu-sepupu termasuklah  mak dan mak long saya.


Idea DIY pelamin

Masa bertunang dulu, saya pun DIY mini pelamin tu. Jadi, memang dah berniat nak DIY juga untuk pelamin kahwin nanti. Mula-mula, mak saya cakap "ala.. tak payah lah. takut mak sibuk. tak sempat nak kerja kan pelamin ni nanti". Mak cakap lagi, "memandangkan ayah yang bayar, cari kat butik je la".


Saya frust la juga. Mak pun cari la butik-butik area Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu ni. Kami cari pelamin sahaja sebab MUA saya dah booking MUA dari Ipoh (tekan sini untuk baca, sini untuk nikah, sini untuk prewedding ) dan baju resepsi pula saya dah tempah dengan elyn creation alang-alang dah menang shawl dan veil reception (tekan sini untuk review). Tapi harga untuk pelamin sahaja macam tak reasonable. Yang bawah dari RM 1k semua old fashion punye, stok-stok yang pakai background besi-besi gitu. Akhirnya, saya cakap dengan mak, daripada spend more than RM1k untuk pelamin yang pasangnya tah berapa hari lebih baik buat sendiri. Modal pun tak sampai RM 1k to be exact hampir RM 300 je. Dah tu dari malam raya kedua lagi, saya dan sepupu pasang siap-siap pelamin tu. Kami kemas pelamin tu balik dalam seminggu selepas majlis.


Dah jimat banyak dah disitu. Walaupun, kenduri ni ayah yang tanggung tapi kita sebagai anak tak nak la jadi membazir. Maka, inilah rupa pelamin saya sepenuhnya. Hasil tangan sendiri mestilah puas hati.



Apa yang perlu untuk DIY pelamin?

Bergantung design pelamin sendiri. Saya dan mak main tangkap muat je. Asal ada. Saya kongsi sikit apa yang saya guna untuk pelamin ni.


Bahan 1: Tirai

Saya guna 2 warna kain tirai yang mengikut warna tema. Kain belakang adalah warna kuning dan depan berwarna putih. Jenis kain lace yang bercorak-corak tu. Untuk kain putih, mak tambahkan rambu-rambu bulat di bahagian tepi. Tak tahu lah saya nama dia. Tapi kalau cari jenis macam ni dah tak jumpa dah kat kedai bunga. Mak saya cari tepi tu dekat kedai cina lama di pekan Behrang.



Kami (saya dan sepupu) gantung kain ni menggunakan kayu bukan tali sebab tak nak kain tu macam melendut. Nanti jadi buruk.


Bahan 2: Kerawang dan spotlight

Kerawang polisterin dan spotlight pula saya pinjam dari kawan blogger ni juga, wawa. Wawa jarang update blog dia. Mula-mula, saya komen pada pelamin tunang dia. Saya tahu dia DIY. Lepas tu, saya tanyalah nak sewa tapi dia bagi pinjam je. Idea nak guna kerawang tu dari pelamin intan norazam.


Bahan 3: Kerusi dan sarung



Kerusi tu sebenarnya modified dari kerusi masa saya bertunang dulu (tekan sini). Kerusi tu pun DIY. Ayah buat bangku dari lebihan kayu. Kat kawasan rumah saya ni, banyak rumah-rumah yang diubahsuai. Jadi, banyak lah kayu terpakai. Mak saya tambah span pada tempat duduk kerusi bagi empuk sikit. Masa bertunang dulu, tak sempat buat sebab sehari sebelum majlis baru buat kerusi tu. Ayah pula tinggi sedikit kerusi tu sebab ayah perasan kaki suami macam tak cantik bila duduk atas kerusi pendek tu. Kemudian, mak buatkan sarung untuk kerusi guna carpet bulu-bulu yang selalu orang buat permaidani tu. Mak saya tambah dua bantal bulat di tepi kiri dan kanan kerusi dan buat sarung baru untuk bantal tu. Kemudian, jahit dua bantal tu pada kerusi.


Bahan 4: Stage dan alas

Stage untuk pelamin ayah saya buat dua saiz. Satu lebar dan satu lagi kecik dalam 1 1/2 kaki. Buat pakai lebihan kayu juga. Stage ku kukuh ye sebab dah try ramai-ramai duduk atas tu. Mula-mula nak beli carpet bulu-bulu tu lebih tapi sebenarnya kurang meter pula. Makanya, pinjam lah alas meja putih nenek. Nenek memang banyak alas meja putih sebab selalu buat kenduri. Masa saya bertunang dulu, alas meja putih tu la buat alas meja makan tetamu. Haha.. Asal ada. Kan dah cakap tangkap muat.


Bahan 5: Bunga evafoam, bantal tangan dan kipas pengantin



Bunga evafoam, bantal tangan dan kipas pengantin ni saya beli dekat Bright Sail, Jalan Ulu Yam. Dekat sikit dengan rumah dan masa tu Bright Sail ada diskaun. Bunga evafoam tu saya letak dekat kerusi instead of gantung macam orang selalu buat sebab beli bunga tu 2 je pun.


Bahan 6: Set merenjis



Saya pakai nenek punya. Ala, orang dulu-dulu semua buat sendiri kan. Jadi, nenek saya dah memang ada barang-barang macam ni. Pakai saja lah.


Bahan 7: Flower stand

Ini flower stand kaca. Saya sewa dengan somethingborrowed bynawal. Eh, saya pun ada buat sewa barang-barang ni taw dekat dhiera wedding rental. Saya tak ingat berapa harga sewa dia.


Bahan 8: Bunga-bungaan

Bunga yang tabur dekat stage pelamin, bunga kuning yang letak dalam bakul atas flower stand dan bunga putih yang letak belakang kerusi. Semua bunga ni saya beli dekat Fah Lean, Seri Kembangan. Mula-mula, mak saya nak guna fresh flower. Mak pun dah buat survey fresh flower tapi akhirnya tak jadi sebab saya kata susah nak elak bunga tu dari layu. Kan saya dah cakap saya pasang pelamin dari hari raya kedua. Saya kahwin raya keenam dan ketujuh.



Jadi, saya ambil inisiatif untuk mencari bunga yang nampak seperti fresh flower tanpa bau. Kira ok lah macam fresh flower pilihan mak. Harga bunga ni kira murah kot sebab bunga nya nampak sebijik macam fresh flower. 1 tangkai ada 7 kuntum bunga berharga RM 15.90. Dua-dua bunga harga gitu dan banyak itu. Mungkin ada tempat lain yang lagi murah kot.



Dah beli bunga tapi tak ada pasu. Nak beli pasu sayang duit. Boleh? Lepas tu teringat yang masa bertunang dulu, pihak lelaki ada bagi bakul. Bakul itu lah yang kami guna untuk cucuk bunga kuning. Ok lah dari tak ada kan? Bunga putih letak belakang kerusi tu cucuk dekat tupperware je. Tangkap muat kan?


Bahan 9: Bunga pahar

Bekas bunga pahar tu pakai nenek punya jugak. 2 pasu mak beli bunga dekat kedai. Kemain payah lagi mak  saya cari bunga pahar ni. Mak nak beli yang latest design tapi tak ada warna kuning. Akhirnya, belasah je apa yang ada.



Satu lagi bunga telur ni sepupu saya yang sponsor. Dia yang buat sendiri. Tak sangka, u rajin jugak la cousin! Thumbs up!!



Inilah serba ringkas macam mana saya DIY pelamin majlis perkahwinan saya. Alhamdulillah. Saya berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih Allah sebab Kau beri mereka yang baik-baik disekeliling aku.


xoxo

17 ulasan:

missGogreen berkata...

rajin & sgt kreatif :D

~ NANA ~ berkata...

wahhh hebat! cantik pulak tu :)

dhiera zainudin berkata...

@missGogreen
tq!

dhiera zainudin berkata...

@~ NANA ~
tq!

Nursaila Norman berkata...

idea yg sgt terbaik utk bantu b2b bt pelamin sendiri dgn kos yg rendah..hehehe..tahniah2 :))

perfect pelamin wpun diy kan :)

dhiera zainudin berkata...

@Nursaila Norman
betul tu dear..
sesuai lah untuk yg ada tight budget atau rasa tak nak spend terlalu banyak untuk wedding sahaja~

Tanpa Nama berkata...

Sarung kerusi bulu2 tu beli kat mana?

Tanpa Nama berkata...

Kain lace putih tu bleh sewa kn kat akak x..akak nk pakai utk pelamin akikah baby awal bln 11 ni..klau bleh sms akak ye..017-4846865

dhiera zainudin berkata...

@Tanpa Nama
sorry dear..
baru perasan komen ni.
kain bulu2 tu saya beli dkt bright sail, jln hulu yam lama

dhiera zainudin berkata...

@Tanpa Nama
kain lace putih ni ada dekat kampung. boleh je klo nak sewa. nt sy sms/whatapps sis ye. nama apa ea?

Tanpa Nama berkata...

Cantik... Sy pun nt DIY sendiri.. thanks utk infomasi...

dhiera zainudin berkata...

@Tanpa Nama
good luck ya dear!

nini berkata...

salam yunk.....untuk tirai peamin guna berapa meter yerrrr.....plzzzzz respond asap...kikiki

dhiera zainudin berkata...

@nini
salam nini. maaf. saya tak pasti la dear. sebab kain mak saya yang beli tapi sebelum beli memang dah ukur dulu siap-siap

Tanpa Nama berkata...

@Dhiera nadhirah u beli jar untuk doorgift kat mana ye?

Unknown berkata...

sy dr tg malim . ade wat servis plamin mini x

dhiera zainudin berkata...

@nu'oi qismis
maaf dear. sy x buat servis pelamin. kalau nak sewa boleh la a few item