Salam pembuka bicara..
Buat pembaca yang setia membaca blog saya ni pasti tahu plan asal saya yang tak mahu pelamin segala ni. Bajet memang nak sarung cincin dalam bilik je. Sekali tu 2 hari sebelum majlis ye, nenek saya kata tak kan nak bergambar dalam bilik? Nanti kawan-kawan dengan sepupu dalam bilik, nak sarung cincin pun dalam bilik mestilah keluarga Z pun nak tengok jugak?
Ok. Fine. Beralah saja lah kan sambil buat muncung? Tapi ada kebenaran ye. Family Z yang tak pernah jumpa saya lagi harus lah nak tengok jugak kan. Lagi 2 hari nak majlis ni taw. Stress sungguh masa ni.
Jadi, buat pelamin sendiri. Seharian (hari sabtu sehari sebelum majlis) saya siap kan hampir 100 kuntum bunga dari crepe paper. Dua hari berturut-turut buat tangan saya biru-biru dan sakit. 1 crepe paper boleh dapat dalam 6 kuntum bunga. Saya beli dalam 30 keping crepe paper. Bunga ni hiasan di bahagian atas. Percaya lah, bunga ini saya akan recycle untuk buat bunga telur atau centre piece masa resepsi nanti. Penjimatan jangka panjang.
Saya beli juga dua pasu artificial flower. Dapat banyak less sebab regular customer kedai ni. Gubah bunga free.
Ayah saya buat kan bangku untuk duduk di mini pelamin. Tempat duduk tu alas dengan span. Lebihan span yang mak buat tilam kitorang landing depan TV untuk bagi bangku tu sedap di duduk. Tilam ni dah macam carpet dah. Asal tengok TV je, semua nak landing baring. Bantal hijau dekat pelamin tu ambil dari dalam kereta. Saya peminat keroppi. Recycle aje la bantal.
Kain alas bangku tu pakai kain ela putih yang sedia ada di rumah. hek. Backdrop pelamin ni guna langsir yang memang dah tersedia gantung pada tingkap tu. Huhu. Kebetulan, langsir tu bertepatan dengan tema tunang saya yang berwarna hijau dan gold kan? Pakai saja lah.
Kalau cerita tentang kos yang saya guna untuk mini pelamin, sangat lah sikit. Bila kira balik, pelamin ni mahal sebab dua pasu bunga tu. Kalau tak ada bunga tu, RM50 pun tak sampai nilai ye. Hukhuk. Nak tengok gambar keseluruhan mini pelamin DIY? taraaaa....
Inilah dia tapi bantal tu terbalik ye~ hukhuk
xoxo