Soalan cepumas!!
"Bagaimana nak kurangkan rasa sakit ketika proses bersalin?"
Sebahagian jawapan ada dalam entri saya yang lepas. Tetapi yang paling penting pada saya adalah:-
- Yakin terhadap kemampuan diri sendiri.
Dari awal kehamilan, saya sentiasa berdoa supaya kehamilan saya kekal sehingga tiba waktu dia melahirkan. Sentiasa tetapkan minda yang positif. Nak tetapkan minda ni bukan perkara senang sebab saya dah merasai keguguran sebanyak 4 kali. Tapi saya percaya pada : 'Apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa dan apa yang kita buat, semua itu adalah doa'.
Saya berusaha untuk kekalkan momentum itu. Dan apabila melepasi 20 minggu kehamilan yang pertama saya tetapkan dalam minda dan yakin yang saya tak perlu sebarang pain killer sepanjang proses kelahiran nanti. Saya sentiasa berimaginasi proses kelahiran bagaimana yang saya ingin kan.
Walaupun saya tidak dapat sebiji seperti yang saya imaginasi kan tetapi perkara penting yang saya inginkan, saya dapat juga akhirnya. Allah sangat mendengar permintaan hamba Nya dan tahu kemampuan setiap hambaNya.
- Yakin dan tawakal kepada Allah
Bila tiba waktunya, kita kekal tenang dan tawakal kepada Allah.
- Sihat
Kekalkan kesihatan yang baik terutamanya di hujung-hujung kehamilan supaya kita kekal bertenaga. Makan banyak untuk kumpulkan tenaga. Hahaha. Jangan lupa buat exercise ringan sesuai untuk ibu mengandung.
Masa trimester ketiga, saya mula mengikuti kelas senaman antenatal di klinik.
- Tingkatkan bahan bacaan
Membacalah. Dengan membaca, kita lebih yakin. Tak tahu tanya kepada yang lebih arif. Jangan lupa untuk ajak suami membaca bersama-sama. Laki ku perlu dipaksa malah siap saya yang tolong baca kuat-kuat untuk dia.
- Dapatkan sokongan moral daripada suami terutamanya
Saya selalu bercerita apa yang saya nak dan tak nak masa proses kelahiran dan dalam proses mendidik anak kepada suami. Ajar suami urutan melegakan sakit belakang, urutan melegakan sakit contraction (walaupun tak lega sangat) dan urutan memperbanyakan susu.
- Kenal setiap nama ubat penahan sakit dan tahu apa akibat kalau kita memilih untuk ambil
Ada beberapa jenis painkiller:-
a) Pethidine:
Diberi melalui suntikan. Kesannya memberi rasa mengantuk pada ibu dan anak. Saya risau kalau saya ambil, saya mengantuk untuk teran dan baby saya lambat untuk respon pada persekitaran kerana mengantuk. Nanti macam mana dengan oxytocin rush saya untuk stimulate susu. Kekeke
b) Entonox:
Ini adalah gas sedut tu. Ada yang panggil happy gas. Kesan dia khayal.
c) Epidural
Diberi melalui suntikan di bahagian saraf tunjang belakang. Agak berbahaya pada pendapat saya samada untuk ibu dan anak. Ibu mungkin akan rasa sakit pinggang atau tulang belakang selepas bersalin. Cara bersalin pun mungkin perlukan bantuan forseps atau vakum atau caeser.
d) TENS
Yang ini saya jarang dengar kawan-kawan bercerita tetapi memang ada. Dia adalah satu alat yang membawa arus elektrik ringan gitu yang dilekatkan di belakang kulit. Tidak memberi kesan negatif sangat kepada baby tetapi rasa sakit tak hilang sepenuhnya.
- Belajar untuk tenangkan diri
Belajarlah pernafasan dengan betul semasa proses kelahiran. Saya? Memang praktik tetapi bila nak sangat bersalin tu, pernafasan terus teratur. That why, saya sangat memerlukan suami saya teman.
- Urutan
Yang ini berbalik kepada sokongan suami tadi. Diri sendiri pun perlu tahun urutan ni dan buatlah mana yang terdaya manalah tahu suami tak dapat teman kan.
Itu sahaja kot.
xoxo
dhiera