Entri ni sebenarnya lama dah ditaip. Tapi tak tahu kenapa belum publish. Sekarang, baby nya pun dah masuk 5 bulan dah. Hihi
============
Mengandung kali ni memang banyak sangat sesi berjumpa doktor baik di KK atau di hospital. Walaupun banyak, saya tak ada lah terasa terbeban sangat sebab memang saya kerja di KK pun. Tapi masa pergi check up ke hospital memang best gak lah sebab kami suami isteri ambil cuti sehari dan time ni suami akan dapat tengok baby. Habis check up terus jalan-jalan.
Kalau nak tahu, saya report tentang kehamilan saya di hospital dahulu baru KK. Buat buku merah di KK selepas sister KK tahu saya pregnant dan membebel-bebel pada saya. Hahaha.
Ringkasan untuk anakanda sepanjang check up semasa trimester 1.
Visit 1 @ Hospital @ 6++ minggu
Masa mengandung 6 minggu lebih aka masa ujian UPT positif, saya terus ke hospital pada hari selasa. Saya buat check up di hospital dahulu sebab saya perlu travel besoknya. Kena attend kursus penyusuan 40 jam di KL.
Masa ni, MO hospital buat scan dan detect ada 2 kantung. Jadi, dia suspect untuk twin cuma 1 kantung tu bentuk bulat, 1 lagi kantung bentuk irregular. Kantung berbentuk bulat adalah kantung yang sihat. Jadi, MO pesan kalau ada sakit perut atau bleeding, cepat-cepat datang hospital. Repeat scan another 2 weeks.
Waktu memang risau sangat untuk travel ke Tapah - KL. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang jadi
Visit 2 @ KK @ 7++ minggu
Buka buku selepas sister KK bebel dan selepas habis kursus seminggu. Kiranya saya buka buku awal 7 minggu lebih macam tu dah buka buku merah. Alhamdulillah semua ok. Tapi dapat tagging hijau sebab ada sejarah gugur 4 kali.
Hb: 13.4
Berat: 57.5 kg
BP: 103/69
Masa ni buat juga scan dan doktor KK pun detect 2 kantung. Doktor order sama macam hospital untuk repeat scan lagi 2 minggu.
Saya dibekalkan dengan pil hematinik tapi saya tak makan pun. Ingat tak entri lepas ada cerita saya sembelit teruk.
Baca: Simptom sepanjang Trimester 1
Visit 3 @ Hospital @ 8++ minggu
Di hospital setiap kali scan memang teliti. Kali ni scan confirm 1 kantung je. Kantung lagi 1 dah hilang tanpa dikesan. Scan kali ni sudah nampak heartbeat.
Masa saya gugur kali ke4, saya ada buat semua blood test untuk cek masalah sebenar disebalik kejadian recurrent miscarriage. Semua result adalah negatif dan non-reactive. Jadi, the only kemungkinan adalah bukaan rahim saya. Masa ni MO dan juga pakar (2 kali scan) cuba untuk teliti jika terdapat sebarang masalah dengan bukaan rahim saya. Tapi semua adalah normal.
Maka, pakar O&G ambil keputusan untuk prescribe kan saya low dose aspirin sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, masa saya pregnant kali ke3, pakar O&G dari Hospital Pakar Wanita Metro memang ada prescribe pada saya low dose aspirin dan progesteron.
Malah, pakar siap cakap dia tahu saya tak ada masalah untuk get pregnant tapi dia takut how i'll carrying the pregnancy. Dan saya pun bersetuju dengan pakar tu sebab my history of pregnancy sangatlah senang lekat tapi untuk survive through out the whole pregnancy journey sangatlah mencabar.
Pakar bekalkan saya dengan ubat gastrik sekali sebab saya kerap mengalami gastrik.
Visit 4 @ KK @ 9++ minggu
Ini adalah kali keempat saya check up sepanjang trimester pertama. LOL. Banyak betul. Check up kali ini hanyalah untuk repeat scan tempoh hari.
Hasil scan MO di KK pun finding yang sama dengan hospital. Jumpa 1 kantung sahaja. Yang paling mendebarkan adalah heartbeat baby. Sebab pengalaman hamil ketiga, minggu ke9 suddenly heartbeat sudah berhenti. Alhamdulillah. Semua ok. Memang nak nangis setiap kali scan. Orang tak akan tahu debaran saya setiap kali scan melainkan awak ada pengalaman yang sama macam saya. Fobia!
Berat: Naik 0.5g
BP: 100/60
Visit 5 @ Hospital @ 10++ minggu
Repeat scan lagi. MO memang closely monitor setiap 2 minggu sekali sepanjang tempoh trimester 1. Dia akan pantau pembesaran anak secara teliti. Mereka semua panggil #babyDZ sebagai precious baby/ baby termahal sekali. Even doktor, sister dan matron dekat KK pun panggil this is ur precious baby. I kena monitor betul-betul. *Terharu* Ramai orang yang mengambil berat mengenai kamu baby.
Visit 6 @ KK @ 11++ minggu
Kali ni rutin check up biasa je. Kali ni, i am very positive yang baby sentiasa sihat-sihat sahaja.
Hb: 12.2
Berat: Naik 0.5g
BP: 90/60
Nampak tak BP saya agak rendah sebab saya ambil aspirin. Memandangkan masa pregnant kali ke 3 pakar on saya aspirin sebagai langkah berjaga-jaga untuk kandungan. Pregnant kali ni pun pakar on kan saya aspirin walaupun blood test untuk cari sebab saya alami keguguran berulang-ulang tu semua normal.
Inilah 6 kali lawatan saya ke KK dan juga ke hospital sepanjang trimester 1.
xoxo
dhiera
0 ulasan:
Catat Ulasan