Selasa, 9 Februari 2016

Dzikri Zhareef's Birth Story

Salam pembuka bicara...


Nak tahu isah kelahiran dzikri serba ringkas yang tak ringkas sangat?? Ini pun entri draf juga. Padahal copy paste je dari FB. Cuma saya ada tambah beberapa item sikit lah yang berbeza.


*Note: Dzikri hari ni berusia 182 hari. Besok genap 6 bulan. Dah boleh dah nak makan solid food sekarang.


Meh layan entri berhabuk dalam draf ni


==========================


Kisah mengenai kelahiran dzikri telah saya post di FB masa dzikri berusia 55 hari yang lepas. Sekarang dzikri telah berusia 99 hari. Maka, besok tamat lah tempoh berpantang 100 hari. (neves)


Ramai kawan-kawan yang minta saya share dzikri's birth story. Kali ini saya nukilkan di sini sebagai pembakar semangat rakan-rakan yang bakal melahirkan bayi mahupun yang sedang berusaha mendapatkan bayi.


Kata orang saya bersalin kembar darah kerana keluar darah terlebih dahulu dan tempoh masa untuk bersalin tu makan beberapa hari lamanya. Lets begin the story.


3 Ogos 2015
Malam tu sambil-sambil tengok TV tiba-tiba terasa seperti sesuatu yang panas keluar. Saya fikir air ketuban ke? Bila rasa tak basah, jadi saya teruskan menonton TV. Saya ada pengalaman pecah air ketuban semasa hamil kali 3. Jadi, saya tahu rasa bagaimana air ketuban pecah.
Sebelum tidur, saya pergi toilet dulu. Sekali tengok macam ada lendir ala-ala putih telur yang dikenali mucus plug. Sila google mucus plug jika nak tahu rupa dia. Kang tunjuk sini ada yang geli pula.
Bila keluarnya mucus plug ni, saya tahu tak lama lagi ada orang baru akan lahir dalam keluarga kami.
Tempoh keluar mucus plug atau lebih mudah early labor hingga active labor ni hampir seminggu juga ye kawan-kawan. Jadi, jangan panik kalau mucus plug ni keluar. Relax-relax. Enjoy enjoy segala moment bersama suami.

Start dari hari ni kerap lah saya rasa tummy aches, backpain kuat sikit. Ala, sign early labor je la kan. Boleh je pergi kerja lagi. Hihi


4 Ogos 2015
Hari ni ada check up. Tak sangka kali ni adalah routine check up terakhir saya. Ketinggian rahim semakin menurun. Ini bermakna another sign is there. Hasil check up boleh rujuk entri ni visit ke23. [link]


7 Ogos 2015
Ada turun darah sikit (sedar pada pukul 8pagi. Kebetulan, lepas punch card terus pergi toilet). Bleeding berterusan hingga hari seterusnya.
Dalam pukul 11pagi tu terasa mild contraction tapi kerja tetap diteruskan sebab Isnin depan dah start cuti. Mintak cuti awal.
Tengah malam tu rasa macam dah makin sakit. Pergi la kejap ke hospital tapi masih 0cm. Jadi, marilah kite pulang. Saya dan suami terus balik rumah mak.


8 Ogos 2015
Kalau baby keluar hari ni, makanya kaya kaya. Hihi. 
Pagi tu, keluar jalan dengan husband sampai malam. Pergi aeon la, pergi tukar seat kereta suami la. Yang penting masa ni adalah berjalan sebagai natural inducer. Tapi berjalan sambil tahan contraction. Ko rasa? Nak nangis pun ada.
Terima kasih suami Mohd Zulhafiz belikan hadiah sempena bakal bersalin cum anniversary.


9 Ogos 2015
Contraction dah semakin kerap dan kuat. Bleeding semakin banyak dari hari sebelumnya. Makanya wasap nurse oncall nak minta dia buat ve. Baru 2cm. Tak pe, kite jalan-jalan lagi. Siap pergi openhouse lagi. Masa ni dah tak tahan dah sakit dia. Tapi positif malam nanti kot baby keluar boleh lagi nak jalan-jalan. 
Akhirnya, balik rumah mak. Makan dan mandi dulu baru siap pergi hospital.
Pukul 7.30malam baru 3cm. Adehhh. Doktor offer painkiller. I said no. Boleh tahan lagi dengan breathing technique. Sebenarnya, memang tak nak sebarang painkiller atau apa-apa intervention.
Solat Maghrib dan Isyak dekat dalam wad. Sepanjang dalam surau bila contraction datang terus menonggeng sebab kedudukan ni memang buat rasa lega sikit menahan contraction. Masa ni memang duduk dalam surau sebab mengaji sekali.
Lepas selesai mengaji dan solat, jumpa suami kejap. Dia tunggu dekat luar wad. Lepas tu, duduk dekat katil. Nak berjalan tapi malu sebab semua orang landing atas katil masing-masing tapi untuk duduk sahaja buat kita rasa makin sakit.
Waktu ni hampir-hampir nak surrender minta painkiller tapi dapat semangat dari geng-geng trust. Call suami, dia pun bagi semangat yang sama. Terima kasih korang. I love uols! Iols terus bangun dan berjalan dari hujung ke hujung wad. Dalam pukul 10lebih macam tu dah 5cm terus masuk labour room.
Call suami tak dapat sebab beg baby dalam kereta rupanya dia tertidur luar wad.
Masuk labour room kena ve lagi, tiba-tiba dah 6cm tak sampai dlam 20 minit pun. Sakit tu dah macam tak boleh ditahan-tahan dah, rasa macam nak je painkiller. Tiba-tiba, nurse offer pethidine pandai pula cakap tak nak tapi nak suami. Hahahaha.
Rasanya waktu macam ni, suami kot yang layak jadi painkiller. Mula-mula, nurses tak bagi sebab air ketuban belum pecah lagi. Tapi saya insist hanya nak suami masuk teman. Akhirnya, suami masuk teman dan urut bahagian belakang pinggang. Sumpah! Rasa sakit bearable.


10 Ogos 2015
Tiba-tiba, air ketuban pecah. Dan terus push keluar lah Dzikri Zhareef ni pada minggu ke 39 seberat 3.0kg pada jam 12.43am. Timbang sebulan dah 4.6kg. Timbang 2 bulan belum lagi tapi tahu dah semakin berat.
[Update: 5 bulan ni dah dekat 8kg dah timbang tapi sedih sebab berat dia statik sebab saya dah naik kerja dia tak rakus sangat minum. Lepas tu ada demam pula tu mungkin akibat perjalanan jauh masa krismas baru ni kot. 6 bulan tak tahu la berapa] 


Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Almost gentle birth experience.
Selamat dari segala pujukan painkiller.
Dapat suami teman dan urut dalam labour room
VE 3 kali ðŸ˜ž
Y
ang sambut semua wanita islam
Dapat jalan-jalan semasa active labour
Tak kena episiotomy
Immediate skin to skin sepanjang kena jahit (1st degree tear sebab angkat bontot masa keluarkan bahu anak kata suami). 


Sepanjang baby crawling syahdu betul. Rupanya baby diazankan dan diiqamatkan semasa baby atas dada ibu bukan macam dalam tv tu. Ceh betul. Baby terus menyusu 2 jam dalam labour room. Tapi tak dapat lah delay cord clamping. Saya bersalin hospital kerajaan sajooo. 


Next baby (InshaAllah) tahu dah mana nak pergi lepas ni. 


Mohon cuti bersalin diawalkan. Last-last, jadi cuti bersalin betul-betul. 


Terima kasih sudi baca entri panjang ni. Meh kita belanja gambar baby kita. 

Maafkan lah typo saya itu. *overn = oven

6 bulan tu besok. Tak pe la deh. In advance pun. dah 183 hari dah pun


xoxo

1 ulasan:

Suria berkata...

suria dr 4cm ke 6cm tu dah x keruan dah hahahaha, ambik gas tu start dr 4cm sampai 6cm, lps tu baby lemas terus emergency czer..

hebat dhiera x de painkiller