Salam pembuka bicara...
Hah.. kali ni nak cerita pasal pengalaman kehamilan kedua pula. Tapi serius sangat, macam hilang ingatan sikit pasal kehamilan kedua ni. Muahahaha.. Pelik tapi benar.
Sebenarnya, sangat tak sangka yang sebulan selepas saya mengalami keguguran pertama, saya terus pregnant balik. Masa ni macam tak berapa ready tapi sudah namanya rezeki. Kita terima dengan redha dan gembira la kan? Kali ini, saya simpan sebagai rahsia pada asalnya.
EDD kehamilan kedua pada bulan Oktober 2013. Kira bulan ini lah sepatutnya.
Mungkin kehamilan kedua ni hasil dari honeymoon kami yang kedua kot. Yang pertama, baby Krabi. Yang kedua, baby Melaka. Tapi baby ni pun tak lama tapi baru masuk second trimester je. Tak merasa nak minum air gula masa next check up tu. Untung jugak. Masa belajar dulu dah pernah minum air gula. Tak sedap!
Saya nak stori mori pasal pengalaman kehamilan kedua ni pun macam serba salah sebab bukan semua orang boleh percaya. Tapi cerita je lah buat coretan masa akan datang sebab saya pun dah hampir hilang ingatan kalau dibiarkan lama-lama. Hikhik
Sebenarnya, masa pregnant kali kedua ni saya selalu mimpi yang bukan-bukan. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi didatangi lelaki lain masa tidur, mimpi susu kan baby dan juga ada mimpikan breast keluar susu darah. Aigoo.. masa ni saya anggap yang ianya hanyalah mainan tidur sahaja. Tapi kerap juga saya macam ternampak bayang hitam tiba-tiba lalu dekat sebelah dan saya macam ternampak kucing berlari bawah kaki tapi sebenarnya nanhado pun kucingnya. Saya ni memang macam tak berapa berkenan dengan kucing yang suka nak sendel-sendel, dekat-dekat, acah-acah saya. Jadi, sentitif kalau tetiba ada kucing datang dekat. Kucing miaw-miaw saya ok lagi. Dia lapar saya bagi la makanan yang penting, dia terkam makanan bukan saya. Penakut betul.
Pada suatu hari, saya alami brown spot pula. Nampak je brown spot, saya tak ada pergi kerja. Berehat je dekat rumah. Pergi klinik dapat MC. Tapi makin lama, brown spot tu jadi bleeding pulak. Yang peliknya, minggu ni doktor scan semua ok. Karung cantik. Baby berdenyut ok. Dah ada kaki, tangan semua. Tapi minggu depannya, karung dah tak cantik dan baby pun dah tak jumpa dah. Masa ni redha je lah. Bila doktor soal siasat ada tak keluar ketul ke apa. Saya kata tak ada, darah je yang keluar. Dia pun pelik. Terus bagi surat refer dekat saya untuk ke hospital.
Hari Isnin saya pergi lah hospital, doktor pun cakap perkara yang sama macam doktor sebelum ni. Tapi malam tu, saya macam ada instinct yang kuat yang saya kena pergi hospital balik. Saya dah rasa perut saya ada rasa sengal-sengal gitu, sakit yang on off tapi saya boleh tahan lagi. Siap boleh masak dulu, makan dan basuh pinggan semua. Tak macam masa keguguran yang pertama. Itu memang sakit sangat-sangat sampai nak nangis pun tak mampu dah. Saya siap pesan dekat suami, "Malam ni tidur awal ye. Sebab macam sayang nak minta tolong khidmat b malam nanti". Dan betul pun instinct saya tu..
Saya baru je nak masuk tidur. Macam biasa pergi toilet dulu nak bersihkan diri dan pee pee sebab tak nak bangun malam pee pee. Kali ni, memang sangat senang. Habis je pee pee terus keluar karung. Saya panggil lah suami. "B dah keluar". Suami macam tenang dan tahu dah nak buat apa. Suami ambil barang-barang nak pergi Hospital Sungai Buloh.
Pengalaman dekat hospital sangat tak best!
Kalau yang pertama dulu, doktor scan dulu cek rahim dah betul-betul kosong ke tak. Kali ni, doktor tu terus masukan speculum dan buat operasi bersih membersih. Tak ada pula cek bukaan rahim dulu ke apa macam yang mula-mula dulu. Lepas dia bersih-bersihkan isi dalam rahim saya, dia scan dan terus cucuk ubat turunkan darah dan kecut rahim. Sangat tak mesra. Sangat rasa sakit. Lepas kena cucuk tu, kena tahan dalam wad pemerhatian dekat labor room tu. Dapat katil tambahan yang tak selesa sebab bilik tu penuh. Satu malam saya tak boleh tidur sebab anggota belah kanan saya terutamanya berdenyut-denyut satu malam. Dan sampai sekarang tempat cucuk tu masih sakit. Sakit yang tiba-tiba menyucuk pulak tu.
Doktor tu kata awak duduk dalam wad 2 jam je. Saya bagitahu la dekat suami. Kesian suami tunggu sampai tidur-tidur dalam kereta. Tapi sebenarnya, bukan 2 jam pun. Tipu je. Sampai ke pagi, pukul 7 lebih baru saya boleh discharge. Akak sebelah katil saya, dia terjatuh sebab lantai licin dan keluar kereta masa hujan. Tapi Alhamdulillah baby dia tak ada apa-apa. Sorang lagi kakak tu sampai 4 kali keguguran. Kesian dia.
Balik rehat kejap dekat rumah. Suami mandi-mandi dulu. Barulah saya balik kampung berpantang. Mak long saya pun jumpa orang yang pandai berubat, katanya sebab saya kena gangguan sebenarnya dan saya tak sedar pun yang sebenarnya dari kandungan saya pertama dulu.
Lepas tu, saya tanyalah salah seorang blogger yang saya kenal dan dia pun banyak kali mengalami keguguran. 5 ke 6 kali tah dia mengalami keguguran. Saya tanya dekat dia pasal dia berubat di Darul Syifa. Makanya, mak saya pun suruhlah saya berubat di Darul Syifa. Sambil-sambil tu masa dalam pantang, mak saya pun ada lah bawa pergi berubat juga. Berurut sudah semestinya. Tapi saya tak sempat pun pergi Darul Syifa sampailah saya mengandung balik kali ketiga baru saya pergi. Dalam tempoh setahun ni, dah 3 kali saya pregnant.
Yang pasti, setiap kali kita alami keguguran, kita kena redha dan bersyukur. Sebab apa saya kata bersyukur? Sebab anak kita ni dah sedia tunggu kita di syurga. Kita dah ada mohor kan? Kita kena ikhlas. Allah uji tanda Allah sayang. Allah uji tanda Allah tahu kita kuat untuk alami ujian itu dan Allah nak naik taraf diri kita.
xoxo
15 ulasan:
Alhamdulilah ..dear mengandung balik ..kali ni dear banyakkan berdoa agar dilindungi olehnya tau ..
jaga diri baik2 juga tau ..
Btul3.. Mereka dah tggu.. Sy pun rasa mcm ada bnda lain je., try usaha ikut prbtn islam lak
maknanya dah 2x dhiera keguguran?? so skrg ni yg ke3? betul x? deqla doakan moga baby yg ke3 ni sihat2 hendaknya ye..cemas giler baca entri dhiera ni.. tumpang simpati.. tp yg bestnye dhiera mudah hamil.. mcm deqla ni x penah langsung hamil...dah 3 tahun dah..huhu.. smuanya ada hikmahnya,.deqla redha..
btl tu dhiera..bila berlaku keguguran ni kita kena bersyukur dan redha..alhamdulillah awk pregnant jugak wpun keguguran..saila doakan pregnancy ke-3 ni sihat sampai akhir :)
dhiera, xpdt baca penuh..iklan nuffnang ni ada kt tgh² post...heeee camne nk click die? dh click tp die x pegi pulok..hihi
tahniah.. jaga baik2 kandungan ketiga ni. ada hikmah di sebalik dugaan itu.. tabah ye! :)
@Shizan Syafik
yup.. kadang2 tu kena pergi jugak pada kaedah perubatan islam
@Suria
suria, baca guna IE ke? kite try dekat IE memg ada nuffnang kat depan. kalau chrome ok je.
takziah dhiera..
salam kenal dr saya.
http://sfaezah.blogspot.com/
bila saya baca mimpi mimpi yangD Dhiera alami.. Saya dah tau kenapa.. Sebab pernah baca benda ni somewhere.
Anwway, saya doakan Dhiera dan baby sihat2. Banyakkan berdoa ye.
sabar ye dhira..ana faham perasaan tu mcm mne sbb ana pn dh mengalami keguguran..
harap lps dhira berubat semuenya jadi baik semula..
ana doakan yg terbaik buat dhira..doakan ana jgk ye..
Semoga dhiera terus tabah..alhamdulillah ade rezeki lg..semua bby n dhiera sihat...
jaga kandungan baik2....banyak2 berdoa.
insyallah semua selamat
sedih pulak baca.. dhiera take care ye..
Dhiera kita harap yg ke3 ni sihat walafiat. Btol dhiera. Dah ada anak menanti dhiera di syurga.
Tp kta pnh dgr kt cermah ada ustaz bgtau mimpi jatuh dr tmpat tinggi or susukan baby ada kaitan ngan saka. Wallahuaklam.
Catat Ulasan