Jumaat, 4 Oktober 2013

Pregnant 1: Miscarriage

Salam pembuka bicara...


Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi datang ke rumah kecil saya masa open house raya lepas. Harap-harap, semuanya berpuas hati dengan juadah yang saya dan suami sediakan.


Throw back!


Cerita yang saya janji nak cerita aritu tapi belum sempat lagi nak cerita. Kalau si kecil ini masih hidup hingga hari ini, dia sudah berusia 3 bulan lebih dah, masuk 4 bulan.


Ini pengalaman kehamilan saya yang pertama yang kawan saya kata, baby Krabi!


Sehari sebelum hari lahir saya di bulan Oktober 2012. Saya mengalami demam yang tiba-tiba panas dan backpain yang sangat melampau sakitnya sehingga saya buat keputusan untuk MC. Bermula dari hari itu, saya mengalami all day sickness dimana loya yang melampau ditambah lagi dengan sakit kepala sehinggakan saya pergi kerja tapi tak buat pun kerja. Gerak hati saya menyatakan saya pregnant ke? Masa tu, selalu cakap pada diri sendiri. Ya Allah, kalau betul aku pregnant, alhamdulillah. Jika tidak, Kau hentikan lah rasa sakit yang aku alami ini. Masa ni period saya belum delay lagi. Sebab kata hati yang kuat, saya pergi beli UPT kit sehari sebelum hari saya dijangka period.


Akhirnya, period tak datang juga dan saya dengan tak sabar terus buat test. Keputusannya, 1 line yang terang dan 1 line yang kabur. Saya terus sms kawan saya, dia cakap lagi 3 hari cuba lah test lagi. Dia dulu pun macam tu juga. Dia cakap "ala, dira pergi je klinik. mesti boleh puye". Saya pergi lah klinik pertama di Meru. Dia buat UPT test dan result dia 1 line kabur dan 1 line terang. Dia cakap tak nampak pun betul ke? Masa tu geram! Saya tunjuk gambar dan doktor tu boleh cakap test saya tak betul/ salah!


Ok, saya beli pulak digital UPT clearblue dan test selepas 5 hari tah, saya lupa. Keputusannya, Pregnant. 2-3 weeks. Hoyeah! Saya pergi pula klinik di Shah Alam 2 masa tu nak balik kampung sebab hari raya haji. Dia buat UPT test lagi. Result dia, sama macam saya test sendiri memula dulu. 1 line kabur, 1 line terang. Doktor tu cakap disebabkan keputusan macam ni, saya tak boleh nak cakap awak pregnant. Tak pe, lagi seminggu lagi awak cuba. Saya tak puas hati dan sedih sebenarnya dengan kata-kata doktor tu. Sebab saya siap bawa UPT clearblue dan tunjuk dekat dia lagi.


Akhirnya, saya cuba bersabar dan tunggu 6 minggu baru pergi klinik. Saya pergi klinik dekat Alam Jaya. Doktor ni sahkan saya pregnant dan bagi pelbagai nasihat. Appointment 2 minggu selepas tu. Sebab scan yang pertama masa usia kandungan 8 bulan.


Kemudian, berlaku lah majlis bertandang di rumah keluarga suami pada bulan November. Majlis di rumah suami lewat 2 bulan lebih. Menjadi pengantin sekali lagi tapi bertiga pulak. Saya tak nafikan saya sangatlah lasak masa ni. Kami ber'photoshoot' di Gunung Senyum. Kebesokan hari ye, petang sebelum kami menjelang pulang ke Puncak Alam dari Pahang, saya mengalami first brown spot. Kemudian, travel dari jauh pula.


Besoknya, ada lagi brown spot dan saya text suria tanya kan dekat dia hal ni. Dia minta saya pergi klinik terus sebab masa suria mengandung pun ada juga some sort of bleeding. Balik dari kerja saya terus ke klinik dan scan sekali untuk minggu 8, nampak sac dan doktor cakap baby kecil lagi. Ok tak pe. Dapat MC 3 hari untuk berehat. Dalam masa MC ni, brown spot pun dah stop. Saya pergi kerja balik macam biasa.


Beberapa hari lepas tu, dah bukan brownish tapi dah terus bleeding. Then, saya pergi klinik lain sebab klinik saya selalu pergi ni tutup. Doktor bagi surat refer ke hospital kalau masih juga bleeding dalam 2/3 hari ni. Saya request Hospital Sungai Buloh sebab dekat dengan rumah. Disebabkan masih bleeding, saya teruslah ke hospital beberapa lepas tu. Sampai hospital doktor cakap sac dah tak bulat, bentuk dah tak irregular dan baby too small for 11 weeks. Seorang lagi macam lebih besar tapi masih lagi kecil lah untuk umur dia.


Doktor bagi tempoh 2 minggu untuk tengok pembesaran baby tapi tak sampai 2 minggu janin dah jatuh.


Saya ingat 1 Disember, mc rehat saya habis. Pagi tu nak pergi kerja dah rasa macam cramp sikit dekat perut tapi saya ingat masuk angin sebab lepas breakfast rasa makin sakit. Hari sabtu, saya kerja half-day. Lepas habis kerja, saya pergi majlis kahwin kawan saya. Masa ni ok lagi. Balik dari kenduri terus sakit yang sangat kuat macam mengalahkan period pain. Tak terfikir pun nak pergi hospital sebab ingatkan angin.


Masa tahan sakit ni, saya minum milo campur oat je untuk dinner. Lepas tu, rasa nak terberak pula tapi tak nak berak. Dari ingatkan angin terus ingatkan sembelit. Hubby siap pergi klinik lagi belikan buat sembelit untuk preggy mom. Rupanya, yang saya alami dari pagi tu adalah contraction. Jalan pun tertunduk-tunduk tahan sakit. Pertama kali rasa kan, manalah nak tahu.


Hubby dengan adik masa ni, tengah syok tengok bola, saya ke toilet. Main air  je lama-lama dalam bilik air sebab rasa sangat lega bila dapat main air. Mandi masa ni, duduk atas bangku cangkung. Lepas tu, ulang alik toilet banyak kali sebab rasa nak terberak tapi tak berak-berak. Last-last, masa saya nak terkencing, saya rasa ada sesuatu keluar. And yes, karung baby semua keluar.


Masa ni, hubby lah paling cuak. Dia lah kutip and straight away bawak pergi hospital sebab klinik dekat Puncak Alam semua dah tutup. Rasa sakit dah lega sikit. Doktor datang cek bukaan pintu rahim ada lagi dalam 1-2 cm. Doktor kata ada yang keluar lagi ni. Masa scan pun ada nampak sisa-sisa lagi. Tapi dia minta saya tunggu MO datang. Doktor perempuan melayu ni kerja dia bagus. Tak sakit pun bila dia seluk. Sebelum-sebelum ni, sakit jugak ada doktor seluk. Lepas tu, saya minum banyak air. Dan bila kencing, saki baki tu keluar. Bila MO cek, rahim dah bersih dah dan saya pun boleh balik.


Besoknya hubby hantar saya balik kampung. Merasalah hidup berpantang. Hukhuk.


Cerita pasal berpantang, entri lain la ye.


xoxo

8 ulasan:

Fahimah Mahayuddin berkata...

Takziah Dhiera. Baru tau cerita ni. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Cik Puan Tqah berkata...

xpe dhiera..bukan rezeki dhiera kan..

Unknown berkata...

ooh dira miscarrige nak dekat 3bulan yer.. besar dah kan.. mmg betul la nmpk karung..
sabar yer dira.. moga ada rezeki lain..

Unknown berkata...

seriau bila diera sebut pasal karung baby tu.. sedih deqla baca.. sabar byk2 eh,.. deqla sendiri pun xde rezeki lagi..

Nursaila Norman berkata...

kuat yer dhiera..

SarahSyafiq berkata...

Takziah..insyaAllah ada hikmah disebaliknya ni.

Farhana IezAna berkata...

tak apa dhiera ..nnt ada rezeki lain buat dhiera..

ana pn baru misscarriage jgk..sedih mmg sedih tp nnt sedih tu akn terubat jgk..

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

harap dear tabah menghadapi dugaan ..amin2 ..pasti akan ada lagi nanti ..amin2 ..