Selasa, 30 April 2013

Kenapa perlu makan beradab dalam majlis kahwin?

Salam pembuka bicara..


Meja beradab adalah untuk makan beradab. Biasanya makan beradab adalah sesi makan yang tidak aman. Saya kata biasanya sebab kebanyakan yang saya baca blog-blog orang akan cakap macam tu. Jadi, saya rasa bertuah sebab makan beradab saya adalah makan beradab yang penuh dengan rasa berselera tanpa gangguan. Ok tipu. Sebenarnya tak berapa selera la sangat sebab tah la macam tak lalu nak makan. Excited jadi perhatian pada hari kejadian dan rasa macam "weh, yang makan sebelah saya ni suami saya lah! bukan lagi tunang saya. hoyeah!". Gelojoh sungguh.


Bagi yang sentiasa mengikuti blog saya pasti tahu yang majlis saya serba serbi adalah DIY. Saya kaki DIY uolls. Dhiera dan DIY tidak dapat dipisahkan. Itu kenyataan! Sebab tu pelbagai warna ada dalam majlis saya.


Idea meja beradab



Kan saya dah cakap warna ada campur-campur sebab pakai bunga apa yang ada sahaja. Disebabkan itulah saya sengaja tempah kek cawan warna-warni. Boleh refer entri ini. Bawah ini adalah gambar close up hasil adik-adik, pak cik dan kawan-kawan mereka.



Bahagian meja beradab ni saya cuma sediakan kerawang yang gantung dekat tirai itu sahaja. Selebihnya, saya pesan pada adik-adik saya yang buat. Dua orang adik saya yang menghias kawan meja beradab ni. Adik bongsu saya siap panggil kawan-kawan dia datang tolong menghias sama. Pak cik saudara saya pun turut sama menjayakan misi ini. Yang lelaki itu lah pak cik saya. Pak cik tapi beliau lagi muda dari saya.



Saya tak kisah pun macam mana mereka hias yang penting ada. Tak sangka pulak yang saya pun akan suka dengan hasil kerja budak-budak ni. Terima kasih sangat.


Meja VIP



Saya kelaskan tetamu-tetamu dari keluarga suami sebagai VIP la ye. Sebab kebanyakan yang datang masa majlis saya ni memang saya tak kenal pun lagi masa tu. Ayah dan mak saya tempah dua khemah arabian untuk kawan meja beradab dan VIP.



Makanan untuk meja VIP disediakan oleh orang rewang iaitu lauk pauk kenduri. Begitu juga dengan susun atur atas meja, orang rewang juga yang sediakan. Peralatan asas seperti pinggan, cawan dan sudu pula disediakan oleh mereka juga. Hanya tempat isi lauk (sinomin dengan set muhibah) dan bekas air basuh tangan memang menggunakan barang mak saya.


Pada mulanya saya memang bercadang nak buat centrepiece di meja tapi saya tak ada idea untuk letak dimana dan saya yakin yang orang rewang pasti rasa perkara yang sama. Jadi, setelah ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi serta dikuasa duakan, saya batalkan niat untuk buat centrepiece.


Menu bagi meja beradab

Untuk menu makanan pengantin pula, saya minta sepupu saya yang sediakan. Sepupu saya memang suka bab-bab macam ni. Mak saya cuma sediakan modal untuk makanan la kiranya. Saya pun tak ingat apa menu yang dia sediakan.



Yang saya ingat ada ayam panggang, udang (saya minta sotong sumbat sebenarnya), nugget/ sosej, puding buah dan apa tah lagi. Selebihnya adalah lauk kenduri sendiri.




Yang pasti, modal yang mak bagi pada sepupu sangat besar nak dibandingkan dengan apa yang kami terima. Sigh. Tambahan lagi, saya dah maklumkan awal-awal yang majlis bermula jam 12 tengah hari tapi sepupu saya tak tunjuk batang hidung. Disebabkan itu plan kami bertukar. Itulah yang pelik kenapa ada tepung tawar selepas berarak masuk ke pelamin. Rupanya, terpaksa buat acara itu sebagai back up plan sebab makanan pengantin tak sampai lagi. Adik saya sendiri terpaksa ke rumah sepupu untuk ambil makanan pengantin sedangkan dia dah janji nak hantar. Kalau lah tahu akan jadi macam tu, baik saya minta orang rewang je yang buat menu makanan beradab.



Tak pe. Ini adalah kenduri kahwin pertama buat keluarga kecil kami. Adik-adik saya nanti jangan harap lah saya nak pakai servis sepupu saya ni.



Gambar akhir sekali ni nak tunjuk berapa bagusnya servis pengapit saya. Hehe. Selamat dah berumah tangga beliau dengan bekas rakan sekelas saya bulan lepas siap bunting pelamin uolls.


Jawapan kepada tajuk entri ni, kenapa perlu makan beradab dalam majlis kahwin adalah bagi peluang untuk tetamu melihat pengantin dengan lebih dekat. Yela, kalau dulu-dulu, pelamin dalam rumah. Rumah pula kecil. Mana muat masuk ramai-ramai. Makan beradab ni dekat luar ada meja. Tetamu boleh lah kenal. Oh, ini dia pengantinnya. Kenapa kena hiasan cantik? Sebab kita pengantin. Wajib ke meja beradab dan makan beradab ni? Tak wajib pun tapi dah macam sebati dengan tradisi dalam adat orang melayu.


xoxo

9 ulasan:

NinaAz berkata...

menawan sungguh ayam tu

Orked berkata...

comeL je pic yg Last. erkk..yg spoil tu sepupu dhiera jugak ker?? xpaham. npe nk wat cm2? kn sepupu sendiri jugak yg kawen

but pape pon DIY meja mkn tu mmg terbaek La! effort nih nk gantong2 kt bLakang tu. bertuah Dhiera sbb surrounded by rmai fmLy, sedare & friends yg rjin toLong2 time kenduri =)

Tengkubutang berkata...

menu makan beradap yg besttt.. udang panjat n ayam golek.. heee..

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

dhiera zainudin berkata...

@NinaAz
ayam je ke? pengantin ye?

dhiera zainudin berkata...

@orked violet @ SYA
alhamdulillah sya..
projek nak DIY semua nya berjalan lancar.
yee... sepupu sendiri. erm, itu lah. tak pe. sekurang-kurangnya kite dapat pengajaran kan?

dhiera zainudin berkata...

@tenku butang
tapi biasanya bukan pengantin yang menghabiskan~ hikhik

cha berkata...

tulah susah kalau ambik servis sedara mara sendiri. bukan taknak support kan tp tulah dh jd camni dh susah nk tegur kang sedara huhu tkpela benda dh lepas kan tp lepas ni jgn ambik dh diorg tau

dhiera zainudin berkata...

@cha
betul tu. setuju! nak tegur pun salah sebab saudara kite sendiri kan~

Dell berkata...

huhu. emm. memang susah sikit bila dengan sedara. nak marah pun, kang tak pasal parents2 lak gado. adeh . T___T