Rabu, 6 Jun 2012

Real wedding: Atan & Zai

Salam pembuka bicara..


26 dan 27 Mei lepas adalah majlis perkahwinan sepupu saya. Jadi, untuk minggu itu saya berada di Masjid Tanah, Melaka. Tak banyak yang saya dapat kongsi kan sebab saya tak terlibat secara langsung dalam majlis perkahwinan dia.


Sepupu saya yang lelaki tu. Tapi memandangkan arwah mak long dan pak long dah tak ada jadi dia buat satu majlis sahaja di Melaka. Sepupu baru saya, kak zai sangat best orang nya. Peramah. Terasa macam dah lama kenal. Lagi rapat sejak arwah atuk meninggal hari tu. Sambil potong-potong bawang, kopek kulit kentang sambil-sambil berborak dengan dia. Cerita kami wajib lah pasal wedding. Ngee. Masa arwah atuk meninggal, dorang belum kahwin lagi.


Untuk majlis pernikahan dorang saya tak sempat nak datang sebab hari sabtu saya bekerja. Untuk majlis resepsi je saya datang. Gambar pun tak banyak sebab tunang yang banyak ambil guna tablet dia. Masa ni kamera tertinggal dalam kereta. Jadi, mood untuk tangkap gambar macam down sikit. Gambar yang ada semua dari handphone saya semata-mata. Ayah pun dah bising sebab tak upload gambar wedding abang atan.


Tema majlis adalah melayu tradisional. Pakai baju persalinan songket berwarna purple. Pelamin pun ala-ala pelamin orang dulu-dulu yang pakai besi-besi tu. Nice kot. Orang sekarang dah tak buat macam ni. Lain dari yang lain. Khemah untuk keluarga kami (VVIP la kan) asing dari khemah tetamu. VVIP punya khemah dalam perkarangan rumah pengantin tapi khemah tetamu biasa berada di tanah sebelah. huhu




Ini adalah anak-anak saudara saya. Anak sepupu saya la senang cerita.




Doorgift dia ada kek coklat yang sangat sedap. Bunga pahar dari crepe paper. Memang nampak macam orang-orang lama punya style. Tunang ada ambil video tarian kompang. Maksudnya, berkompang sambil menari. Unik. Nanti saya minta dekat Z video tu untuk tontonan umum. Ngee..


xoxo

2 ulasan:

Fariza berkata...

cntik songket purple :)

Unknown berkata...

cantik baju pengantin, warna purple gitu..