Salam pembuka bicara...
Bulan jun memang ramai yang dah kahwin. Dulu-dulu, saya dengan tunang pun ada terfikir nak kahwin bulan june. Masa tu belum bertunang lagi. Kononnya nak bertunang dalam 6 bulan je. hu.. Tahniah buat semua yang sudah berkahwin dan akan berkahwin.
Saya tak pasti samada pembaca saya (ramai sangat ke) ada baca my bestie punya blog ke tak. [tekan sini] Kawan saya ni pun salah seorang ahli bride to be 2012 group juga. Hajar. Semalam adalah hari resepsi hajar dan jumaat adalah hari bernikahnya hajar. Kalau saya yang disuruh review tentang majlis hajar memang segala apa yang saya ada akan saya review tapi risau tuan badan tak dapat nak review apa-apa nanti. hu~
Ok. Update yang simple-simple je.
1. Hantaran Hajar untuk Amir (MA)
Decoration dia sangat nice sebab guna bunga lily. Memberi keunikan di situ~ Kat mana hajar beli semua barang-barang ni kena tanya hajar sendiri ye.
2. Hantaran Amir untuk Hajar
Saya sangat-sangat suka style ni. Ala-ala vintage gitu. Tersangat lah simple dan tersangatlah unik~ I love the box. Terasa nak minta tapi tahu hajar tak kan bagi punya. Saya balik rumah siap cerita dengan mak betapa sukanya saya dengan hantaran amir untuk hajar ni. Nice sangat. Tapi jauh untuk saya cari~
3. Bilik pengantin
Decoration sangat simple tapi cantik! Nampak ada bentuk love dekat tirai tu? Itu adalah barang yang orang pakai dekat baju. Ada barang yang berusia lebih suku abad dijadikan hiasan. Nak tahu? Tunggu hajar review.
4. Henna
Aksi pengapit pakai kan inai. Si pengapit tolong topup warna inai je. Sebenarnya, inai ukir-ukir ni cantik tapi si pengantin sebuk nak buat kerja jugak. Hilang sikit-sikit dah warna inai. Sayang sangat.
5. Videographer
Videographer ni adalah kawan kepada adik hajar. Dorang memang specialist dalam videogaphy. Dengar tempat dorang bekerja pun dah boleh rasa 'for sure terer'. Photography tak sure samada dorang buat ke tak.
6. MUA
MUA hajar adalah kak siti. Kak siti mekap tak tebal. Nampak soft dan suci je.
7. Nikah
Alhamdulillah, Hajar dan Amir selamat dinikahkan jam 2.48 petang di surau (tak tahu nama) dengan sekali lafaz. Tahniah hajar. Serius, saya yang syahdu masa ni.
8. Handbouquet
HB ni hajar tempah dengan Nia Ain. Cantik!
9. Pulut kuning
Saya memang berniat nak buat pulut kuning macam ni dari awal. Nak fikir design lain la pula. ngee
10. Pelamin DIY
Pelamin pink dan silver DIY oleh hajar dan adik beradiknya dan anak-anak buahnya. Hasilnya, awesome!
Ok. Itu sahaja. Selebihnya, biarlah hajar yang cerita sendiri.
xoxo
1 ulasan:
comel make up haja utk nikah ni, sweet..
tahniah haja! welcome to the club.. ;)
dhiera tggu pas raye tau.. haha
Catat Ulasan