Salam pembuka bicara...
Lama sangat tak menaip dalam blog ni. Terima kasih bagi yang sudi datang dan baca blog saya ni. Malah, ada juga tetap emel saya atau PM saya di Facebook page Blog Dhiera atau Dhiera Wedding Rental. Terima kasih saya ucapkan. Terharu sebab masih ada yang ingin menatap blog terbiar ni.
Apa yang buat sepanjang saya tak menulis dalam ni?
1. Bisnes
Saya masih lagi merangkak dalam buat bisnes. Masih banyak yang perlu saya belajar dalam dunia perniagaan ni. Saya sedang menuju ke kerjaya impian saya. Doakan saya.
Apa bisnes yang saya sedang lakukan sekarang?
a) Dhiera Wedding Rental
Khidmat sewa barang-barang perkahwinan yang saya guna semasa kahwin dan bertunang tempoh hari masih diteruskan. Ada sikit barang baru yang masuk dalam dhiera wedding rental. Saya sewa memang murah sebab sekadar ingin membantu kalian dan biarlah barang itu dipakai.
Hot item dhiera wedding rental adalah easel! Boleh dikatakan setiap minggu ada je yang berminat nak sewa. Terima kasih buat yang sudi menyewa dari saya. Rasanya hampir semua barang telah saya review dalam blog ni. Link facebook nya adalah: https://www.facebook.com/dhieraweddingrental
b) Shaklee: Sihat bersama Dhiera
Saya sudah hampir 7-8 bulan bersama Shaklee. Mula-mula dulu memang on off makan shaklee. Lepas habis, saya tak sambung beli pun. Tapi sekarang saya sudah serius mengambil shaklee. Baru lah dapat rasakan yang shaklee ni best! Bila sudah serius dan merasa perbezaannya, saya mula lah menjual shaklee. Tapi baru sebulan gitu la start menjual.
Kalau ada antara korang yang ingin mencuba shaklee atau mendapatkan nasihat pemakanan atau apa-apa bantuan berkaitan kesihatan. Tak kisahlah korang yang alami atau orang terdekat korang macam ahli keluarga ke mak ayah gitu kan. Boleh lah dapatkan khidmat nasihat dari saya secara percuma.
Jangan risau ilmu pemakanan dan kesihatan komuniti yang saya belajar masa di universiti dulu masih lagi terlekat di minda. Sepanjang jadi nutritionist, orang nak dapatkan khidmat nasihat dan personal coaching dari saya kena spend more than 2k. Sekarang, saya beri secara percuma sahaja. Kerana apa? Kerana saya sangat bermurah hati untuk kongsikan rahsia shaklee kepada korang semua.
Cukup dengan hanya emel saya ke dhieranottie@gmail.com. Saya akan balas pertanyaan anda sebab saya cek emel hari-hari.
Boleh juga PM saya di facebook page: https://www.facebook.com/SihatBersamaDhiera
Blog yang saya kongsikan mengenai Shaklee juga sudah ada: http://sihatbersamadhiera.blogspot.com
Bertindak segera! Nyatakan masalah anda dan saya akan beri cadangan set yang bersesuaian kepada keadaan/ masalah anda dan bersesuaian dengan bajet anda. Pilihan terletak di tangan anda.
c) Diraz Mom Store
Saya juga sudah mulakan bisnes menjual barang baby, ibu mengandung, ibu menyusu dan bakal ibu. Temanya: Super Mommy, Happy Baby. Kedai ini sudah pun beroperasi selama 2 bulan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Ada pelbagai produk yang saya jual. Hot item di kalangan ibu mengandung ni adalah Nursing Pillow atau Nurturing Pillow!
Sekarang, Diraz Mom Store dalam pembinaan website nya sendiri. Maka dengan itu, selepas ini saya menerima bayaran menggunakan credit card atau debit card thru online juga. Doakan semoga dapat pasang FPX pula dalam website saya, jadi customer tak perlu nak transfer duit sana sini terus bayar dari website sahaja. Front end masih belum siap. Dalam proses. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan.
Diraz Mom Store ada macam-macam produk dari macam-macam brand. Terbaru adalah saya open pre-order untuk barang Avent. Saya import terus dari UK dan jual kepada anda.
Boleh lihat di Facebook page: https://www.facebook.com/dirazmomstore
Website (masih lagi dalam pembinaan dated 19 jun 2013): http://dirazmomstore.com.my/
Sebenarnya ada blog tapi diberhentikan sebab nak tumpu pada website ini sahaja.
Saya seronok dengan bisnes dan masih lagi sibuk kan diri dengan bisnes.
2. Miscarriage / Keguguran
Ini pun cerita tertangguh saya dan saya decide untuk abadikan dalam blog masa bulan mengikut EDD dia. Nak dipendekkan cerita, bulan Jun adalah sepatutnya bulan kelahiran our 1st edition. In sha Allah, saya akan ceritakan mengenai hal ini dalam entri yang lain sebab panjang juga rasa nya kalau nak cerita dalam entri ini. Tunggu saya balik cari buku putih check up untuk kandungan pertama saya. Kenapa buku putih? Sebab saya check up dekat swasta je masa ni. Bagi saya tangkap gambar scan mereka dulu ye. Gambar UPT dah hilang sebab hard disk laptop saya crash awal tahun hari tu.
Saya yakin mereka sudah besar sekarang. Saya sangatlah berharap yang saya akan jumpa mereka di syurga Allah bila tiba masanya. Saya yakin mesti ada sebab kenapa mereka tidak ditakdirkan menjadi anak saya dunia tapi di akhirat, in sha Allah merekalah penyelamat buat saya dan suami.
Pengalaman banyak mengajar kita. Redah dan Redha!
xoxo
5 ulasan:
moga maju dlm bisnes ye... baru tau dhiera keguguran.. xpela.. lom rezeki lagi.. deqla sendiri pun xde anak lagi tau..
mreka? twins ke? Allah knows the best dear!
semoge dhiera tabah dn sabar menghadapi dugaan dari allah..
dhirea...be strong..insyaAllah ada hikmah..andddd all the best for your biz..nanti farah nak singgah la kedai dhiera bila free
g' luck tawwww bisness. rezeki tu..
Takziah utk baby you. I pun baru lepas miscarriage. I phm perasaan you. bertabah lah.
Catat Ulasan