Lama sangat tak update blog ni. Tak banyak gambar guest book area saya. Yang saya dapat cari antara nya adalah ini.
Pemilihan lokasi guest book
Untuk guest book corner, saya letak kan dekat entrance. Pada entrance ada poster saya dan suami, tempat letak hadiah dan guest book seperti gambar di atas.
Decoration guest book corner
Saya buat simple decoration sahaja sebab tenaga kerja tak ramai. Kalau perasan ada 3 mug coklat gelap dekat meja tu. Saya letakkan beberapa sign dan ditampalkan atas dolly paper iaitu
- Tempat letak hadiah
- Tulis ucapan disini
- Buku tetamu
Dalam mug tu, saya letak baby breath lebihan hiasan dalam bilik. Sign tu saya tampal depan dan belakang dolly paper. Saya guna kan chopstick untuk cucuk dalam bekas. Bagi peralatan tulis pula, saya hanya gunakan magic color yang beli dekat kedai 2 ringgit.
Guest book
Pembaca blog ini sebelum ni mesti tahu yang saya menang guest book dari sharelovewith bla bla bla.. Saya tak ingat. Masa ni, saya menang giveaway. Tapi sampai sudah, guest book pun tu pun tak kelihatan rupanya. Sangat frust sebab rasa dipergunakan untuk mempromosikan blog dia plak.
Tapi tak pe, dah lepas pun. Tiba-tiba, Bena PM saya dekat facebook dan tanya saya dah apa guest book ke belum dan bermurah hati nak sponsor guest book. Masa ni, ingatkan boleh la jadikan guest book untuk majlis bertandang je. Tapi akhirnya, saya guna masa majlis di rumah saya.
Inilah hasil kerja bena.
Suka sebab bermuka depan kan felt craft. Bena memang ada buat bisnes design dan buat barang-barang dari felt craft. Untuk maklumat lanjut atau tempahan guest book dan felt craft lain-lain, boleh tanya pada bena terus.
Facebook: Azieraillina Hashim / Kedai Bena (dua-dua boleh pakai)
Emel: aziera_illina1608@yahoo.com
Call / Whatsapp: 013-9994340
Kalau boring-boring kan, saya bacalah guest book ni. Sengih sorang-sorang. Ada ucapan hari raya sekali sebab kahwin masa raya.
xoxo
12 ulasan:
aaa...seronok sngt bila baca semula kan..rasa pengantin baru je selalu..hehhee...
tak terpikir pun nak sekalikan meja hadiah dgn guest book... cehhh.. bagus2.. boleh diguna pakai ni.. xdela pening nak cari meja banyak kat dewan tu nanti.. hehehe TQ dear :)
Nasib baik ade yang sudi menaja ^_^
rajin wat guest book corner ye.. :)
frustnya ade orang buat macam tu.. dhiera tak try mesej owner tu? memang ade je orang amik kesempatan macam ni..hish
saya belum buat lagi guestbook..tapi material dah beli..nak tunggu mood diy datang nie :)
@cik mah
strongly agree!
@anis suryanie
anis, meja untuk hadiah tu cari meja yg rendah sikit macam coffe table. then, boleh nampak signboard kite. otherwise, pakai meja yang besar sikit ok!
@iedaurora
itu la ieda.. naseb ada yang nak taja~
cantiknya..nk buat jugak la nanti...dpt ucapan dr teman2 lame :D
seronok sgt2 ble baca balik..pujian melambung2 n rasa muda..huhu..^_^
Assalamualaikum,
Nak tanya Sikit Soalan..
Duit Salaman Walimatul Urus Yang Org Kasi Itu Siapa Yang Berhak?
Pengantin Atau Ibu Ayah?
Kalau Keluarkan Duit Majlis $18K Sendiri Tanpa Pertolongan ..Mohon Pendapat..
Dan Duit Hantaran Siapa Berhak?
Catat Ulasan