Rozek penanggah saya diinspirasikan daripada handbouquet felt craft Intan Norazam tapi diolah menjadi rozek atau bunga penanggah.
Projek Kahwin DIY 3: Rozek Penanggah
Bahan-bahan yang diperlukan
1. Kain felt - 2 warna
2. Gunting
3. Benang dan jarum
4. Gam pistol
5. Pin
Cara-cara membuatnya
~ Amaran: Gambar dibawah menggunakan kain saki baki sebab masa proses lupa nak ambil gambar setiap step. Atau gambar dari rozek yang dah siap.
1. Potong kain felt menjadi sebesar A4 (hampir-hampir dan agak-agak). Macam saya buat, saya beli kain felt setengah meter.
* Tips: Paling jimat nak beli kain felt plain beli dekat Daiso. 0.75 meter baru RM5, kain lembut pula tu. Saya beli 0.5 meter berharga RM8.
* Beli kain lembut. Lagi cantik.
2. Kain felt saiz A4 tadi dilipat 4. Lipat bahagian yang paling panjang. Kemudian potong ikut garisan
3. Kain felt akan kecik lebar ye tapi panjang. Gambar bawah ni saya ambil yang saki-baki. Sepatutnya, kain felt tu lagi panjang.
4. Saiz kain felt macam gambar atas ni, dilipat dua pula untuk proses pemotongan.
5. Potong macam gambar bawah ni. Jangan potong sampai terputus ye. Agak-agak je nak potong dalam 1 cm.
6. Potong sehingga ada 7 jalur.
7. Kemudian, silalah jahit. Tak tahu nama jahitan. Jahitan susur ke apa tah. Yang pasti jahit yang keluar masuk tu.
8. Selesai jahit, tarik benang supaya terbuka kelopak felt tadi dan cantum kan kedua-dua penghujung kain felt tu.
9. Ulang proses ni pada kain felt yang lagi satu serta pada felt yang lain.
10. Ambil kain felt yang lain. Lukis bulatan menggunakan duit syiling 20 sen yang lama sebagai acuan. Kemudian, jahit bulatan ni pada felt yang akan berada di bahagian atas.
*Tips: Kalau malas boleh tampalkan pakai gam pistol sahaja. Saya mula-mula rajin, lama-lama gam kan je. Hasilnya seperti di bawah.
*Tips: Saya tak guna button macam intan buat sebab nak jimat kos. Saya survey butang tu, harga dia 80sen. Mahal.
11. Bermulalah proses mencantumkan dua kain felt ni untuk membentuk rozek. Boleh nak jahit atau gam kan je. Guna gam pistol ye.
12. Hasilnya seperti dibawah.
13. Akhir sekali, gam kan rozek yang hampir siap dengan button pin.
14. Dan siap!!
Bila dah buat banyak kali, nak siap kan rozek ni sekejap je. Selamat mencuba!
xoxo
32 ulasan:
Great colour combination :)
Lepas tu cantik yeay!
cantik...saya guna kain satin wat rozek...masih dalam proses
cantik! saya pun guna felt untuk corsage..tp bunga lain :)
hehe cun cun.
huda je tak rajin nak buat lagi ni
cantknye dhiera.. hihi..sy beli yang ready made jee
bbesnye, ana xdpt nak diy sendiri.. xpuas rasenye.ape nak buat,kekangan kerja..sedih... nak buat untk pengapit je la! hihi.. thumbs up dear!
saye sgt suke awak..kemas dan rajin~ cantik pulak tu..
Ala cantiknye dhiera..
geramnya...
kreatif awak ni...
awak ni memang sangat rajin. suka tengok hasil kerja orang yang suka diy nih :P
@ZIEMA
i wish i can do more better than this.. hukhuk
@icEcuTes
mesti cantik kan?
@Cik Saila
buat bunga macam mane tu yunk?
@Huda Luna
klo nak DIY ni memang kena rajin!
@Cik Tqah
yg beli mesti lg cantik kan?
@~ a for ana ~
ala, yg beli pun ok kan?
@choclairissa@intan marliana
thanx kak intan!
@nuha hayati
thanx nuha. kite harap dapat buat lebih baik dr ni lg.
@S.n.Fariza
ramai lagi yg lebih kreatif taw~
@S.n.Fariza
ramai lagi yg lebih kreatif taw~
@Zila Zainal
kalau nk diy memang kena rajin. klo x, tak jalan~
CANTIKNYA HASIL TANGAN DHIERA..UMMI DL BERIE JGK BELI KAIN FELT N TISSUE PAPER SUME..TP SUDAHNYA X JADIK PON NAK diy..HEHEHE...eh, x perasan plak ter CAPS LOCK..hehe..dhiera, felt craft tu mmg ade yg bercorak ke?biase jumpe yg plain jer...huhuk...
nice, cantik sgt2 .. Salam kenal n KA dah follow u ye 284
fuhh..gigihnye dhiera buat semua nih..
Dhiera, awak sangat bagus dan komited :)
Hasil kerja pon kemas je..
dhiera, sampai part kena jahit I punya terus tak jadi :( sedih
@Ummi Balqis Ismail
bz sgt ye ummi?
felt craft ada juga yang corak-corak~
@Kesuma Angsana
thanx KA!
@Fana | Aqim
nk jimat.. gini la..
@ilaSham
byk try n error ni~
@•emy sharina•
emy jahit mcm mne? jahit yg jarak2 dan keluar masuk ye..
sangat sangat sangat cantik la !! teruskan diy :)
Catat Ulasan