Ahad, 27 Mac 2016

Bagaimana mengurangkan rasa sakit ketika proses bersalin?

Salam pembuka bicara..


Soalan cepumas!!

"Bagaimana nak kurangkan rasa sakit ketika proses bersalin?"


Sebahagian jawapan ada dalam entri saya yang lepas. Tetapi yang paling penting pada saya adalah:-

  • Yakin terhadap kemampuan diri sendiri.
Dari awal kehamilan, saya sentiasa berdoa supaya kehamilan saya kekal sehingga tiba waktu dia melahirkan. Sentiasa tetapkan minda yang positif. Nak tetapkan minda ni bukan perkara senang sebab saya dah merasai keguguran sebanyak 4 kali. Tapi saya percaya pada : 'Apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, apa yang kita rasa dan apa yang kita buat, semua itu adalah doa'.
Saya berusaha untuk kekalkan momentum itu. Dan apabila melepasi 20 minggu kehamilan yang pertama saya tetapkan dalam minda dan yakin yang saya tak perlu sebarang pain killer sepanjang proses kelahiran nanti. Saya sentiasa berimaginasi proses kelahiran bagaimana yang saya ingin kan.
Walaupun saya tidak dapat sebiji seperti yang saya imaginasi kan tetapi perkara penting yang saya inginkan, saya dapat juga akhirnya. Allah sangat mendengar permintaan hamba Nya dan tahu  kemampuan setiap hambaNya.
  • Yakin dan tawakal kepada Allah 
Bila tiba waktunya, kita kekal tenang dan tawakal kepada Allah.

  • Sihat
Kekalkan kesihatan yang baik terutamanya di hujung-hujung kehamilan supaya kita kekal bertenaga. Makan banyak untuk kumpulkan tenaga. Hahaha. Jangan lupa buat exercise ringan sesuai untuk ibu mengandung. 
Masa trimester ketiga, saya mula mengikuti kelas senaman antenatal di klinik.

  • Tingkatkan bahan bacaan
Membacalah. Dengan membaca, kita lebih yakin. Tak tahu tanya kepada yang lebih arif. Jangan lupa untuk ajak suami membaca bersama-sama. Laki ku perlu dipaksa malah siap saya yang tolong baca kuat-kuat untuk dia.

  • Dapatkan sokongan moral daripada suami terutamanya
Saya selalu bercerita apa yang saya nak dan tak nak masa proses kelahiran dan dalam proses mendidik anak kepada suami. Ajar suami urutan melegakan sakit belakang, urutan melegakan sakit contraction (walaupun tak lega sangat) dan urutan memperbanyakan susu.

  • Kenal setiap nama ubat penahan sakit dan tahu apa akibat kalau kita memilih untuk ambil
Ada beberapa jenis painkiller:-
a) Pethidine:
Diberi melalui suntikan. Kesannya memberi rasa mengantuk pada ibu dan anak. Saya risau kalau saya ambil, saya mengantuk untuk teran dan baby saya lambat untuk respon pada persekitaran kerana mengantuk. Nanti macam mana dengan oxytocin rush saya untuk stimulate susu. Kekeke
b) Entonox: 
Ini adalah gas sedut tu. Ada yang panggil happy gas. Kesan dia khayal.
c) Epidural
Diberi melalui suntikan di bahagian saraf tunjang belakang. Agak berbahaya pada pendapat saya samada untuk ibu dan anak. Ibu mungkin akan rasa sakit pinggang atau tulang belakang selepas bersalin. Cara bersalin pun mungkin perlukan bantuan forseps atau vakum atau caeser.
d) TENS
Yang ini saya jarang dengar kawan-kawan bercerita tetapi memang ada. Dia adalah satu alat yang membawa arus elektrik ringan gitu yang dilekatkan di belakang kulit. Tidak memberi kesan negatif sangat kepada baby tetapi rasa sakit tak hilang sepenuhnya. 
  
  • Belajar untuk tenangkan diri
Belajarlah pernafasan dengan betul semasa proses kelahiran. Saya? Memang praktik tetapi bila nak sangat bersalin tu, pernafasan terus teratur. That why, saya sangat memerlukan suami saya teman.

  • Urutan
Yang ini berbalik kepada sokongan suami tadi. Diri sendiri pun perlu tahun urutan ni dan buatlah mana yang terdaya manalah tahu suami tak dapat teman kan.


Itu sahaja kot.


xoxo
dhiera

Rabu, 23 Mac 2016

Tanda-tanda nak bersalin

Salam pembuka bicara..


Tak habis-habis lagi entri dalam draf pasal topik ni. Aih la.. Anak bujang dah 7 bulan dah pun. Harapnya ini last.

-------

Tanda-tanda nak bersalin ni ada banyak. Boleh kata semua saya alami.


Tanda-tanda yang saya alami bermula dengan:

  1. Keluarnya mucus plug
  2. Brown spotting end up bleeding. Turun darah orang panggil
  3. Contraction
  4. Air ketuban

List atas ni mengikut susunan yang saya alami.


1. Apa itu mucus plug?

The mucus plug accumulates at the cervix during pregnancy. When the cervix begins to open wider, the mucus is discharged into the vagina and may be clear, pink or slightly bloody. Labor may begin soon after the mucus plug is discharged or one to two weeks later.
Rujuk: www.m.webmd.com/baby/labor-signs


Mucus plug ni kira macam mucus yang block dekat pintu servik kita bertujuan menghalang segala jangkitan ke apa sepanjang tempoh kehamilan. Lebih tepat lagi adalah rujuk gambar di atas

Mucus plug saya tidak berwarna. Jernih lah senang cerita. Mucus plug ni turun hari Isnin


2. Turun Darah
Saya mula dapat spotting pada hari Jumaat dalam minggu yang sama turunnya mucus plug tu. Saya ada ceritakan dalam entri ini [klik sini].

Kalau korang alami turun darah dulu, jang panik. Relax je. Tarik nafas dan monitor je dulu. Tetapi kalau pendarahan terlampau banyak, korang kena segera ke hospital.


3. Contraction
Hari saya turun darah adalah hari saya mula rasa contraction dalam tengah hari tu. Cuma sekadar mild contraction sahaja sehingga Sabtu. Sabtu tengah hari ke petang tu dah rasa moderate contraction. Tapi dan lagi pergi tengok wayang cerita Final Destination 4 tak silap.

Pada hari Ahad tu pula pagi-pagi call nurse yang on call minta dia buat VE. Bukaan baru 2cm. Jadi, walaupun contraction marilah kita berjalan-jalan menukar sport rim kereta dan open house dulu. Open house sambil layan contraction yang semakin kuat. *Menangis*

Balik dari open house balik umah mak kejap. Mandi, makan lagi. (Makan untuk kumpul tenaga). Terus ke hospital. Makan pun semua dok telan-telan je sebab sakit dah.

Ok apa nak buat bila dah rasa contraction?

  1. Mula rekod selang masa antara contraction. Biasanya contraction kuat bila hampir dekat waktu melahirkan macam 30-40 saat antara sela contraction. 
  2. Kalau anak pertama macam saya ni, saya lebih suka enjoy moment tu di rumah atau bersama suami
  3. Jika contraction tu dah rasa setiap 5 minit selang waktu atau dah sakit sangat, baru lah ke hospital bersama barang-barang keperluan ibu dan anak.
  4. Solat jangan lupa. 
  5. Semasa di hospital, bila contraction datang, saya suka duduk menonggeng untuk kurangkan rasa sakit, tarik nafas (breathing technique) dan berjalan-jalan. Berjalan-jalan lebih baik dari baring mengiring pada saya.

4. Pecah air ketuban
Air ketuban saya pecah sendiri semasa di dalam labor room. Alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk cekal bersalin tanpa pain killer tak kira apa jenis pun. Pain killer saya adalah suami. Saya bersalin di hospital kerajaan yang mana suami dibenarkan masuk ketika proses hendak meneran sahaja tapi saya insist minta suami masuk untuk buat urutan di belakang badan saya. 

Akhirnya, suami saya dibenarkan masuk. Sebelum suami masuk, saya ada buat VE sekali lagi. Bukaan dalam 6.5cm menghampiri 7cm. Bila suami masuk dan buat massage, terus air ketuban pecah. There is oxytocin rush!

Air ketuban pecah, nurse semua set up barang sikit-sikit. Terus teran. Jam 12.30 pagi Isnin keluarlah permata hati kami. 


-----------------------------------


Jadi, pengalaman saya untuk sepanjang proses labour adalah dari hari Jumaat sehingga Isnin. Fuh Fuh. Kalau ikutkan dah lembik, penat. Yes memang rasa sangat penat. Tetapi saya birth high uols. Birth high yang buatkan saya tak boleh tidur sehingga ke pagi. Oxytocin rush hebat!


Next baby, saya nak pergi swasta pula sebab nak suami berada bersama saya sepanjang proses kelahiran nanti. Rindu betul moment ni.


xoxo
dhiera