Pages

Isnin, 30 April 2012

Cari envelope untuk kad kahwin

Salam pembuka bicara...


Kadang-kadang terasa saya kurang adil sebab selalu biarkan blog ini tak terupdate padahal blog yang lagisatu tu selalu je update. Maaf ye kawan-kawan. Sebab dah panjang menulis dekat blog lagi satu tu, blog ini macam tak tahu nak tulis panjang-panjang. Please terima alasan saya... 


Ok, pencarian untuk envelope telah bermula. 




Kenapa cari envelope? Sebab nak buat sampul kad kahwin la. Bukan disediakan sekali oleh vendor? Panjang cerita nya. Buat yang pernah baca entri lepas-lepas mesti tahu saya nak buat kad kahwin dengan kawan saya kan? Ya, memang betul pun. 


Tiba-tiba, terasa nak DIY kad kahwin pulak. Dah siap beli kertas cardstock segala ni. Lepas tu, kawan saya text "bila nak buat kad kahwin ni?" Gurlppp.. apa nak jawab ni? Fikir punya fikir. Saya decide untuk bagitahu cerita dan plan saya sebenar. Member saya tersentap la jugak kan. 


Bincang la balik dengan tunang pasal plan DIY kad kahwin ni, last-last tunang cadangkan apa kata guna je cardstock yang kita beli dan cakap dengan kawan saya untuk print dan design je. Luckily, kawan saya setuju. Kawan saya caj saya tak sampai RM100 pun untuk 1200 keping kad. Dia bagi saya dua pilihan yang menggunakan 2 printer yang berbeza. Pilihan pertama, warna tulisan tak berapa nak sharp. Kosnya hanyalah RM50 je untuk 1200 keping kad. Pilihan kedua, warna tulisan sharp. Kosnya hanyalah RM80 ke RM90 tah. Lupa. Saya pilih pilihan kedua la sebab harga tak jauh beza.


Kesimpulan, kad kahwin saya adalah separuh DIY. Owh, DIY la sangat kan. Kawan saya siap sponsor thank you tag lagi. Terima kasih kawan. 


Jadi, sudah faham kenapa saya perlu mencari envelope sendiri? Kawan saya ada pesan kalau nak dia belikan envelope pun boleh. Personally, saya lebih sukakan guna sampul surat warna coklat dari putih. Guna coklat kena lah juga dengan kad kahwin saya. Tapi belum decide sepenuh. Masih peringkat survey-survey lagi.


xoxo

22 ulasan:

  1. kalau saya tunang atau kahwin pun sya rasa nak diy jgk tau..:)

    BalasPadam
  2. Cari dekat mana anvelope nih..saya pon tengah mencari2 envelope..

    BalasPadam
  3. bestnye dhiera. nuha pon tgh mencari2 envelope jgk. boleh tak nk tumpang beli envelope kt kwn dhiera? pls.... :)

    BalasPadam
  4. Fifi beli kat KL. Belakang time square. Dkt LH creative. Kat situ mmg tmpt jual kertas2 dan envelop. Murah juga. Fifi beli hari tu RM20/- 500keping kalau tak silap..

    BalasPadam
  5. dlu gtl nk diy. last2 anta p kdi print jela. siap sampul 30sen. okela.

    BalasPadam
  6. banyaknyeee...pinar2 mata...hik3..

    BalasPadam
  7. alahai murahnya printing cost...bagus2 tepuk2!! hihi

    BalasPadam
  8. dhiera..

    mane print? murahnye.. and dhiera beli cardstock kat mane yang?

    BalasPadam
  9. ingat nak diy jugak kad kawen..resolution tu penting jugak eh..so nak design kena pilih gambar yg elok2 la takut bila print nampak pecah..

    BalasPadam
  10. @ilaSham
    ila, envelope ni survey dekat kedai pemborong alat tulis dekat Jalan Meru, Klang~

    BalasPadam
  11. @nuha hayati
    boleh je kalau nuha nak. emel dekat kite details boleh? emel ada dekat sidebar ok!

    BalasPadam
  12. @Cik Fifi
    fifi, sana murah jugak tu. kite usha dekat sini harga dekat rm30/ 500pcs. ok la tu~ tapi dari jauh nak ke sana baik beli dekat sini je. jimat minyak dan no tol. ngeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam blh x bg detail nama kedai kat email ni fizahdasuki@gmail.com sbb tgh cr envelope jgk....

      Padam
  13. @miszatie
    pelbagai jenis sampul berapa disitu. hukhuk

    BalasPadam
  14. @Munnafendy
    alhamdulillah.. kite kena jimat selagi boleh!

    BalasPadam
  15. @tYa athirAh
    kite print dengan kawan kite yunk.. harga tu harga kawan2. dia kire harga kos je..

    ini emel dia: ezzeriq@gmail.com

    cardstock tu kite kirim dekat zimie. tak tahu zimie beli dekat mana.

    tya nak DIY kad jugak ye?

    BalasPadam
  16. @syaz@rozelt
    kalau nak letak gambar, resolution gambar tu penting jugak taw. kite tak ada letak gamba pun. he

    BalasPadam
  17. @Cik Zimie
    zimie tersangat lah mengenali supplier tu~ hehehe. kite pun tak sabar nak tengok kad zimie!!

    BalasPadam
  18. Salam dhiera leh bg detail nama kedai klu x keberatan wanies_girlzzz@yahoo.com coz tngh mencari envelope kad kahwin gak.pe2 pn tq

    BalasPadam
  19. @fizah dasuki
    dari komen cik fifi, dia beli di LH creative. cer try google kedai tu

    BalasPadam