Pages

Khamis, 10 November 2011

Tutorial crepe paper flower (DIY)

Salam pembuka bicara..

Entri ini mungkin agak panjang. Ada beberapa pembaca request saya buat tutorial crepe paper flower ni. Seriusly, sangat senang nak buat. 1 kuntum boleh siap dalam lebih kurang 5 minit je. Tapi tahan ke bontot nak duduk lama-lama buat banyak-banyak.

Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat bunga crepe paper ni


Inilah bahan-bahannya:
a) Crepe paper
b) Dawai bunga (saya lupa nombor dawai. seingat saya no 24. cakap je dawai untuk buat bunga)
c) Gunting
d) Magic color
e) Solatape (untuk ukuran bunga. boleh apa-apa jenis bulatan yang lain)
f) Klip kertas
g) Solatape bunga (tak tahu nama sebenar)

Cara-cara nak buat dia senang ye.

1. Lipat crepe paper mengikut saiz yang diingini. Saya guna saiz solatape tu. Diameter dalam 3 inci.


2. Kemudian, lukis garisan atas crepe paper mengikut salotape tadi. Kemudian, potong ikut garisan. Kat sini, kelipkan tepi-tepi crepe paper tadi dengan klip kertas bagi elakkan kertas tu bergerak-gerak. Kita buat kerja sorang kan? Leceh kalau kertas tu tergerak-gerak.


3. Lepas tu, guna marker pen ke highlight ke magic color ke untuk warna kan tepi-tepi crepe paper yang sudah dipotong tadi. Part yang ini, tangan memang jadi comot sangat sebab terwarnakan tangan sekali.


4. Ambil bahagian center bulatan tadi. Saya lipat empat untuk tahu mana titik pusat bulatan. hek. Cucuk kan dawai bunga tadi berdekatan dengan titik pusat.


5. Bengkok kan dawai bahagian atas dalam 1 inci.


6. Kemudian, cucuk semula ke bahagian bawah.


7. Dan lilit kan dawai kat bawah ni supaya bunga tu ketat dan stabil dan boleh berdiri.


8. Kemudian, komot-komot dia sahaja. Crumble kan ye semua kelopak. Picit je kuat-kuat. huhu



10. Saya perasan 8 ke 12 helai crepe paper tu pun dah cukup untuk dapat bentuk bunga yang cantik. wink wink. Nak tengok hasil orang amatur yang baru cuba 2 3 kali?


Begitulah cara-caranya. Ada banyak lagi cara. Saya rasa ini yang paling senang. Yang pasti, cara lain, hasilnya pun nampak lain lah! sumber

Selamat mencuba

xoxo *hug and kiss*

21 ulasan:

  1. ohhh...faham...terima kasih cikgu dhiera..hehe :))

    BalasPadam
  2. Cantik2 ..ada bakat nak tukang gubah bungga ni hihi

    BalasPadam
  3. rajin btol dhiera..hihi
    kalo gune tisu pn tutorial yg same gak kan..?

    BalasPadam
  4. cntik ..nti kalo ada mase nak try jugak la...tq yer..sharing is caring.. ;)

    BalasPadam
  5. huhu..Alang pun tengah buat. but i've found out that, masa nk crumple kertas2 tu macam kena gentle but firm. kalau kasar sangat, boleh tertarik terkoyak kat tengah2 tu..sebab kertas kan...jz my 2cents..

    BalasPadam
  6. @ as : sejak bila jadi cikgu ni~ hek

    @ umi : hahaha... tak sebegitu hebat kot umi~

    @ ada , fariza : tq!

    @ suria : rasanya sama aje kot

    BalasPadam
  7. @ gadis : tq

    @ Fiza Zainol : try la.. nanti tunjuklah hasilnya~ he

    @ Alang : masa nak crumple tu kena gentle tapi kuat2. saya buat 40 kuntum dah. 1 je yang terkoyak dekat tengah tu pun sebab terkoyak masa nak cucuk dawai. tapi masih boleh guna cuma kena letak yang koyak tadi di bahagian tengah~

    BalasPadam
  8. dhiera dear,thank you for the tutoria..comel sgt bunga ni

    BalasPadam
  9. macam best je...nnt nak cube buat la...;)

    BalasPadam
  10. @ FY : welcome dear

    @ Diary's Owner : buat lah. nanti share ea~

    BalasPadam
  11. owh dira..boleh la sponsor bungan mcm ni tyme aja nikah ye..buat HB pon xpe.hahaha

    BalasPadam
  12. tutorial dhiera baru phm sikit...cuma time nak lipat2 tuh..kita crumple kan semua2 lapisan tula ekk?

    BalasPadam
  13. wahhh creative nye~~ huhuhu boleh laa buatkan utk wed i? *batting eyelashes* hehehe

    BalasPadam
  14. @ aja : boleh2... senang je ni

    @ mrs irmidrza to be : a'ah.. kena crumple kan semua lapisan dia.

    @ waty : insyaallah kalau ada kesempatan. he

    BalasPadam
  15. ehh dia bt cara nya len la..selalunya diorg bt cara len..first time tgk mcm nih

    BalasPadam