Khamis, 23 Julai 2015

Simptom sepanjang Trimester 1

Salam pembuka bicara..


*Post entri dalam draf sejak 2 Mac 2015.*


*Mula-mula macam nak delete tapi akhirnya saya post kan juga entri untuk kekuatan rakan-rakan yang pernah senasib dengan saya. Percayalah banyak kali gugur pun, orang cakap chances untuk pregnant tu low ke apa (kawan rapat sendiri yang cakap weh. memang tak rapat lah selepas tu), silalah tetap percaya itu semua teori mereka je, yang memberi rezeki itu adalah Allah swt. Percaya pada ketentuan Allah. Allah uji kita sebab Allah sayang kita dan u r the one yang layak diuji macam tu.*


Subhanallah tidak sangka sudah 16 minggu lebih berjaya dilalui untuk kehamilan kali ini. (*Note: Ini adalah entri dari draf. Ditulis pada 2 Mac 2015). Alhamdulillah diberi kesempatan Allah untuk merasa nikmat mengandungkan baby dengan lebih lama lagi.


Bila difikir balik pengalaman trimester pertama mengandung kali ini memang macam-macam ragam. Antaranya:-


1. Sembelit
Sembelit ni lah yang paling dasat. Jadi, masa trimester pertama ni saya memang langsung tak ambil pil hematinik yang klinik bagi. Oh, hanya ambil vitamin C sahaja untuk overcome rasa loya itu. 
Sembelit ni memang normal semasa kehamilan sebab hormon progesterone yang meningkat tu menyebabkan otot di bahagian usus kecil jadi lebih rehat dan akhirnya menyebabkan makanan lambat dihadam. Boleh jadi berhari-hari tidak dihadam.
Bagi mengatasi masalah sembelit semasa kehamilan ni boleh lah ambil makanan yang tinggi serat dan banyak minum air. Saya memang banyak minum air tapi it's not working at all. Makan berserat pun kena try and error sebab ada yang sesuai dengan badan dan ada yang tidak sesuai dengan badan. Lagi-lagi masa ni badan kuat sangat berangin. Boleh juga cuba ambil makanan yang tinggi antioksida. Kadang-kadang, makanan ni membantu saya untuk mengatasi masalah sembelit ni. 
Sepanjang tempoh mengandung pada trimester pertama ni, saya hanya dapat membuang seminggu sekali dan tekstur najis sangat lah keras. Sampai saya pergi berbincang dengan doktor di KK saya bekerja pasal masalah ini dan saya diberi lactulose. Tapi saya tak makan pun.
Jangan risau. Masalah ini tidak berlarutan sehingga trimester kedua. (Pengalaman saya lah) Tetapi tekstur najis yang keras tu masih adalah sehingga sekarang walaupun jarang ambil Ferrous yang dibekalkan klinik.
Apa contoh makanan yang saya makan supaya saya dapat membuang? 
  • Buah-buahan kering: jambu batu, apricot.
  • Kekacang: kacang badam, kacang pistachio
  • Sayur-sayur hijau
  • Buah anggur. Saya makan juga buah jambu batu, hasilnya badan saya berangin yang maha dasyat.

2. Badan berangin
Part badan berangin ni agak dasat juga. Sikit-sikit keluar angin. Tengah makan pun boleh sampai 10 kali keluar angin. Sampai mak saya kata waktu dia mengandung tak da lah badan berangin sampai macam tu sekali.
Untuk mengurangkan masalah ini, saya memang mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan badan berangin. Boleh juga makan banyak halia atau bawang putih tapi saya tak makan lebih pun sebab sepanjang mengandung trimester pertama ni memang beli makanan dekat luar. Tak lalu nak masak.
Bagi saya, saya hanya biarkan sahaja sambil tepuk-tepuk dada bagi memudahkan angin keluar. Kekeke 

3. Gastrik
Sepanjang trimester pertama, sudah 4 kali saya kena gastrik. Ada satu masa kena tu sampai 4 hari menahan sakit baru saya makan ubat gastrik yang dipreskribkan oleh doktor. Saya menahan sakit sebab tak mahu terlalu bergantung kepada ubat sahaja.
Dalam masa yang sama, saya tetap teruskan minum air madu setiap pagi semasa perut kosong. Bila minum air madu ni memang angin dan rasa sakit gastrik tu senang betul keluar.
Nak kurangkan masalah ini, saya kurangkan ambil makanan pedas dan berasid kecuali vitamin C. Selepas tu, kena kerap makan tapi dalam kuantiti sedikit.
Alhamdulillah, sejak masuk trimester kedua ni saya belum lagi pernah kena gastrik. Alhamdulillah. Syukur. 

4. Malas
Segalanya terasa malas. Serius. Nasib tetap gigih untuk pergi ke kerja. Saya jadi tak suka untuk masak, tak suka untuk mengemas rumah malah lipat kain pun malas. Saya suka tidur! Ya, masa trimester 1 ni saya kuat sangat tidur. Lepas isyak tu jangan harap lah nak saya berjaga. Memang tidur. Pernah juga lepas maghrib terus tidur. Tengah malam baru bangun. Tapi ada satu perkara yang masih tetap rajin iaitu qiamulail di malam hari. Alhamdulillah untuk bab ini. Mungkin sebab bangun untuk isyak terus sekali buat solat sunat yang lain

5. Kerap membuang air kecil
Sepanjang trimester 1 memang kerap buang air kecil. Ini memang simptom normal sebab rahim kita berkembang dan menekan pundi kencing.
Walaubagaimanapun, saya tetap tidak kurang pengambilan air sebab tahu badan kita masih memerlukan lebih banyak air lagi. Lagi-lagi kalau korang ambil pil hematinik yang KK bagi tu.
Memandangkan kerap sangat kencing, jadi kebersihan diri dan bahagian intim kita kena lebih dijaga dengan rapi bagi mengelakan masalah keputihan. Masa saya pregnant pertama dulu, saya memang ada masalah keputihan sebab masa tu saya balik honeymoon. Sepanjang dekat Krabi memang banyak main air, panties kita lembab sebab lambat salin yang kering dan bersih. Jadi, sila ambil pengajaran supaya tidak terkena lagi masalah keputihan.
Alang-alang ni, saya share sekali macam mana nak elak terkena keputihan. Key point dia adalah pastikan bahagian intim kita sentiasa kering. Macam mana?
  • Sentiasa salin panties baru jika panties sudah basah
  • Selepas membuang air kecil/ besar, pastikan lap menggunakan tisu. Lap dari arah depan ke belakang bukan belakang ke depan
  • Jangan sabun bahagian intim kita sebab boleh menganggu kehidupan flora di kawasan tersebut. pH bahagian kita adaah asidik. Kebanyakan sabun bahagian intim adalah acidic tapi masih tidak bersesuaian. Guna pH neutral sahaja. Kalau saya, tak payah la nak guna
  • Cuci bahagian intim kita dengan air suam sudah memadai.

6. Morning sickness (mual dan muntah)
Semua tahu ini memang normal. Tapi alhamdulillah, saya tak mengalaminya dengan teruk semasa trimester 1. Semasa trimester 1 ye. Biasanya, rasa nak muntah tu trigger masa saya berus gigi. Mual-mual tu ada la jugak bila tiba masanya

7. Picky eater
Ya, saya jadi sangat picky eater. Saya hanya nak makan makanan yang saya nak makan sahaja. Tak dapat makanan tu memang sanggup tak makanlah jawabnya. Hahaha 

Atas ni semua simptom-simptom yang saya sedar saya alami masa mengandung sepanjang trimester 1. Husband saya pun mengalami simptom juga tapi lain kali lah saya ceritakan.


Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza-beza. Untuk simptom kehamilan yang lain rujuk gambar di bawah:-



xoxo
dhiera

Selasa, 14 Julai 2015

Salam Aidilfitri 1436H

Salam pembukca bicara..


Lama sangat tak buat entri ucapan raya. Tahun ni terasa nak buat pula satu. Memandangkan segala kerja di klinik ni daku memandang sepi sahaja. Patient pun tak ramai. Semua mood beraya agaknya.


InshaAllah, besok saya sudah mula untuk bercuti raya. Tahun ini turn raya di rumah mak ayah saya. Yeay!! Raya ketiga suami saya akan pulang ke kampung halamannya. Saya sepertinya tidak dapat turut serta sama sebab risau kalau di pertengahan jalan tiba-tiba rasa nak terberanak pula. Mak dan ayah pun dah pesan jangan lah jalan jauh-jauh.


Ecard raya khas untuk anda semua. Maternity photoshoot yang dapat dilakukan secara havoc, last minute pada minggu 35 kehamilan tempoh hari. Saya berjaya mengembang dengan jayanya.




Harap-harap sempat lah saya merasa lauk pauk raya nanti. Best ye kalau dapat melantak ketupat palas pulut hitam. Nyummy!! Siapa nak pos beri kepada saya.


Dikesempatan ini, saya tak tahu bila saya akan bersalin, jadi sebelum saya berada di dalam labor suite itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada anda semua jika saya pernah berkata atau menulis perkara yang salah atau menyakiti anda dalam apa jua cara.


Saya harap anda akan mendoakan saya, suami dan baby. Wish us well in the new chapter of life.
Saya seakan sukar untuk percaya perjalanan membawa perut ini akan berakhir dalam hanya beberapa minggu sahaja lagi. Alhamdulillah, saya dapat merasa pengalaman yang indah ini selepas beberapa episod keguguran. Saya bersyukur kerana setiap hari Allah menjadikan kehamilan ini sesuatu yang mudah buat saya dan suami. Alhamdulillah.


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua.
Semoga perhubungan dan jalinan kemesraan di antara kita memperolehi keberkatan dari Allah swt sepanjang masa. Sama-samalah kita memupuk rasa kesyukuran dan keberkatan. Semoga raya tahun ini lebih bermakna.


Semoga Allah swt memberkati kita semua. InshaAllah.


xoxo
dhiera

Rabu, 8 Julai 2015

Milk Booster

Salam pembuka bicara..


Ini antara milk booster yang anda boleh cuba. Mana tahu mungkin jadi untuk anda. Setiap orang mempunyai milk booster yang berbeza-beza. Ini kerana kita semua adalah istimewa.


Yang paling penting sekali dalam penyusuan susu ibu adalah demand and supply.




Apa dikatakan konsep demand dan supply ni? 
Semakin banyak demand susu, semakin tinggi lah supply susu. Mudah!


Macam mana nak buat demand susu semakin tinggi?

  1. Kerapkan direct feeding/ lacthing
  2. Kerapkan pumping
  3. Elakkan payudara bengkak
  4. Jadikan pam itu rakan baik anda. 

Macam mana pula dengan meningkatkan supply?
Allah jadikan setiap manusia ini sangat unik. Kita mempunyai otak yang dapat menghantar isyarat-isyarat dari respon badan kita. Same goes pada penyusuan susu ibu. Bila kita kerap menyusu anak, kerapkan pam, payudara kita sentiasa kosong. Ini memberi isyarat bahawa si ibu memerlukan lebih banyak bekalan susu untuk si anak. Macam kita buat kenduri, lepas tu lauk dalam tray habis cepat-cepat lah kena topup kan?


Inilah sebab elakkan payudara menjadi bengkak kerana bila payudara bengkak, otak menerima isyarat bahawa si ibu tidak memerlukan susu sebanyak ini. Jadi, mari kita kurangkan bekalan susu kepada ibu dan anak ini. Hasilnya, susu anda akan berkurangan. Tidak percaya? Silalah cuba


Inilah konsep penyusuan sebenar. Saya tidak menolak konsep milk booster kerana senarai itu berjaya untuk sesetengah ibu. Tapi pengambilan milk booster semata-mata tanpa konsep penyusuan yang betul, tiada hasil yang memberangsangkan.


Oh, lagisatu sebelum lupa. Mind set ibu-ibu harus betul. Sebab apa yang kita fikirkan itu adalah doa. Ingat! Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat adalah doa semuanya.


Kalaulah mind set tu --> macam mana susu tak cukup atau stand by la susu formula untuk anak atau segala fikiran yang negatif susu tak cukup, anak lapar dan sebagainya, anda sedang berdoa perkara itu menjadi kenyataan. Anda sedang meminta pada Allah untuk perkara itu berlaku. Jadi, cepat-cepat istighfar dan betulkan niat dan mind set anda. Perut si anak hanyalah kecil mana. Bila perut kecil, penghadaman berlaku dalam tempoh yang sekejap, cepat lah si anak berasa lapar la balik. 


Last but not least.


Buat mereka yang berminat untuk menghadiri kursus penyusuan 40 jam,
Boleh hubungi: bfhitrcentre@gmail.com.
Tarikh kursus: 27 Julai - 1 Ogos 2015. Tapi baru-baru ni, dimaklumkan akan dibuat pada bulan September.
Lokasi kursus: Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
Ada yuran yang dikenakan. 

Saya sudah pergi tahun lepas. Anda tidak akan rugi. Malah, ilmu anda bertambah-tambah.


xoxo
dhiera