Selasa, 30 April 2013

Kenapa perlu makan beradab dalam majlis kahwin?

Salam pembuka bicara..


Meja beradab adalah untuk makan beradab. Biasanya makan beradab adalah sesi makan yang tidak aman. Saya kata biasanya sebab kebanyakan yang saya baca blog-blog orang akan cakap macam tu. Jadi, saya rasa bertuah sebab makan beradab saya adalah makan beradab yang penuh dengan rasa berselera tanpa gangguan. Ok tipu. Sebenarnya tak berapa selera la sangat sebab tah la macam tak lalu nak makan. Excited jadi perhatian pada hari kejadian dan rasa macam "weh, yang makan sebelah saya ni suami saya lah! bukan lagi tunang saya. hoyeah!". Gelojoh sungguh.


Bagi yang sentiasa mengikuti blog saya pasti tahu yang majlis saya serba serbi adalah DIY. Saya kaki DIY uolls. Dhiera dan DIY tidak dapat dipisahkan. Itu kenyataan! Sebab tu pelbagai warna ada dalam majlis saya.


Idea meja beradab



Kan saya dah cakap warna ada campur-campur sebab pakai bunga apa yang ada sahaja. Disebabkan itulah saya sengaja tempah kek cawan warna-warni. Boleh refer entri ini. Bawah ini adalah gambar close up hasil adik-adik, pak cik dan kawan-kawan mereka.



Bahagian meja beradab ni saya cuma sediakan kerawang yang gantung dekat tirai itu sahaja. Selebihnya, saya pesan pada adik-adik saya yang buat. Dua orang adik saya yang menghias kawan meja beradab ni. Adik bongsu saya siap panggil kawan-kawan dia datang tolong menghias sama. Pak cik saudara saya pun turut sama menjayakan misi ini. Yang lelaki itu lah pak cik saya. Pak cik tapi beliau lagi muda dari saya.



Saya tak kisah pun macam mana mereka hias yang penting ada. Tak sangka pulak yang saya pun akan suka dengan hasil kerja budak-budak ni. Terima kasih sangat.


Meja VIP



Saya kelaskan tetamu-tetamu dari keluarga suami sebagai VIP la ye. Sebab kebanyakan yang datang masa majlis saya ni memang saya tak kenal pun lagi masa tu. Ayah dan mak saya tempah dua khemah arabian untuk kawan meja beradab dan VIP.



Makanan untuk meja VIP disediakan oleh orang rewang iaitu lauk pauk kenduri. Begitu juga dengan susun atur atas meja, orang rewang juga yang sediakan. Peralatan asas seperti pinggan, cawan dan sudu pula disediakan oleh mereka juga. Hanya tempat isi lauk (sinomin dengan set muhibah) dan bekas air basuh tangan memang menggunakan barang mak saya.


Pada mulanya saya memang bercadang nak buat centrepiece di meja tapi saya tak ada idea untuk letak dimana dan saya yakin yang orang rewang pasti rasa perkara yang sama. Jadi, setelah ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi serta dikuasa duakan, saya batalkan niat untuk buat centrepiece.


Menu bagi meja beradab

Untuk menu makanan pengantin pula, saya minta sepupu saya yang sediakan. Sepupu saya memang suka bab-bab macam ni. Mak saya cuma sediakan modal untuk makanan la kiranya. Saya pun tak ingat apa menu yang dia sediakan.



Yang saya ingat ada ayam panggang, udang (saya minta sotong sumbat sebenarnya), nugget/ sosej, puding buah dan apa tah lagi. Selebihnya adalah lauk kenduri sendiri.




Yang pasti, modal yang mak bagi pada sepupu sangat besar nak dibandingkan dengan apa yang kami terima. Sigh. Tambahan lagi, saya dah maklumkan awal-awal yang majlis bermula jam 12 tengah hari tapi sepupu saya tak tunjuk batang hidung. Disebabkan itu plan kami bertukar. Itulah yang pelik kenapa ada tepung tawar selepas berarak masuk ke pelamin. Rupanya, terpaksa buat acara itu sebagai back up plan sebab makanan pengantin tak sampai lagi. Adik saya sendiri terpaksa ke rumah sepupu untuk ambil makanan pengantin sedangkan dia dah janji nak hantar. Kalau lah tahu akan jadi macam tu, baik saya minta orang rewang je yang buat menu makanan beradab.



Tak pe. Ini adalah kenduri kahwin pertama buat keluarga kecil kami. Adik-adik saya nanti jangan harap lah saya nak pakai servis sepupu saya ni.



Gambar akhir sekali ni nak tunjuk berapa bagusnya servis pengapit saya. Hehe. Selamat dah berumah tangga beliau dengan bekas rakan sekelas saya bulan lepas siap bunting pelamin uolls.


Jawapan kepada tajuk entri ni, kenapa perlu makan beradab dalam majlis kahwin adalah bagi peluang untuk tetamu melihat pengantin dengan lebih dekat. Yela, kalau dulu-dulu, pelamin dalam rumah. Rumah pula kecil. Mana muat masuk ramai-ramai. Makan beradab ni dekat luar ada meja. Tetamu boleh lah kenal. Oh, ini dia pengantinnya. Kenapa kena hiasan cantik? Sebab kita pengantin. Wajib ke meja beradab dan makan beradab ni? Tak wajib pun tapi dah macam sebati dengan tradisi dalam adat orang melayu.


xoxo

Isnin, 29 April 2013

Macam mana nak DIY pelamin?

Salam pembuka bicara...


Presenting my DIY pelamin. Inilah hasil idea mak saya dan hasil tangan saya dan sepupu-sepupu termasuklah  mak dan mak long saya.


Idea DIY pelamin

Masa bertunang dulu, saya pun DIY mini pelamin tu. Jadi, memang dah berniat nak DIY juga untuk pelamin kahwin nanti. Mula-mula, mak saya cakap "ala.. tak payah lah. takut mak sibuk. tak sempat nak kerja kan pelamin ni nanti". Mak cakap lagi, "memandangkan ayah yang bayar, cari kat butik je la".


Saya frust la juga. Mak pun cari la butik-butik area Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu ni. Kami cari pelamin sahaja sebab MUA saya dah booking MUA dari Ipoh (tekan sini untuk baca, sini untuk nikah, sini untuk prewedding ) dan baju resepsi pula saya dah tempah dengan elyn creation alang-alang dah menang shawl dan veil reception (tekan sini untuk review). Tapi harga untuk pelamin sahaja macam tak reasonable. Yang bawah dari RM 1k semua old fashion punye, stok-stok yang pakai background besi-besi gitu. Akhirnya, saya cakap dengan mak, daripada spend more than RM1k untuk pelamin yang pasangnya tah berapa hari lebih baik buat sendiri. Modal pun tak sampai RM 1k to be exact hampir RM 300 je. Dah tu dari malam raya kedua lagi, saya dan sepupu pasang siap-siap pelamin tu. Kami kemas pelamin tu balik dalam seminggu selepas majlis.


Dah jimat banyak dah disitu. Walaupun, kenduri ni ayah yang tanggung tapi kita sebagai anak tak nak la jadi membazir. Maka, inilah rupa pelamin saya sepenuhnya. Hasil tangan sendiri mestilah puas hati.



Apa yang perlu untuk DIY pelamin?

Bergantung design pelamin sendiri. Saya dan mak main tangkap muat je. Asal ada. Saya kongsi sikit apa yang saya guna untuk pelamin ni.


Bahan 1: Tirai

Saya guna 2 warna kain tirai yang mengikut warna tema. Kain belakang adalah warna kuning dan depan berwarna putih. Jenis kain lace yang bercorak-corak tu. Untuk kain putih, mak tambahkan rambu-rambu bulat di bahagian tepi. Tak tahu lah saya nama dia. Tapi kalau cari jenis macam ni dah tak jumpa dah kat kedai bunga. Mak saya cari tepi tu dekat kedai cina lama di pekan Behrang.



Kami (saya dan sepupu) gantung kain ni menggunakan kayu bukan tali sebab tak nak kain tu macam melendut. Nanti jadi buruk.


Bahan 2: Kerawang dan spotlight

Kerawang polisterin dan spotlight pula saya pinjam dari kawan blogger ni juga, wawa. Wawa jarang update blog dia. Mula-mula, saya komen pada pelamin tunang dia. Saya tahu dia DIY. Lepas tu, saya tanyalah nak sewa tapi dia bagi pinjam je. Idea nak guna kerawang tu dari pelamin intan norazam.


Bahan 3: Kerusi dan sarung



Kerusi tu sebenarnya modified dari kerusi masa saya bertunang dulu (tekan sini). Kerusi tu pun DIY. Ayah buat bangku dari lebihan kayu. Kat kawasan rumah saya ni, banyak rumah-rumah yang diubahsuai. Jadi, banyak lah kayu terpakai. Mak saya tambah span pada tempat duduk kerusi bagi empuk sikit. Masa bertunang dulu, tak sempat buat sebab sehari sebelum majlis baru buat kerusi tu. Ayah pula tinggi sedikit kerusi tu sebab ayah perasan kaki suami macam tak cantik bila duduk atas kerusi pendek tu. Kemudian, mak buatkan sarung untuk kerusi guna carpet bulu-bulu yang selalu orang buat permaidani tu. Mak saya tambah dua bantal bulat di tepi kiri dan kanan kerusi dan buat sarung baru untuk bantal tu. Kemudian, jahit dua bantal tu pada kerusi.


Bahan 4: Stage dan alas

Stage untuk pelamin ayah saya buat dua saiz. Satu lebar dan satu lagi kecik dalam 1 1/2 kaki. Buat pakai lebihan kayu juga. Stage ku kukuh ye sebab dah try ramai-ramai duduk atas tu. Mula-mula nak beli carpet bulu-bulu tu lebih tapi sebenarnya kurang meter pula. Makanya, pinjam lah alas meja putih nenek. Nenek memang banyak alas meja putih sebab selalu buat kenduri. Masa saya bertunang dulu, alas meja putih tu la buat alas meja makan tetamu. Haha.. Asal ada. Kan dah cakap tangkap muat.


Bahan 5: Bunga evafoam, bantal tangan dan kipas pengantin



Bunga evafoam, bantal tangan dan kipas pengantin ni saya beli dekat Bright Sail, Jalan Ulu Yam. Dekat sikit dengan rumah dan masa tu Bright Sail ada diskaun. Bunga evafoam tu saya letak dekat kerusi instead of gantung macam orang selalu buat sebab beli bunga tu 2 je pun.


Bahan 6: Set merenjis



Saya pakai nenek punya. Ala, orang dulu-dulu semua buat sendiri kan. Jadi, nenek saya dah memang ada barang-barang macam ni. Pakai saja lah.


Bahan 7: Flower stand

Ini flower stand kaca. Saya sewa dengan somethingborrowed bynawal. Eh, saya pun ada buat sewa barang-barang ni taw dekat dhiera wedding rental. Saya tak ingat berapa harga sewa dia.


Bahan 8: Bunga-bungaan

Bunga yang tabur dekat stage pelamin, bunga kuning yang letak dalam bakul atas flower stand dan bunga putih yang letak belakang kerusi. Semua bunga ni saya beli dekat Fah Lean, Seri Kembangan. Mula-mula, mak saya nak guna fresh flower. Mak pun dah buat survey fresh flower tapi akhirnya tak jadi sebab saya kata susah nak elak bunga tu dari layu. Kan saya dah cakap saya pasang pelamin dari hari raya kedua. Saya kahwin raya keenam dan ketujuh.



Jadi, saya ambil inisiatif untuk mencari bunga yang nampak seperti fresh flower tanpa bau. Kira ok lah macam fresh flower pilihan mak. Harga bunga ni kira murah kot sebab bunga nya nampak sebijik macam fresh flower. 1 tangkai ada 7 kuntum bunga berharga RM 15.90. Dua-dua bunga harga gitu dan banyak itu. Mungkin ada tempat lain yang lagi murah kot.



Dah beli bunga tapi tak ada pasu. Nak beli pasu sayang duit. Boleh? Lepas tu teringat yang masa bertunang dulu, pihak lelaki ada bagi bakul. Bakul itu lah yang kami guna untuk cucuk bunga kuning. Ok lah dari tak ada kan? Bunga putih letak belakang kerusi tu cucuk dekat tupperware je. Tangkap muat kan?


Bahan 9: Bunga pahar

Bekas bunga pahar tu pakai nenek punya jugak. 2 pasu mak beli bunga dekat kedai. Kemain payah lagi mak  saya cari bunga pahar ni. Mak nak beli yang latest design tapi tak ada warna kuning. Akhirnya, belasah je apa yang ada.



Satu lagi bunga telur ni sepupu saya yang sponsor. Dia yang buat sendiri. Tak sangka, u rajin jugak la cousin! Thumbs up!!



Inilah serba ringkas macam mana saya DIY pelamin majlis perkahwinan saya. Alhamdulillah. Saya berpuas hati dengan hasilnya. Terima kasih Allah sebab Kau beri mereka yang baik-baik disekeliling aku.


xoxo

Ahad, 28 April 2013

Pemergian yang panjang

Salam pembuka bicara..


Saya sedar yang agak lama saya tak menulis dalam blog ni. Kenapa? Cukup kalau saya kata saya kurang minat untuk bercerita pasal majlis saya lagi. Muahahaha.. Kejam. Saya masih tertanya-tanya pada diri sendiri. Masa saya mula buka blog ni, saya memang sudah berniat untuk kongsikan cerita kahwin saya dalam ni. Kahwin bukan sekadar persiapan saya menuju ke alam perkahwinan malah kongsikan tentang anak, hal-hal perempuan berkaitan perkahwinan. Kadang-kadang tu rasa ala benda privasi buat apa nak cerita. Memang la, apa yang kita rasakan privasi itu simpan diam-diam dalam kotak hati. Tak payah cerita dalam ni.  Kalau dah cerita, dah nampak tak seperti privasi bukan?


Atas tu, saya cuba menimbulkan kembali minat nak menulis dalam ni. Suami saya ada cakap dia lebih suka saya menulis dalam blog berbanding update status dalam facebook. Buat suami saya, b telah naik kan balik minat sayang untuk menulis! Terima kasih kesayangan!


Mungkin ada yang terfikir atau berfikir yang url blog saya sudah tidak releven sebab saya sudah kahwin. Tapi tidak pada saya kerana saya sentiasa ingin rasa seperti baru berkahwin (eceh) dan url itu adalah bukti pemikiran saya masa terbinanya blog ini. Apa kisah pada nama url. Itu adalah cita-cita saya. Cita-cita untuk menjadi seorang isteri pada usia 25 tahun. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana Kau makbulkan doa dan impian ku.


Ayuh bersemangat nak menulis kembali dalam blog Diari Kahwin Dhiera!


xoxo