Khamis, 21 Februari 2013

Ucapan di guest book

Salam pembuka bicara..


Lepas cerita pasal guest book dalam blog semalam, terus rasa nak belek-belek guest book tu balik.


Ucapan dan lukisan paling gojes pada saya dalam guest book ni dari kawan sekolah rendah saya. My childhood bestie from Puchong Perdana. Dulu, masa tadika sampai tingkatan 3, saya tinggal dekat Puchong Perdana sebelum ayah decide nak sewakan rumah kami dekat Puchong dan buat rumah baru dekat Teluk Panglima Garang.



Kawan saya ni namanya wani. Seorang fashion designer. Itu memang cita-cita dia dari kami sekolah rendah lagi. Owh, siap tandakan A++ lagi. So cute la wanie! Close up ucapan wani.



Ini pula ucapan dalam tulisan jawi siap ada gambar ketupat lagi. So lovely tok usu dan nenek usu! Owh, apak jugak!



Ini pulak dari cik sponsor guest book ni. Dari Bena. Orang pertama yang conteng buku ni. [kedai bena]



Ini tulisan tercantik! Kawan mak dengan ayah jauh dari Lahad Datu, Sabah sana.



Ini pula adalah ucapan dari salah seorang blogger yang datang, Huda. I love u mummy to be Huda! [klik sini]



Amboi, macam nak upload setiap muka surat dalam blog ni pula dah. Ada banyak lagi. Tapi ini antaran yang terpilih je la. Eh eh, satu lagi. Siapa dulu masa kecik-kecik suka ikat 2 batang pen / pensil. Kemudian tulis. Angkat tangan! Tengok coretan salah satu dalam guest book ni serius teringat dahulu kala.



Nampak tu, penang mari! Hahaha


xoxo

Rabu, 20 Februari 2013

Review resepsi: guest book

Salam pembuka bicara..


Lama sangat tak update blog ni. Tak banyak gambar guest book area saya. Yang saya dapat cari antara nya adalah ini.



Pemilihan lokasi guest book

Untuk guest book corner, saya letak kan dekat entrance. Pada entrance ada poster saya dan suami, tempat letak hadiah dan guest book seperti gambar di atas.


Decoration guest book corner
Saya buat simple decoration sahaja sebab tenaga kerja tak ramai. Kalau perasan ada 3 mug coklat gelap dekat meja tu. Saya letakkan beberapa sign dan ditampalkan atas dolly paper iaitu
- Tempat letak hadiah
- Tulis ucapan disini
- Buku tetamu


Dalam mug tu, saya letak baby breath lebihan hiasan dalam bilik. Sign tu saya tampal depan dan belakang dolly paper. Saya guna kan chopstick untuk cucuk dalam bekas. Bagi peralatan tulis pula, saya hanya gunakan magic color yang beli dekat kedai 2 ringgit.


Guest book

Pembaca blog ini sebelum ni mesti tahu yang saya menang guest book dari sharelovewith bla bla bla.. Saya tak ingat. Masa ni, saya menang giveaway. Tapi sampai sudah, guest book pun tu pun tak kelihatan rupanya. Sangat frust sebab rasa dipergunakan untuk mempromosikan blog dia plak.


Tapi tak pe, dah lepas pun. Tiba-tiba, Bena PM saya dekat facebook dan tanya saya dah apa guest book ke belum dan bermurah hati nak sponsor guest book. Masa ni, ingatkan boleh la jadikan guest book untuk majlis bertandang je. Tapi akhirnya, saya guna masa majlis di rumah saya.


Inilah hasil kerja bena.



Suka sebab bermuka depan kan felt craft. Bena memang ada buat bisnes design dan buat barang-barang dari felt craft. Untuk maklumat lanjut atau tempahan guest book dan felt craft lain-lain, boleh tanya pada bena terus.

Facebook: Azieraillina Hashim / Kedai Bena (dua-dua boleh pakai)
Emel: aziera_illina1608@yahoo.com
Call / Whatsapp: 013-9994340




Kalau boring-boring kan, saya bacalah guest book ni. Sengih sorang-sorang. Ada ucapan hari raya sekali sebab kahwin masa raya.


xoxo