Khamis, 31 Januari 2013

Duit pemberian di majlis kahwin

Salam pembuka bicara...


Memang jadi kebiasaan setiap pagi sebelum pergi kerja sambil siap kan sarapan untuk suami, siapkan bekal makanan tengah hari, saya akan dengar atau tengok rancangan Tanyalah Ustaz dekat TV9 tu. Topik hari dengan semalam dan esok adalah mengenai "Walimatus urus". Many good input yang boleh dapat. Bride to be semua jangan lepaskan peluang tengok rancangan ni. Dekat tonton.my pun boleh tengok ulangan.


Dulu kan sebelum kahwin, suami pernah tanya.
"Kalau duit yang orang bagi-bagi masa kahwin tu, siapa yang dapat ye?"

"Tak tahu lah. Kalau sayang, mak dengan ayah yang keluar kan belanja majlis dan selayaknya dorang yang akan dapat duit tu. Sayang tak nak masuk campur sebab itu memang duit dorang. Ribu-ribu dorang keluar belanja tak kan kita nak amek kan. Untung duit hantaran mak dengan ayah tak usik langsung. Duit hantaran tu pun memang khas untuk kegunaan kita berdua"


Macam tu lah sebahagian perbualan saya dengan suami dulu. Dan akhirnya terjawab dalam 'Tanyalah Ustaz' episod kali ni. Ustaz cakap rumusan mudahnya lah.


Duit pemberian orang di majlis walimatus urus adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh orang yang keluarkan belanja. Kalau yang keluarkan belanja kahwin itu adalah ayah nya. Maka, ayah lah yang dapat. Kalau dikeluarkan oleh mak angkatnya, mak angkatnya lah yang dapat. Sebab duit itu untuk meringankan beban yang di tanggung.

Sama macam episod semalam, ustaz ada sebut kisah Saad yang Rasulullah saw kita nikah kan dengan wanita yang cantik. Saad ni miskin. Tapi mas kahwinnya adalah 300 dinar tak silap. Lepas Rasulullah saw nikahkan Saad. Saad datang jumpa Rasulullah cakap yang dia tak ada duit sebanyak mas kahwin tu dan tak ada duit nak buat walimatus urus. Rasulullah beritahu jumpa 3 orang sahabat Rasulullah saw. Saya tak ingat nama dia. Saad pun jumpa 3 orang sahabat ni dan dorang bagi duit melebihi dari mas kahwin dan mampu untuk tanggung walimatus urus dia.



Lepas tu, ada satu soalan pasal hukum penggunaan kompang dalam majlis perkahwinan. Hukumnya adalah harus untuk menghebahkan ada pasangan yang baru berkahwin. Ada hadis yang menyatakan iklankan perkahwinan dengan gendang. Lebih kurang gitu lah maksud yang saya faham. Jadi, harus ada kompang dalam sesuatu majlis perkahwinan.


Nak tahu lanjut, korang tengok lah sendiri rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9. Tajuknya adalah "Walimatus urus" tarikh 30 Jan 2013 dan 31 Jan 2013. Insyaallah besok 1 Feb 2013 ada sambungan lagi kot.


xoxo

Selasa, 22 Januari 2013

Wedding rental: Busana resepsi

Salam pembuka bicara...


Saya buka untuk sewaan baju resepsi saya. Boleh disewa untuk perempuan sahaja atau kedua-dua sekali. Ianya simple dress dan sesuai digunakan untuk majlis dinner, pre-wedding atau bertandang. Saya guna majlis resepsi di rumah saya.

Full view


Warna: champagne kekuningan
Saiz: dress fit to size S while men suit fit to size L *untuk ukuran sebenar, sila tinggalkan emel kalau berminat
Set 1: dress tanpa aksesori (crown)
Set 2: dress dan suit lelaki tanpa aksesori (crown, tanjak dan sampin)

Some detailing



Kain dia flowy.  Macam mana dia membentuk semasa berjalan boleh tengok video kahwin saya. 


Boleh juga nak add on aksesori. Untuk keterangan lebih lanjut,
1. boleh emel saya di dhieranottie@gmail.com atau
2. tinggalkan komen beserta alamat emel masing-masing atau
3. PM saya di FB Dhiera Wedding Rental


xoxo

Khamis, 17 Januari 2013

Sekitar majlis bertandang

Salam pembuka bicara...


Ikut hati memang nak update blog ni tapi sejak tukar job scope ni, kerja makin banyak sebab nak apply ISO, ISO, CMDR dan lain-lain untuk plant baru yang akan beroperasi minggu depan. Nasib baik tukar job scope sebab tugas saya banyak dihabiskan di depan PC sahaja.


Lepas tu, sekarang ni asyik sakit pinggang je. Buat kerja rumah sikit terus sakit pinggang yang sangat sakit sampai nangis-nangis. Sebelum tidur, suami lah yang kena urut-urut bagi lega. Nak bangun pagi pun hubby tolong pegang belakang badan. Huh.. sadis. Suami siap buat demo ambil barang dekat bawah macam mana. Sayang b lebih la..


Jom la tengok sedikit gambar masa majlis bertandang. Asyik upload gambar majlis resepsi saya je kan. Biar gambar sahaja yang ceritakan segalanya ye boleh? Istimewanya majlis bertandang ni adalah sebab jadi pengantin bertiga tapi perut kurang menonjol la pasal baru 7 minggu masa ni. Yang paling obvious adalah my hip getting bigger bigger and bigger masa ni. Semua orang tegur ok! Sadis. Memang kenangan sangat manis la semua gambar ni. Untuk part pregnancy ini ada cerita yang sangat panjang untuk dikhabarkan. Tunggu habis semua review baru cerita ok!


Majlis bertandang saya adalah majlis yang ringkas tapi saya selalu mengharapkan cukup sekadar majlis kenduri kesyukuran.













Erkk...resize gambar terus macam blur. Sorry guys. Nanti saya edit elok-elok ye.


xoxo

Selasa, 15 Januari 2013

Wedding rental: bantal nikah

Salam pembuka bicara...


Bantal nikah untuk disewa.

Warna: putih
Saiz: 27" x 27" x 3" (lebar x panjang x tinggi)
Kuantiti: 2 pcs
Harga: RM 15/ pc



Saya guna masa nikah tempoh hari. Satu untuk saya duduk manakala satu lagi untuk suami saya duduk.



Sebarang pertanyaan boleh PM saya di facebook "dhiera wedding rental". Sudi-sudi lah like "dhiera wedding rental". [tekan sini]


xoxo

Isnin, 14 Januari 2013

Review resepsi: baju resepsi champagne kekuningan

Salam pembuka bicara...


Baru nak review pasal busana masa resepsi dekat rumah saya hari tu. Buat reader lama-lama mesti tahu saya menang contest stunning me!! by qaseh elyn dari elyn creation yang dapat shawl dan veil. [klik sini]. Dah alang-alang menang contest, saya tempah baju terus dengan elyn creation.


Its just simple dress sebab saya plan nak pakai lagi nanti. Itupun, kalau berat tak naik la. Hahaha.



Saya pilih warna champagne kekuningan. Material yang saya guna untuk dress saya adalah:
- top dress: bridal satin.
- kain : chiffon silk
- inner kain: satin
- embellishment: beaded lace + 3D flower + beads
- shawl: chiffon silk + beaded lace + beads
- veil: soft net + pearl + 3D flower


Untuk baju suami pun tempah sekali dengan elyn creation ni. Material untuk baju suami adalah duchess satin. Sampin dan tanjak pilih warna putih benang silver.


Untuk kasut pula, suami pakai kasut hitam yang dia pakai pergi interview sebelum ni. Kasut tu jarang-jarang pakai kan. Saya pula pakai kasut yang saya beli dekat Setia City Mall yang telah saya DIY kan dengan tambah kerongsang. [klik sini]



Baju ni dibuka untuk disewa. Siapa yang berminat boleh PM saya di facebook "dhiera wedding rental" atau emel saya sahaja.


Butiran vendor, elyn:
Contact number: 012-6021075
Emel: elyncreation@gmail.com 


xoxo

Selasa, 8 Januari 2013

Review resepsi: Kek dan kek cawan

Salam pembuka bicara...


Mula-mula, saya nak tempah kek dengan faiz (lupa lah link blog faiz apa) tapi last minute, sepupu faiz plak nak kahwin hari yang sama. Kira rush wedding invitation masa tu. Faiz pun adalah cari-cari vendor lain untuk gantikan dia. Tapi akhirnya, saya kata tak payah. Simplicity is me! Jadi, tak payah susah-susah sangat sebab ada ke tak ada kek majlis tetap jalan. Huhu




Tapi mak kata macam tak lengkap pula kalau tak ada kek. Makanya, gigih la saya pergi tempah kek masa raya kedua. (Majlis raya ketujuh. Amekaw!) Sebenarnya, saya tempah fresh cream cake tapi yang saya dapat butter cream cake! Geram je bila tengok kek tu. Pak cik saya yang ambil kek tu masa hari saya nikah (nikah raya keenam). Dia tak tahu apa-apa kan? Redha je la! Saya memang tempah kek warna putih dan kuning. Owh, design yang saya minta bukan macam design bawah ni. Ermm... Saya ada tempah bunga fondant untuk letak atas kek ni tapi tah mana tah bunga tu menghilangkan diri. Geram!




Saya guna cake stand yang sama dengan cake stand untuk potong pulut kuning masa nikah tu. [klik sini] Siapa yang baca entri tu mesti tahu cake stand ni 3 tingkat. Kek kuning ni saya letak dekat tingkat paling bawah sekali. Tingkat kedua, saya letak cupcake chocolate yang sangat sedap!! Atas sekali adalah bunga merah.




Untuk kek cawan, saya tempah dekat kedai yang sama juga. Yang ini pun, saya minta fresh cream cup cake. Yang dapat pun butter cream juga. Nanges! Tak nak pergi dah kedai tu. Tapi suka warna yang warna warni ni. Suka! Suka! Suka! Cup cake dia sangatlah sedap!




Kesimpulan, pergilah tempah kek awal-awal ye. Owh, saya memang tak minat fondant cake. Kencing manis nanti!


xoxo

Isnin, 7 Januari 2013

Bride gathering!!

Salam pembuka bicara...


Perasan atau tidak yang ramai blogger especially yang kahwin tahun 2012 ni update entri pasal bride blogger gathering antara yang update pasal ni tuan pengerusi majlis FY | si cantik renee | si mommy rilla | blogger utara ieda | bakal mommy zimie | newlywed anis! Ramaikan? Saya baru terkinja-kinja nak update. Plan asal terbuka pada group B2B 2012 kemudian berkembang menjadi jemputan untuk semua bride blogger juga.


Hoyeah.. suka bab gathering ni! Detail seperti di bawah. (renee pinjam gambar)




My reader yang berminat nak join, meh contact dorang. Jom la join! Insyaallah boleh lah kita ketemu~ (renee pinjam lagi) Owh, tarikh tutup pengesahan adalah pada 10 Jan 2013. Tak payah fikir-fikir, confirm je ok!




Nak tahu lebih lanjut? Korang baca dekat blog dorang ea? *tak tahu kenapa malas nak tulis panjang-panjang*


xoxo

Khamis, 3 Januari 2013

Review resepsi: Mekap

Salam pembuka bicara..


MUA untuk resepsi saya adalah MUA yang sama dengan majlis akad nikah. [klik sini]


Untuk resepsi, saya mintak mekap jenis natural smokey eyes sebab saya nak nampak natural tapi separuh smokey di bahagian mata. Tetamu untuk majlis resepsi ni kebanyakan bukan kenalan rapat saya dan kawan-kawan mak dan ayah. Jadi, saya nak tetamu kenal rupa yang sebenar. Nanti, tak ada bunyi "eh, aritu nampak lain". errr... Untuk mekap pada hubby pula, saya dah remind lepas nikah, "jangan jadi macam mekap nikah"




Inilah antara peralatan yang MUA saya gunakan.




Sila pertimbangkan pengcahayaan dalam bilik dan sediakan alas untuk elak cadar kotor. Jangan lupa minta span baru ok! Kebiasaannya, MUA memang akan sediakan span baru.


Ini lah hasil natural halfly smokey eyes. Handbouquet tempah dari renee. Pernah review dekat sini




Mekap pada hubby pun dah nampak perubahan dia. Sebab tu saya cakap pentingnya, trial mekap!





Details vendor
MUA: Kak lia (based in Ipoh)
Facebook: klik sini
Nombor telefon: 017-5518283


xoxo

Rabu, 2 Januari 2013

Wedding rental 6: Easel putih

Salam pembuka bicara...


Easel putih saya dibuka untuk disewakan pada yang berminat.


Kuantiti: 3
Warna: putih
Harga: RM15/ item






Saya dah ada page sendiri untuk wedding rental sini. Sudi-sudi lah like "dhiera wedding rental". [tekan sini]


xoxo

Selasa, 1 Januari 2013

Review resepsi: foam banner dan easel

Salam pembuka bicara..


Dari awal lagi, saya memang bercadang nak ada foam banner dan easel dan diletakan dekat guest book corner dan pintu masuk khemah tetamu untuk makan-makan. Macam mana rupa dia?


Inilah rupa dia. Sempat kawan adik saya bergambar dekat sini. Nampak kan dekat tepi ada meja buku tetamu dan tempat letak hadiah.



Dekat foam, saya ada letakkan penghargaan untuk semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Ada juga letak gambar mak dan ayah kami suami isteri.




Saya rumuskan disini apa yang saya tulis.
1. Juruvideo: Anwar Artwork
2. Jurufoto: Fahmi Zuruugambar
3. MUA: Lia Capcricon
4. Busana: Elyn Creation
5. Pelamin dan hiasan: DIY by Dhiera & Family
6. Kad kahwin dan bahan bercetak: Inkduztry Studio
7. Handbouquet: Renee Meow Wedding Work
8. Khemah: Syarikat Kg Tengah & Syarikat Hj Leman
9. Juruacara: Husin & Sahar Entertainment
10. Kompang: Pasukan Kompang
11. Makanan & rewang: Persatuan Rakan Masjid & Masyarakat Kg Tengah


Bawah tu hanyalah ucapan terima kasih dan penghargaan. Bawah ni gambar yang OV saya ambil.



Foam banner ni saya letak di atas easel. Oh, easel ini dibuka untuk disewa.




Saya tempah foam banner ni dengan vendor yang sama saya print kad kahwin. Price tak ingatlah berapa tapi  ukuran dia 3 kaki x 4 kaki kalau tak silap.


xoxo