Rabu, 26 September 2012

[Update] Madu dijadikan masker!

Salam pembuka bicara...


Dari entri lepas [klik sini], ramai yang tanya macam mana nak apply madu tu dekat muka.


1. Madu ni guna sebagai masker. MUA yang cadangkan pakai madu. Kemudian, saya cari rasional nak guna madu ni, maka terjumpa lah madu ni boleh kecutkan jerawat dan bagi muka nampak berseri.

2. Ada juga terbaca, madu campur dengan limau boleh kurangkan jerawat yang keluar dekat muka. Cuba la korang google pasal ni.

3. Saya pakai madu ni lebih kurang 30 minit. Tapi kadang-kadang pakai lama juga.

4. Lepas pakai teruslah cuci. Muka rasa sangat tegang.

5. Last sekali, ianya sangat menjimatkan.


[Update]
Kalau boleh, cari madu asli. Saya pakai madu asli. Biasanya dekat pasar malam ada jual. Tapi tak tahu la pasar malam tempat korang. Madu ni just calit-calit je dekat muka. Selamat mencuba!


xoxo

Jumaat, 21 September 2012

5 tip dan check-in untuk cantik!

Salam pembuka bicara..


Memandangkan ada yang cadangkan review dari preparation, jadi saya procede dengan persiapan majlis dulu ye. Lagipun, banyak juga yang saya tak review untuk persiapan ni.


Setiap orang tiap kali nak kahwin mesti nak kelihatan cantik, nak muka berseri, nak nampak flawless nak nak nak semata nak menuju ke arah perkahwinan kita kan? Saya pun nak macam tu jugak. Apa yang saya buat adalah:


1. Check in: Salon rambut

Saya pergi salun rambut 2 minggu sebelum majlis. Mula-mula nak buat hair relaxing tapi sebab ada masa lebih kurang 2 jam lagi sebelum berbuka puasa, saya tak jadi la buat. Hair relaxing ambil masa hampir 4jam. Jadi, saya buat hair treatment dan cut, wash and blow. Saya memang berniat nak potong rambut sebab tak nak MUA buat sanggul dekat kepala saya. Saya tak suka sanggul tinggi-tinggi tu. Memandangkan saya bertudung,  kebiasaanya saya akan terus basuh dan keringkan rambut di salon terus. Hair treatment saya buat sebab dia tak makan masa yang lama. Ngee. Total kos hampir RM50. (berbeza mengikut tempat)

Owh, jangan lupa untuk terus memakai hair serum. Setiap kali pergi salon, saya akan beli 2 botol hair serum. Sampai encik suami pun sibuk nak pakai hair serum sebelum kami bertunang dulu.


2. Check in: Manicure dan Pedicure


Saya hanya buat pedicure sahaja di Nail Parlour. Saya buat pedicure hampir 2 bulan sebelum majlis. Kenapa? Sebab kaki saya merekah mungkin sebab masa belajar dulu, lantai hostel simen. Pada saya, buat pedicure 2 bulan sebelum majlis dah cukup baik untuk recovery. Pasal apa? Masa buat pedicure, pedicurist akan buang kulit kita yang merekah tu. Dia akan kikis habis kulit kita menyebabkan kulit kita akan jadi warna hitam buat beberapa minggu. Euw, tak cantik! Tapi jangan lupa untuk setiap hari sapu heel cream pada tumit kita ni. Hasilnya, sampai sekarang masih cantik. Selain tu, pedicurist cuci sel-sel kulit dekat kuku, buat sedikit urutan dekat kaki dan scrub kaki kita sampai ke betis. Total kos lebih kurang RM150 termasuk heel cream tu.

Jangan lupa buat menicure je kawan-kawan. Saya tak buat sebab masa tu kulit dan appearance jari jemari saya ni cantik. Tapi saya tak tahu kenapa seminggu sebelum majlis, jari jemari saya asyik mengelupas je kulitnya. Nasib la pakai inai, tak ada la nampak sangat kulit yang menggelupas tu.


3. Check in: Spa


Saya pergi spa sehari sebelum majlis. Masa raya kelima. Raya keenam dah nikah manakala raya ketujuh dah majlis besar. Plan nak buat masa raya keempat tapi dah ada orang booked pula tarikh tu. Tarikh kahwin dia sama dengan majlis resepsi saya. Saya ambil pakej anggun yang bernilai RM250. Murah je kan?

Pakej ni merangkumi facial, sauna, lulur badan, masker badan dan mandi bunga. Mula-mula agak takut nak ambil facial tapi akak tu yakinkan saya facial ni proses paling akhir. Dia buat ikut keperluan kulit muka sahaja. Kalau muka ada black head ke white head ke, dia akan buang head-head ni la. Dia tak akan sentuh jerawat kita kalau ada dan macam-macam lah.

Sauna adalah proses pertama sekali. Saya tanya berapa lama kena sauna sebab saya pernah pergi sauna sebelum ni, panas sungguh la. Akak tu cakap badan macam saya ni cukup untuk 15 minit sahaja. Tak sesuai kalau lebih dari 15 minit. Selepas tu, baru lulur seluruh badan kemudian masker seluruh badan dan mandi bunga sepuas-puasnya. Untuk mandi bunga ni, kita bebas untuk berapa lama pun berendam. Haha

Saya tak ambil massage sebab masa proses lulur, tekanan yang kuat dikenakan atas badan kita. Kiranya, lulur tu 2 in 1 proses iaitu lulur dan massage. Hush,best.


4. Check-in: In-house treatment


LOL. Tak boleh blah. Sebenarnya, part yang ni kita boleh buat sendiri di rumah. Saya kan suka DIY. Haha. Atas nasihat MUA masa saya buat trial make up dulu, MUA suruh saya amalkan menjadikan madu sebagai muka. Saya buat hampir setiap hari. Serius best! Lepas cuci madu tu, muka macam berseri-seri je. Owh, masa nak sapu madu tu kan, jangan lupa untuk baca selawat bersama-sama ye.


5. Check-in: Body shaper

Saya ada beli spanx, beli charcoal bamboo dan losyen mustajab. Ha, banyak kan. Semata dan kelihatan kurus tapi lepas tu menyesal. Hahaha. Effect dari spanx memang terbaik lah. Serius nampak kurus tapi mungkin sebab saya rendah atau saya tak reti pakai jadi macam sakit dekat tepi badan bila pakai buat masa yang lama dan ada lebih kurang 1.5" lebih kain yang perlu saya lipat bila pakai.

Lepas tu, ada kawan saya jual body shaper charcoal bamboo. Murah RM40 je. Dia jual pun lepas dapat effect lepas bersalin dulu. Badan dia turun banyak. Maka, terbelilah satu. Siap beli losyen mustajab lagi. Semuanya nak nampak kurus.

Yang buat saya menyesal adalah last fitting, semua baju saya jadi longgar especially baju nikah. Sadis! And its totally not awesome. Bermulalah konfliks dalam diri sendiri. Terus berniat raya nak makan banyak-banyak masa raya. Kemudian, baru la sedar yang "ko bukan gemuk sangat dira, berat pun tak sampai 50kg (ah, sipi-sipi nak 50kg)"

Maka, buat korang yang masih menghitung hari untuk majlis. Bila dah buat last fitting, tolong maintain kan berat badan korang. Tapi kalau kes macam saya yang majlis betul-betul lepas raya pun susah juga sebab kita baru habis puasa.


Inilah sedikit tips yang boleh saya kongsi kan dengan korang. Tips la sangat. Sekian.


xoxo

Khamis, 20 September 2012

Review majlis ke honeymoon

Salam pembuka bicara..


Maaf lama menyepi. Sebenarnya, nak sangat update tapi tak tahu nak update yang mana satu dulu. Ada sesiapa boleh bagi idea update mana dulu?


a) review majlis nikah
b) review majlis resepsi
c) review honeymoon


Nak review majlis tapi gambar cantik tak banyak. Acane? Saya bagi teaser honeymoon saya la ye. Treaser hari pertama di Krabi. Excited!




Kawan-kawan, tolong decide kan untuk saya.


xoxo

Jumaat, 7 September 2012

Saya sebagai isteri!

Salam pembuka bicara..


Lama tak update!! Rindunya dekat korang semua.


Selesai sudah majlis nikah pada 24 Ogos 2012 dan resepsi saya pada 25 Ogos 2012. Tinggal majlis belah suami je belum lagi. Tunggu adik suami balik semenanjung baru buat majlis bertandang.


Nah sedikit treaser majlis nikah.



Dan majlis resepsi di pelamin DIY saya.



Sekarang, saya masih dalam proses menyesuaikan diri. Sepanjang minggu lepas kemas masuk rumah baru. Minggu ni dah start untuk beraya ke rumah kawan-kawan ofis sambil belajar membahagikan masa. Hidup dah berubah kan? Tak sama macam hidup bujang dulu. Minggu depan (start ahad ni) akan pergi honeymoon. Nanti ada kesempatan, saya akan update dan buat review ye.


Terima kasih untuk semua doa! Love u ols. He


xoxo