Jumaat, 17 Ogos 2012

Jemput lah datang ke rumah raya ni

Salam pembuka bicara..


Akhirnya kita sampai ke penghujung Ramadhan. Alhamdulillah diberi peluang merasa indahnya Ramadhan kali ini dan Insyaallah bertemu di Ramadhan akan datang. Semoga dipanjangkan umur. Macam chipsmore dalam berblog. Malas. Penat. Letih. Semua ada. Tugasan kerja yang cukup mencabar minda dan menguji kesabaran. Diikuti tugasan persiapan perkahwinan yang pelbagai untuk dilakukan.




Dengan rendah dirinya, saya ingin memohon maaf jika ada entri-entri saya dan komen-komen saya yang menyinggung perasaan. Mohon maaf sebab tak berkesempatan untuk blogwalking ke blog korang semua. Semoga raya kali ini memberi seribu erti yang penuh bermakna buat kita semua. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini akan diterima Allah SWT. Berhati-hati di jalan raya. Saya akan pulang ke kampung besok selepas habis kerja. Doakan perjalanan saya selamat sampai.


Alang-alang update blog ni. Saya nak menjemput semua rakan-rakan blogger dan pembaca ke Majlis Perkahwinan saya dengan tunang saya.


Tarikh: 25 Ogos 2012 @ 7 Syawal 1433
Tempat: Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu




Doakan perjalanan majlis saya berjalan lancar dan semoga hubungan kami berdua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.  Semoga bertemu dengan status saya yang baru. wink wink! (macam tahu-tahu je tak update blog nanti)


xoxo

Khamis, 16 Ogos 2012

Adab-adab dalam berjimak

Salam pembuka bicara..


Raya dah dekat. Majlis pun dah dekat. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Sengaja nak share adab-adab dalam berjimak. Sekadar perkongsian dengan kawan-kawan


Doa sebelum berjimak
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang Engkau kurniakan kepada kami"


Adab persediaan dalam persetubuhan
- solat sunat dan berdoa malam pertama
- berwuduk selepas melakukan persetubuhan'
- bergaul dengan cara yang sopan
- bercumbu-cumbuan terlebih dahulu
- tidak mementingkan kepuasan diri sendiri
- mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin
- keselesaan dalam hubungan kelamin
- kesederhanaan
- mensyukuri nikmat
- tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain


Hukum persetubuhan yang disyaratkan dalam Islam
1. sunat
Dilakukan pada malam jumaat dengan syarat isteri tidak uzur (suci)
Rasulullah SAW bersabda "Siapa yang mandi junub pada Jumaat dan dia pergi ke masjid, maka dia seperti telah berkorban seekor kambing"

2. makruh
Apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.

3. haram
Isteri berada dalam keadaan haid, siang hari bulan Ramadhan, persetubuhan melalui dubur. Darah haid itu kotor dan mengandungi banyak kuman serta bakteria. Saraf alat kelamin juga berada dalam keadaan tidak stabil untuk persetubuhan.


xoxo

Isnin, 13 Ogos 2012

Intai-intai: bantal hantaran kahwin

Salam pembuka bicara..


11 hari lagi. Hujung minggu saya penuh dengan aktiviti kahwin. Minggu ni minggu yang paling hectic sebab nak setel kan macam-macam. Minggu depan orang dah start raya. Naseb la kahwin masa raya.


Sedikit treaser bantal hantaran saya.




Bantal ni recycle tunang dulu. [klik sini] Gambar bawah ni gambar masa guna bantal ni untuk bertunang hari tu.




Lepas kahwin ni, bantal ni akan dibuka untuk sewa. Ada yang berminat tak?


xoxo

Sabtu, 11 Ogos 2012

Easel dah ada. Tunggu ketibaan photo canvas dan foam.

Salam pembuka bicara..


14 hari lagi. Semoga segalanya dipermudahkan.


Saya sudah beli easel. Saya ambil easel ni sebelum puasa lagi. Lama sangat nak tunggu respon dari fast print. Akhirnya, saya google easel dalam mudah.my dan terus contact sis ni. Dalam masa lebih kurang seminggu, saya dah terima easel saya. Gambar blur sebab kereta baru nak jalan, saya pergi snap gambar. Hak. (Z yang bawak kereta masa ni)




Hari ini, insyaallah, saya akan terima photo canvas saya beserta poster foam. Excited. Nanti saya pasal ni lain kali. Owh, saya banyak hutang cerita dengan korang semua.


xoxo

Khamis, 9 Ogos 2012

Projek Kahwin DIY 4: Payung pengantin

Salam pembuka bicara..


Masa sangat mencemburui saya. Semakin dekat majlis, semakin malas dibuatnya. Saya punya 15 hari lagi. Mood untuk update panjang-panjang pun dah lari.


Majlis saya pada waktu siang. Jadi, saya tetap perlukan payung. Sebenarnya, projek DIY ni sesuai untuk orang yang tak upah mana-mana butik kot macam saya. Kalau dah hire butik tu, for sure dorang dah sediakan payung kan?


Projek DIY 4: Payung pengantin




Bahan-bahannya:
1. 2 kaki payung
2. 16 kaki manik (lebih kurang 5 meter)
3. Benang
4. Jarum
5. Gunting


Cara-caranya
1. Beli payung yang dah siap dekat kedai. Saya beli payung dekat Daiso. Harga wajib la RM 5. Untuk 2 kaki payung bernilai RM10.

2. Dekat payung kan ada yang besi-besi tu. Jarak antara satu besi dengan besi yang lain adalah 1 kaki. Sekaki payung ada 8 bahagian. Jumlah manik yang diperlukan untuk sekaki payung adalah 8 kaki bersamaan 2 meter lebih. (belajar matematik la pulak). Darab lah 2 untuk dapat berapa meter yang diperlukan untuk siapkan payung.


3. Kemudian jahitlah manik di pada payung tadi. Jahit sampai habis dan siap!


Mudahkan. Idea cengkelat ok la ni.


xoxo

Jumaat, 3 Ogos 2012

Fitting baju sanding!

Salam pembuka bicara..


Hari ini ada lagi 21 hari menuju hari besar kami. Ada lagi projek DIY saya yang saya tak sempat nak cerita. Saya dah dua kali pergi fitting baju resepsi. Baju nikah saya yang hantar beading pada kak lijah tak tahu apa cerita nya. Hopefully, kak lijah akan balas sms saya secepat mungkin. Nak call segan sebab kena telefon hp hubby kak lijah. Katanya, hp kak lijah rosak.


Fitting yang pertama

Masa fitting yang pertama ni baju saya kena alter sebab agak besar. Masa ni belum ada beading mahupun patch lace sebab dah alter baru elyn akan start hias-hias tu.




Untuk baju tunang pula, bajunya dah memang ngam-ngam. Cantik terletak dekat badan. Hensem pulak gayanya. Gambar bawah ni dia pakai baju dua lapis. Cepat sangat dia tanggal baju. Tapi cawat pada seluar agak ketat sikit. Jadi, elyn buatkan seluar yang baru untuk Z. Thanx elyn.




Fitting yang kedua

Baju saya dah siap alter. Terletak cantik pada badan. Tapi masa ni baru ada patch lace. Itu pun belum jahit lagi sebab elyn nak tunjuk pada saya dulu. Kalau saya ok, dia akan teruskan. Saya cuma mintak patch lace pada leher dipanjangkan sikit sebab saya tak nak pakai rantai sebagai aksesori.




Tunang pula tak buat fitting sebab seluar dia tak siap lagi. Next week baru fitting sekali lagi.


Setakat ni, saya senang berurusan dengan elyn. Senang. Owh, untuk tudung dan veil, saya redeem hadiah yang menang masa masuk contest yang elyn anjurkan tu. Nak tengok full review lepas majlis ok! Ala, ada 22 hari je lagi. 21 hari untuk nikah, 22 hari untuk resepsi.


xoxo

Rabu, 1 Ogos 2012

Hadiah kahwin

Salam pembuka bicara..


Its August u olls. Ini bermaksud saya punya 23 hari sahaja lagi! Semalam saya terima satu parcel dari rakan blogger saya. tekan sini


Alkisahnya bermula bila bena komen tanya saya, lebih kurang begini "Dah ada guest book ke belum? Nak buat tak? Bena nak sponsor!" Lebih kurang gitu la. Dasar malas nak selongkar balik komen tu. hehe. Masa tu keputusan pemenang 'Guestbook Giveaway' dari shareyourlovewithcards belum keluar lagi. Saya pun ok je la. Orang nak bagi. Hehehe


Dan semalam saya dah terima dah hadiah dari bena.




Korang pun mesti ada wishlist jugak kan? Kelebihan wishlist hadiah kahwin ni ialah orang akan bagi apa hadiah yang dorang rasa memang korang perlukan. Jadi, tak payah la beli lagi kan? Nak tahu wishlist saya?


1. Tong gas: bukan gas kosong. Pasal saya tak perlu nak beli 2 gas sekaligus. Mak kata 1 tong gas guna untuk masak manakala 1 lagi buat simpanan. Kalau tengah-tengah masak gas habis, kita ada back up tong gas. Saya harap saya akan dapat 1. Lalala.. Tapi please hantar terus ke rumah kami.

2. Lesung batu: tunang kata, dia nak makan makanan yang saya masak sampai gemuk. Ada lesung batu baru lah style nak masak pedas-pedas. haha

3. Kuali besar: saya tak minat pakai kuali kecik sebab dah biasa masak pakai kuali besar. Masak pakai periuk pun tak suka sebab saya selalu fail untuk agak kuantiti bahan yang diperlukan. Ini akibat terlalu biasa masak pakai kuali besar.

4. Karpet: boleh letak dalam bilik (bilik ada 3), ruang meja makan dan ruang tamu. LOL. Gedik! Nanti nak bersihkan karpet asyik bersin-bersin je.

5. Beg bagasi: senang kitorang nak bawa beg pergi honeymoon dan balik kampung. Saya balik kampung sekarang ni pakai paper bag je. Tak kan nak bertandang kat rumah mertua pakai paper bag jugak?

6. Oven: kalau dapat ni senang nak masak panggang-panggang untuk suami sendiri. Saya suka ayam panggang! Nyum nyum.

7. Steamer: kot-kot boleh menjamu korang dengan nasi kukus dan ikan masak steam. Perghh.. Terbaik lah cerita pasal makanan masa bulan puasa ni.

8. Blender: macam mana nak masak ayam masak lemak cili api kegemaran saya kalau tak ada blender nak kisar. Tak kan nak giling semua kot. Nanges.

9. Mixer: boleh menjamu korang dengan chocolate mousse buatan dhiera. Haha.

10. Doa: Ya, doa korang sangat penting. Tapi kenapa saya letak yang last sekali? Pasal, saya tak boleh lari dari jadi materialistik. Opss.. Macam-macam nasihat saya terima baik dari emel, dari personal message dalam FB, dari rakan-rakan ofis dan ramai lagi. Terima kasih semuanya.


Untuk hari-hari kritikal 23 hari ni, saya sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa tenang dan sabar, banyak dugaan sebab syaitan tengah risau orang nak bina masjid ni. Naseb bulan puasa syaitan kena ikat. hiks


xoxo