Sabtu, 30 Jun 2012

Idea untuk bagi barang hantaran

Salam pembuka bicara..


Blog ini macam catatan diari saya. Sila jangan marah kalau saya selalu update perihal majlis saya sahaja. he. Last update [tekan sini] pasal barang hantaran bulan Januari dulu. Dah terlalu lama. Harap-harap dapat lah tolong sesiapa yang masih terfikir-fikir nak bagi barang hantaran tu.


Insyaallah, ini last update pasal barang hantaran saya. Sebenarnya, ada perubahan dari yang lepas.


Hadiah khas saya untuk Z

1. Jersi Manchester United dan beberapa barang MU
Jersi done. Kirim pada deby hujung tahun lepas. Sekarang deby dah ada dekat Malaysia kan? Barang-barang MU ni tak tahu nak beli apa. Kejap lagi baru nak pergi usha-usha. Hehe.. Hopefully, ada yang berkenan.

2. T-shirt dan kemeja
Dua-dua dah beli masa J-card sale dekat Jusco 2 bulan lepas kot.

3. Skincare
Saya beli set Loreal Men Expert je. Macam sesuai untuk lelaki. Padahal tunang pakai Garnier. Lantak laaa...

4. Tali pinggang dan dompet
Beli set. 4 in 1. Ada tali pinggang, dompet, card holder dengan tempat simpan kunci.

5. Kasut dan stokin
Beli kasut masa Polo Haus buat sale. Stokin belum beli lagi. Stokin senang je nak cari. Hehehe


6. Sunglasses
Sebenarnya, tunang nak rayban. Dia asyik sebut-sebut je rayban tapi macam terover bajet la pula kan rayban tu. Beli yang bawah sikit dari rayban. Hehe

7. Handphone
Saya rasa saya tak pernah beli barang yang mahal-mahal sangat untuk dia. Dulu plan nak bagi dia Samsung Galaxy Tab tapi dia dah beli dulu guna duit dia sendiri. Last-last, belikan handphone je la untuk dia.

8 dan 9. Telah di taja oleh sepupu saya.

10. Jam
Khas untuk ala-ala pembatalan air sembahyang. Z tak minat cincin. Jadi, saya gantikan dengan jam. Jam ni hias sekali dengan bunga rampai kot. Pasal sepupu yang lagi seorang nak taja bunga rampai dan bekas nya sekali.


Hadiah khas Z kepada saya

1. Handbag
Saya pilih handbag pilihan saya sendiri.

2. Jam
Sebenarnya, jam ni sepasang dengan jam untuk batal air sembahyang tu.


3. Handphone
Kami sengaja beli handphone yang sama jenis dan brand. Gatal sungguh

4. Barang-barang mekap
Sebab saya pengguna tegar elianto, maka tunang belikan barang-barang elianto je.

5. Telekung dan sejadah
Telekung dah beli dekat Bandung. Sejadah belum beli lagi.

6. Sunglasses
Sunglasses ni pun beli sepasang dengan tunang. Masa ada promosi dekat kerdai cermin mata Setia Alam ni je.

7. Kasut
Ini masih pending. Plan hari tu nak custom made kan? Tiba-tiba tunang kata cari la dulu tapi dah berbulan-bulan cari, nan hado hasilnya. Saya sudah hampir surrender. Kaki kecil susah dapat saiz. Asyik sold out memanjang~

8. Mas kahwin
Mas kahwin ni untuk ala-ala pembatalan air sembahyang tu jugak. Mas kahwin kami bukan berupa wang tunai tapi berupa barang kemas. Alhamdulillah, semua permohonan dah setel.


Ya Allah, permudahkan urusan pernikahan dan walimah kami.


xoxo

Jumaat, 29 Jun 2012

Baju warna champagne tapi bunga warna apa ye?

Salam pembuka bicara..


Impian asal saya nak pakai baju resepsi berwarna kuning cair. Tapi sayang sekali pasal tertipu dengan lighting dalam kedai kain, saya tersalah beli warna kain. Terjadi lah warna champagne. Asalkan ada baju, terima je la. Sangat jeles dengan semua baju-baju kuning bawah ni.





Lepas tu, dipadankan dengan handbouquet kuning campuran hijau yang menarik!




I love this yang ada rambu-rambu tu. Cantik!




Ini pun.. Tapi kalau guna handbouquet macam ni mesti tenggelam dalam warna baju kot.




Putih tu bunga apa ea?





Dari felt ok bunga ni. Nice!




Selama ni, saya selalu fikir rasa nya baju saya sesuai dengan handbouquet warna merah je. Walaupun, dalam hati rasa macam tak la pakai merah. Bila tengok gambar handbouquet ni, terus rasa cantik jugak kalau bunga hijau jadi handbouquet bila padan dengan baju saya.




Semua gambar diambil dari sini.


xoxo

Senarai semak nikah [update]

Salam pembuka bicara...


Pejam celik pejam celik rupanya tinggal 57 hari sahaja lagi untuk sampai waktu disatukan dengan Z. Owh, nervous tibe-tibe. Ramai dah mula tanya macam mana dengan persiapan untuk majlis saya. Saya sendiri tak tahu la nak cakap macam mana. Ada progress tapi mungkin slow sikit kot.


Senarai semak kerja kahwin saya untuk hari nikah.


- Tarikh | Masa | Lokasi
Semuanya telah ditetapkan. Insyaallah tiada perubahan. Tapi ramai pulak dalam kampung saya yang sibuk nak kahwin jugak. Adoi~


- Tema warna
Semua yang ikuti blog saya mesti tahu tema warna nikah saya. Masih kekal dengan tema warna ini. [tekan sini]


- DIY pelamin
Memandangkan mak saya tak mahu upah mana-mana vendor jadi DIY saja lah. Pelamin nikah adalah pelamin resepsi nanti. Majlis saya buat di rumah. Insyaallah. Nanti akan cerita details.


- Barang hantaran
Alhamdulillah. Urusan jual beli barang hantaran dah lama setel. Ada sepupu yang nak sponsor 2 barang hantaran juga. Terima kasih kak long! Last update pasal barang hantaran bulan Januari hari tu [tekan sini] Itu pun last version punya list hantaran. Haha. Yang baru belum update lagi. Hiasan untuk barang hantaran ini sahaja yang belum finalized lagi. Adoi pening fikir.


- Pengapit
Pengapit ini adalah kawan terbaek saya. I love u laling~ [tekan sini]


- Kursus kahwin | Legal documents | Ujian HIV
Semuanya sudah setel. Kursus kahwin telah selesai dalam pertengahan bulan 2. Pergi bersama-sama my bestie yang baru je habis belajar dekat Indonesia. [tekan sini]

Legal document baru selesai isnin dan selasa lepas memandang saya ambil cuti 2 hari. Nanti saya story mori ok!

Ujian HIV dah setel hujung bulan 2. Awal kan saya buat. Buat waktu ni sebab kurang dari 6 bulan lagi menuju hari perkahwinan. Ujian HIV dekat Selangor sah untuk tempoh 6 bulan dari hari nikah. Lagipun, masa ni dalam cuti sebelum start kerja baru. Baru perasan belum pernah cerita pasal ujian HIV ni.


- Mas kahwin
Seperti yang dinyatakan dalam entri yang lepas [tekan sini]. Kami bersetuju untuk menyatakan dalam akad hanya seutas rantai. Loket tu ketepikan dulu. Hahaha


- Jurugambar
Plan asal nak hire pak su sahaja sebagai jurugambar masa majlis nanti tapi bila difikir-fikirkan balik kesian paksu tak dapat nak lepak dengan saudara mara. Jadi, ingat paksu hanya perlu bekerja bila tiada kehadiran official photographer saya sahaja lah.

Selepas survey sana sini, akhirnya saya decide untuk pilih Fahmi Zuruugambar sebagai jurugambar rasmi saya. Nak tengok hasil dia, tekan sini. Jurugambar yang sama masa pre-wedding hari tu.


- Juruvideo
Juruvideo rasmi telah lama dibooking. Kawan kepada asfiza. Harga tersangatlah affordable. [tekan sini]


- Jurumekap
Berakhir sudah pencarian jurumekap. Saya pilih kawan kepada tunang saya. Dia tak banyak upload gambar dalam facebook dia. Kalau ada pun, gambar nya biasa-biasa je. Mungkin sebab dia tangkap guna kamera dari handphone yang kecil megapixel nya. Cadangan saya, buat lah trial dan bincang jenis mekap yang diingini. Dia bekerja sebagai jurumekap di butik secara separuh masa. [tekan sini]


- Persalinan baju nikah lelaki dan perempuan
Baju nikah untuk Z dah lama beli. Saya buat hantaran masa bertunang dulu. Bagi sekali dengan sampin songket dan songkok baldu. Minggu ini baru nak hantar dry cleaning.

Baju nikah saya dah siap. Untuk baju sekarang ada pada kak lijah untuk proses menjahit manik. Veil saya redeem hadiah contest yang kak lijah buat dulu. Tudung belum dicari lagi. Adoi. Malas nak cari. Ingat nak fitting baju nikah ni, takut dah tak muat nak pakai pulak nanti. Nanges aku!


- Bunga tangan
Malas nak DIY dah sebab nak DIY pelamin. Ingat nak grab promo handbouquet dari Renee yang cantik. [tekan sini] Tak payah la saya pergi pasar pagi-pagi untuk beli bunga segar. Dekat pasar tani ada jual bunga ok!


- Kad jemputan nikah
Tujuannya hanya untuk memastikan orang tak sesat datang rumah saya. Kalau rajin akan DIY ini! Kalau tak ada pun tak apa sebab kalau nak DIY kad jemputan nikah ni kena tukar peta. Rombongan lelaki datang dari Pahang akan naik Genting Highland untuk datang sini. Naik Genting Highland adalah jalan terdekat berbanding masuk KL dan terus ke Ulu Yam. Kad ini khas untuk rombongan lelaki.


- Buah tangan
Masih dalam perbincangan dengan mak dan ayah. Saya tetap nak bagi buah sebab nak kekalkan status saya bekas pelajar nutrition. Kita kena sokong makan sihat sepanjang hayat ok! (Owh, memandai je tukar slogan)


- Makan ringan selepas nikah
Part ini saya serah bulat-bulat pada mak dan ayah saya. Sebab dorang yang keluar belanja. Lagipun, saya sangat percaya dengan perancangan ayah dan mak saya.


- Hiasan bilik pengantin
Bilik baru dah siap. Isnin baru ni saya dah cat bersama adik saya yang dah start cuti semester. Cermin besar untuk bilik dah beli. Kipas pun dah beli isnin hari tu jugak. Katil dah tempah sepatutnya sampai selasa lepas tapi tak sampai-sampai pun. Yang dah sampai tilam je hari Jumaat lepas. Ei, uncle ni! Console table tak beli lagi. Sebab mak tak nak tempah.

Owh, saya tak beli set katil sebab saya tak minat. Lagipun, wardrobe banyak-banyak dekat rumah pun buat apa kan? Saya guna wardrobe yang dah sedia ada di rumah. Katil je beli baru sebab mak yang nak beli baru. Kami guna prinsip siapa yang nak, dia yang bayar. Katil mak la yang bayar tapi saya tolong bayar kan separuh jugak sebab mak sponsor tilam. Haha. Tilam sahaja harga sama sebiji katil. Mahal rupanya. Disebabkan saya tak nak pakai meja solek jadi saya perlu beli cermin 4 kaki x 2 kaki dengan console table je.

Nenek akan pergi Kelantan minggu depan jadi mak kirim kelambu dekat nenek. Rajin nenek berjalan.


- Inai
Masa nikah, saya hanya akan pakai inai yang di hujung jari sahaja.


- Pulut kuning | Tart buah | Cupcake
Cita-cita saya dari dulu nak potong pulut kuning lepas nikah akan direalisasikan. Terima kasih mak! Mak nak buat 2 tingkat terus saya terpegun, 'biar betul'. Saya minta setingkat sahaja.

Cupcake insyaallah akan order dengan  Faiz. Tart buah kirim pada pak cik. Banyak juga mak kirim 100 biji.


Ok, itu sahaja yang boleh di kongsi mengenai persiapan ke hari pernikahan saya. Nervous! Bye


xoxo

Rabu, 27 Jun 2012

Aksesori kepala dan rambut

Salam pembuka bicara..


Selain dari mekap yang cantik, kadang-kadang kita perlu kan sesuatu untuk melengkapkan keanggunan wanita. Aksesori di rambut atau di kepala tidak ketinggalan juga kan? Eh, kalau tudung pun dah kevavom tak payah pakai aksesori lain pun dah ok juga sebenarnya.


Semalam martha steward up entri pasal hair accessories. Semuanya cantik-cantik. Tak percaya? Tengok sini.


Crystal and opal headpiece

Crystal tiara

Crystal barrete

Crystal bobby pins
Ada sesiapa berminat nak pakai pin pin macam ni? Belum pernah nampak pengantin pakai pin gini.


Rhinestone headbands
Headbands pun nice jugak kan?


Nak tengok yang lain? Tekan sini.


xoxo

Jumaat, 22 Jun 2012

Behind the scene : 1

Salam pembuka bicara...


Behind the scence pre-wedding.


Pagi tu, saya buat trial mekap dulu. Alhamdulillah, untuk trial ni tak ada la costly sangat. Meh layan gambar masa nak touch up make up sebelum bermulanya our pre-wedding. Ini kali pertama saya bermekap sungguh-sungguh. Masa bertunang hari tu, cousin yang belajar MUA mekap kan. Barang mekap pun guna barang-barang saya sebab last minute plan. Ala, mekap pun yang simple-simple je.



Sebelum buat trial saya tunjuk dulu gambar mekap yang saya nak masa nikah nanti. Mekap untuk resepsi je tak sempat saya nak tunjuk. Tapi saya pesan saya tak nak mekap tebal-tebal. Nak yang light mekap je. Kebetulan, kak lia kata masa mekap dia memang akan tumpukan pada mata dan kening. So, ok la kan?




Gambar atas ni masa nak alter shading pada hidung.




Sedikit tip yang kak lia kongsi dengan saya (walaupun saya tak pasti nak hire dia ke tak):
1. Sebelum mekap, sapu muka dengan ais.
2. Bagi kerjasama dengan MUA sebab takut mood MUA lari masa nak mekap, tak pasal-pasal mekap kita jadi buruk.
3. Masa nak dipakaikan eyeliner, pandang pada satu arah. Kalau pedih, kelip mata sekali dan lama sikit. Bukan berkali-kali kelip.
4. Jangan asyik nak tengok-tengok cermin je boleh buat MUA naik menyampah.
5. Seminggu sebelum majlis, rajin-rajin sapu madu lebah dekat muka. Jadi kan sebagai masker. Insyaallah makin naik serinya.
6. Banyak kan minum air masak.
7. Tidur kena cukup.




Ada yang tanya hari tu samada buat trial ni kena bayar ke tak? Jawapannya bergantung pada MUA itu sendiri walaupun kita akan hire dia tapi mungkin dia tetap akan caj servis dia masa mekap kan kita. Biasanya, mekap untuk trial ni murah sikit dari harga sebenar. Apa pun bergantung pada MUA itu sendiri.


xoxo

Rabu, 20 Jun 2012

Awesome Lembayung Senja Photography

Salam pembuka bicara..


Siapa yang suka murah? Siapa yang suka diskaun? Ada tak? Saya suka lagi-lagi kalau photography tu yang murah. Paling penting hasil dia pun awesome kan?


Murah dan hasil awesome, semua mesti mau!!







Tak puas? Nak tengok lagi. [tekan sini]


Amacam? Ada rasa-rasa berminat untuk dapatkan 15% diskaun untuk apa pun jenis fotografi?? Meh tengok sini.



Paling mengembirakan adalah untuk bride to be blogger ye kawan. Limited edition gitu. Paling penting, follower harus cukup 50 orang. Tarikh luput tahun depan lagi. Nak buat pre-marital photography pun boleh. He. Jom ramai-ramai join!!


xoxo

Selasa, 19 Jun 2012

Percubaan mekap dan pre-wedding tak dirancang

Salam pembuka bicara..


Hujung minggu yang lepas, minggu yang sangat hectic.


Hari sabtu, saya kerja half-day. Terus berkejar ke kenduri kawan sekolah. Jumpa-jumpa, peluk cium ramai-ramai. Terus tunang ajak balik kampung saya. Plan nak pergi kenduri kahwin waty juga tapi sebab tunang dah buat muka kena tunggu lama, terpaksa lah mengalah.


Tapi on the way balik kampung hari sabtu tu, MUA saya call tanya saya nak buat pre-wedding sekali tak? Sebab dah alang-alang mekap kan. Sekali harung la katanya. Tapi masalahnya, saya ok je . Cuma tunang je yang tak nak. Malu kononnya. Sumpah tunang saya memang nampak kaku bila bergambar. Kurang pandai untuk buat beberapa aksi. Kutuk orang macam sendiri pandai je. LOL


Outcome yang terjadi pada hari ahad adalah:: plan asal nak buat trial mekap je. Last-last, terjadi pula unplanning pre-wedding. Shoot sampai penat. Mula-mula, berangan dengan MUA nak shoot atas air sebab ada pool yang tengah-tengah ada batu-batu untuk jalan kat situ. Tapi OP kata kurang cantik melainkan dia masuk dalam air. Lagipun, shoot tengah hari yang panas terik lagi berjerebu memang buat spoil gambar. huh!


Entri lepas [tekan sini] ramai yang tanya contact MUA yang pertama tu. Maaf lupa letak contact.

Nama: Lia
Nombor telefon: 017-5518283


Dalam entri tu, saya tunjuk gambar ini kan?



Untuk trial make up kali ni, saya try Kak Lia juga. Ini hasil Kak Lia terhadap muka saya.



Shading pada hidung tak cukup blend. Tunang dah highlight pada kak lia. Kak lia pun dah alter sikit bagi nampak ok. Yang lain memang ok. Base dia cun! Tak pecah dan tak tebal.


Untuk pre-wedding pula, kawan-kawan kak lia juga ni sebab tu dapat murah habis. Saya ambil yang shoot and burn sahaja. Tapi adalah dalam 12 keping gambar yang akan di edit. Tempoh shoot adalah shoot sampai penat. Berapa kali tah kami rest sebab dah penat sambil-sambil tu photographer cari idea untuk shoot.


Nah ambil treaser dulu!



Review penuh besok-besok la ye.


xoxo

Jumaat, 15 Jun 2012

Saya mahu t-shirt bride and groom tu!

Salam pembuka bicara..


Semalam, kononnya nak pergi rumah waty sebab nak melepak sambil tengok dorang pakai inai tapi kepenatan melanda. Dah la balik kerja lambat. Pukul 7 gitu baru balik. Lepas tu, kawasan rumah kena fogging pula. Tabah je la.


Saya nak join contest macam giveaway daripada asfiza. Dapat couple T-shirt you all. Siapa yang tak nak kan? he




Syarat-syarat entri semuanya telah dilaksanakan. Terima kasih ye as buat giveaway macam ni. Harap-harap, kita salah seorang dari yang bertuah tu. Jom la join korang. Tarikh tutup 1 Julai ni taw.


xoxo

Rabu, 13 Jun 2012

Intai-intai : kad kahwin

Salam pembuka bicara..


Semalam lepas kerja, ambil adik dekat UiTM terus berdesup ke Pendamar Indah. Nak setel kan kad kahwin dengan sedikit discussion pada wedding sign. Tak tahu proper word untuk wedding sign tu. Bukan sign direction ye tapi sign untuk welcome gitu la. Ala-ala, special task gitu. Buwekk.


Malas nak cerita panjang-panjang. Ambil sikit treaser.




Alhamdulillah. Dapat kurang kan kos kad kahwin. Jumlah perlu ditanggung untuk kad kahwin sehingga hari ini adalah jimat sejimatnya. Terima kasih Inkduztry Studio team.


xoxo

Selasa, 12 Jun 2012

Antara MUA terpilih

Salam pembuka bicara..


Insyaallah minggu ini saya akan confirm kan MUA tapi pening tak tahu nak pilih siapa. Meh saya kongsi beberapa orang yang perlu saya minta quotation.


1. Lia (kawan tunang saya)
Kawan kepada tunang saya. MUA dari Ipoh, Perak. Nak tengok hasil dia?



2. Farina
Suka gila mekap akak ni. Sebelum bercinta dengan tunang lagi, saya dah bercita-cita nak hire akak ni.




3. Sue Elle
Akak ni sangat friendly. klik sini



4. Ika Zulaikha
klik sini



5. Kak sue
Saya pernah buat review pasal kak sue. Tapi sayang kak sue dah fully booked masa my wedding. Sobsob. Maklumat lanjut tekan sini.



6. AyunNisa
Mekap ayun pun cantik sangat~ klik sini



7. Faridah Salleh
Maklumat lanjut tekan sini



Ada lagi tapi bila menaip sambil-sambil buat rozek untuk family ni otak tak fokus. Lain kali sambung ye.


xoxo

Isnin, 11 Jun 2012

Real wedding: zimie + fayadh

Salam pembuka bicara..


Masa cuti sekolah ni lah banyak sangat wedding. Tapi this weekend lagi banyak wedding yang perlu dihadiri. Insyaallah akan cuba hadir ke semua jemputan. Tapi kan dalam merancang nak pergi jemputan sana sini ni, tolong jangan lupa tengok tentatif majlis sampai pukul berapa. Takut majlis tu dah habis tentatif baru terhegeh-hegeh nak sampai terutamanya buat majlis yang berlangsung di dewan. Terkena pada diri sendiri masa nak hadir wedding kikin. Rupanya wedding kikin habis pukul 3. Sobsob


Sabtu hari tu, lepas kerja terus berdesup fetch suria dekat hospital serdang. Saya berdua je dengan nak pergi majlis resepsi zimie. Kalau tak, asfiza pun nak ikut sama tapi atas sebab-sebab tertentu as tak jadi ikut. Wedding zimie di Dewan Gemilang Felda dekat Kelana Jaya. Ingat tak, majlis resepsi belah lelaki renee pun dekat sini.




Guestbook corner
Lebih kepada guestnote. Ala-ala, telegram gitu. Lepas tu, masuk kan dalam album. Album gambar tu ye kawan-kawan~




Mekap
Dari kata Renee, yang mekap untuk resepsi zimie ni readzul sendiri. Mekap dia cantik okeh! Gambar kat bawah ni ada flash. Tergemerlapan sikit gambar ye. (Over)



Centerpiece
Fresh flower you all. Semua meja ada taw.




Kek kahwin
Kek kahwin dia tersorok sikit dekat tepi. Cantik! Rasa nak curi sebiji dua tapi tak patut la kan~ hehe



Entrance deco
Ada welcome sign. Sign ni cantik. Printing dia yang cantik. Zimie, kita rasa macam nak yang ni la. Buatkan please~ hakhak


Ada arch. Fresh flower ke artificial saya tak sure la pula.



Photobooth
Masa sampai-sampai je dewan ni maksud saya masa buka-buka je pintu lif terus nampak kak lijah dekat photobooth. Kak Lijah tengah tunggu hari pun berjalan sampai sini. Sempatlah bergambar dengan kak lijah sekali. Nak balik tu pun bergambar lagi dengan zimie, suria dan renee.



Pelamin
Serius cakap, pelamin zimie super gorjes. Mak, macam ni la pelamin yang kakak cakap tu. Bak kata suria, "indah".







Blogger yang saya jumpa
Renee dan husband


Of course, suria dan saya. Kak lijah tak ada simpan gambar. Tunggu kak lijah update je la~



Last sekali, haruslah gambar pengantin kan~



Makanan
Sorry lupa nak ambil makanan. Makanan dia ada pelbagai jenis lauk. Yang confirm-confirm, sangatlah sedap. Tak percaya tanya suria. Sedap gile. Ikan, ayam, daging semua ada okeh~


Tahniah buat zimie dan suami. Semoga hubungan korang berkekalan dan bahagia selamanya. Semoga hubungan korang sentiasa diberkati Allah SWT. Insyaallah. Yang lain, kena tunggu zimie update la ye kawan-kawan.


xoxo