Khamis, 31 Mei 2012

Permohonan nikah dalam proses

Salam pembuka bicara..


Corsage untuk family tak siap lagi. Petang semalam, buka puasa bersama-sama tunang buat pertama kali nya. Bincang-bincang sikit. Tunang tunjuk borang permohonan nikah bagi lelaki yang dah siap di cetak. Siap cetakan senarai semak untuk borang permohonan nikah bagi perempuan jugak. Terima kasih tunang ku!




Saya merancang nak buat tutorial macam mana nak buat corsage semalam tu. [tekan sini] Tunggu bila ada kerajinan dan kelapangan. Insyaallah. Terfikir nak buat sebab saya susah nak cari tutorial ni ke dekat dalam youtube ada? Tak buka la pula youtube. Nasib ada blogger yang baik hati share kan. Ngee


Tengok tunang tak sabar nak nikah, kita rasa tak sabar jugak. Hakhak


xoxo

Selasa, 29 Mei 2012

Intai-intai: Corsage untuk keluarga

Salam pembuka bicara..


Projek DIY terkini dari saya.




Mengada-gada kan bagi grayscale punya gambar. Bukan buat handbouquet tapi buat corsage untuk kaum keluarga dan kerabat saya. Dah siap sikit tapi kain polka dot dah habis la pulak..


xoxo

Isnin, 28 Mei 2012

Review: photobook tunang 20.11.2011

Salam pembuka bicara..


Kalau ingat balik entri saya yang lepas-lepas;


klik sini
klik sini
klik sini


Mula-mula sekali, saya minta maaf sebab lambat review pasal photobook ni terutamanya pada hani. Kesian hani tunggu kita update. Nasib hani ingatkan kita. Thanx darl. Photobook ni saya dah dapat awal bulan 5 hari tu. Tapi hujung bulan 5 baru review. Better late than never kan?


Pendapat saya pasal album ni?
TERBAEK!!! Nak beli lagi nanti. Z pun puas hati dengan hasil printing dia. Sangat cantik~ Memang cantik sangat-sangat lah!


Berapa tempoh lama photobook ni disiapkan? 
Lepas saya hantar design pada photobook, mereka ambil masa dalam 2 hari je untuk disiapkan. Saya hantar  beli 2 photobook. Satu untuk tunang, satu untuk saya. Saya hantar design saya dulu. Design tunang hantar kebesokan hari nya. Dan pada hari ahad minggu yang sama, saya terima emel dari photobook bahawa mereka sudah hantar photobook saya untuk shipment. Dalam emel dikepilkan tracing number sekali. Besok nya (hari isnin), saya dapat emel yang photobook encik tunang dah sampai ke tangan gdex.


Berapa lama saya tunggu masa gdex hantar delivery?
Photobook saya delay hampir 5 hari ke 7 hari. Saya guna alamat kampung. Kampung saya dekat Kuala Kubu Bharu. Betul-betul sempadan Perak tu. Ala, dekat Tanjung Malim tu.

Kalau ikut kan, pusat penghantaran Gdex terdekat adalah Rawang. Photobook saya memang dihantar ke branch Rawang. Sekali tu delay sebab Rawang tak masuk kawasan Kuala Kubu Bharu. Pelik! Padahal, Rawang dekat je kot!! Grrr... Then, gdex hantar photobook saya ke branch gdex di Kuala Selangor. Saya fikir gila ko main pass-pass je photobook aku. Kuala Selangor lagi jauh kot dari Rawang. Saya sumpah seranah gdex punya kerja ni.

Tapi... photobook tunang saya memang dorang hantar terus ke Kuala Selangor. Ayah saya hari-ari tunggu kot-kot ada parcel sampai untuk saya. Masa saya trace photobook saya ni hari ahad, hari isnin saya dah siap sedia nak call gdex untuk maki hamun la kononnya. Tapi sebelum saya maki hamun dorang, saya nak cek dulu status parcel saya. Sekali tu, dorang tulis out for delivery. Terus rasa cool down dan tunggu ayah bagi feedback. Tengah hari tu, saya dah terima photobook saya.

Selepas 2 minggu baru balik kampung tengok album daku. Cantik!!


Masalah berkaitan photobook?
Sepanjang proses nak buat photobook ni, ada 3 je masalah dia. Yang saya ingat 3 je la.

1. Ready design template sangat terhad
Voucher ni valid untuk 3 jenis buku sahaja. Medium potrait, Small landscape dengan apa tah. Sebenarnya, photobook ada sediakan design. Kononnya nak mempermudahkan beginning user design dorang punya photobook sendiri. Malangnya, bila kita usha-usha, yang boleh guna untuk saiz album tu tak banyak. Boleh pakai design yang ada tapi kita kena upgrade saiz album dan pastinya kita perlu menambah $$$ duit! Saya tak mahu tambah duit sebab nanti kena bebel pula dengan tunang.

Sangat limited! Sangat terhad! Last-last, saya godek-godek buat design sendiri. Pandai juga saya ni. Ngee..

2. Tak boleh lari dari shipment cost
Kalau baca pada term & condition masa nak beli photobook tu, dia ada cakap kita boleh ambil sendiri album kita dengan syarat buat temujanji. Ini saya paling geram sekali. Kami memang plan nak pick up sendiri since photobook ni bukan jauh sangat. Dekat je. Dari beli voucher ni memang dah berniat nak pick up sendiri.

Masa nak isi borang (masa nak hantar design), saya dah tick pada self pick-up tapi bila saya isi je nombor voucher terus jadi pada shipment. Tak boleh nak klik pada self pick-up. Nak tak nak terpaksa jugak bayar RM12 untuk shipment cost. RM12 tu untuk 1 photobook tahu. Saya order 2. Jumlah kos penghantaran yang perlu ditanggung adalah RM24.

Masa ni memang geram sangat sebab nak pergi pick-up dekat pejabat photobook, isi minyak RM10 pun tak habis tahu! Tak ada tol pula tu. Geram sangat! Ini memang masalah untuk saya sebab saya dekat dengan pejabat photobook. Buat yang jauh tu mungkin tak kisah sangat kot.

3. Software photobook macam complicated
Saya rasa macam tu sebab saya kurang familiar dengan software ni kot. Saya guna aplikasi yang saya tahu sahaja. Yang saya tak tahu tu, saya buat dunno je. Kalau rajin godek-godek dan cuba jaya, pasti berjaya lagi hasilnya.


Hasil design saya?
Front cover




Memang saja letak gabar tu macam tu. Jangan teleng kepala pulak. Untuk front cover, saya sukakan front cover yang ada gambar besar macam ni. Ada gambar saya dan Z sahaja. Tarikh tu penting sebab tarikh cantik kan? Ngee. Guna warna kuning sebab warna lain macam tenggelam je. Sila abaikan background si putih lantai itu. hukhuk


Back cover



Untuk back cover lebih kepada ucapan terima kasih untuk semua yang menjayakan majlis pertunangan kami. Gambar haruslah ada. Fully utilised ok!


Isi


Gambar yang ini hopefully tak terlalu lambat untuk di"loading". Selebihnya, susun atur dalam photobook. Sebab banyak gambar jadi saya buat dalam bentuk gif je la ye.


Walaupun, saya ada nyatakan 3 masalah dalam buat photobook ni tapi saya tetap highly recommended untuk sesiapa pun cuba beli photobook buat simpanan dan kenangan. Kalau ikutkan, mula-mula je rasa maca susah nak buat photobook ni. Dah hadap tiap-tiap hari, small matter je tu. Tapi tetap geram dengan shipment cost tu. ishhhh...


Btw, beli beli jangan tak beli.


xoxo

Jumaat, 25 Mei 2012

Pilihan vendor kasut resepsi (custom made)

Salam pembuka bicara...


Hari tu masa saya treaser kasut nikah, ramai yang tertarik dengan tulisan kecil berwarna merah. [tekan sini] Jadi, saya jawab dekat sini sekali je la ye. Dasar pemalas. Bukan apa, 2 minggu ni kerja saya terlalu banyak sampai dah tak larat nak fikir dah.


Ada yang baca tulisan kecil tu bercampur dengan tulisan besar. Tulisan kecil tu macam footnote je, jangan campur aduk dengan tulisan besar taw! he


Ok, buat yang bertanya pasal vendor untuk custom made kasut tu. Meh saya reveal kasut resepsi macam mana yang menjadi pilihan hati saya dan tunang. Tapi kan hari tu, dekat Setia City Mall ada kasut cantik. Harga jauh lagi murah tapi saiz paling kecil dia,saiz 5 which is bila saya pakai dia besar. Boleh masuk 1 jari lagi. Nanges..









Tunang saya meletakan kriteria kasut resepsi saya:
- kasut bukan macam ala-ala sandal atau wedges. Dia tak mahu. Jadi, saya pilih untuk peep toe shoes
- ada back cover sebab tapak kaki ni macam pecah-pecah. Sakit hati tengok.
- ada platform untuk meninggikan saya sedikit. Dapat tinggi 4 inci pun ok la.
- ada brooch bagi blink blink sikit.


Setelah hampir 4 bulan mencari kasut ni dekat Putrajaya, Shah Alam dan Klang tapi tak jumpa yang berkenan di hati atau yang berkenan tu tak ada saiz (sadis sungguh!), jadi saya mintak lah quotation untuk custom made kasut resepsi. Bajet kami below RM200. Ciput je kan?


Hanya ada 2 vendor sahaja yang memenuhi bajet saya. Saya tak survey dekat KL pun sebab malas nak jauh. Minta quotation pun thru FB je. Kalau-kalau korang ada tahu lagi mana-mana vendor untuk custom made kasut, sila bagitahu saya please...


1. You, Me and Shoes.

Kebanyakan design dia, dia caj RM160. Tahu sebab usha-usha gambar dalam FB dia. Saya minta quotation untuk kasut yang macam saya nak, harga yang sama tapi tak ada brooch. Dorang memang tak ada brooch. Kasut lelaki pun dorang ada buat juga taw. Sekarang ni dorang buat promotion for selected design with only RM90. Kita boleh pilih material yang kita nak, warna dan saiz UNTIL 25 May 2012.

Facebook YMS : tekan sini

Untuk deal atau booked appointment boleh emel : ayuazlan.yms@gmail.com


2. Kasut Pengantin (Ladies Shoes)

Kedai akak ni dekat Taman Medan, Petaling Jaya. Atas speedmart sebelah pasaraya karnival. Saya ada full quotation akak ni. Dia jawab pertanyaan kita memang terbaek la. Sangat details taw. Starting price RM 70 sampai lah ratus-ratus. Kebanyakan kasut ala-ala songket dekat butik tu starting price adalah RM70. Kalau ada yang suka design kasut uncung-muncung boleh lah risik-risik akak ni. Kita boleh pilih nak bagi lebihan kain baju kita buat kasut atau pakai kain dia sendiri. Tempoh tempahan adalah 2 sehingga 3 minggu dari hari pembayaran dibuat. Untuk kasut yang macam saya minat ni, harga dia seratus lebih jugak la.

Saya suspek akak ni buat kasut untuk butik-butik la sebab banyak kasut ala-ala dekat butik akak tu buat. Owh ya, lupa. Akak ni boleh buat back cover dekat kasut tapi tak boleh buat full cover untuk satu kaki. At least, akak ni jujur berniaga. Dia mengaku dia tak tahu buat. Terbaek la kak!

Facebook Kasut Pengantin: tekan sini

Kalau nak nombor telefon akak ni, sila tinggalkan emel masing-masing untuk diemel. Hehe.


Ada lagi beberapa vendor yang lain:

3. Nawal Jes : tekan sini


Gorjes kan hasil Nawal Jes!


4. Saiful Sin Couture : tekan sini


Emel: saiful.sin.couture@gmail.com


5. Aleng Tohara : tekan sini


Asfiza hire Aleng Tohara untuk wedding shoes dia. Sila tanya details dekat as ye. hehe


6. Absolutelygorgeous By Amy : tekan sini


Amy bride blogger 2012 juga tahu! 
Email: absolutelygogeousbyamy@gmail.com
Blog: tekan sini


Vendor nombor 3 ke atas macam over bajet saya je. Rasanya dekat KL ada kot yang lagi murah tapi kena rajin survey. Hanya 2 vendor tu je yang memenuhi bajet saya tapi sampai sekarang tak decide lagi. Hari tu dah hampir nak order tapi Setia City Mall buka pula. Haha. Dasar jimat cermat~


xoxo

Rabu, 23 Mei 2012

Kontroversi mas kahwin

Salam pembuka bicara..


Mak saya kata "boleh ke rantai jadi mas kahwin". Sebab orang jarang-jarang buatkan, jadi mak macam tak yakin je. Nasib Lisa Surihani kahwin dapat mas kahwin rantai tangan. Fuhh..


Saja saya nak refresh buat semua. Mas kahwin atau mahar ni pemberian wajib dari sang suami buat sang isteri. Mas kahwin boleh berupa duit, barang atau apa-apa yang mempunyai nilai dan manfaat serta wajib diberi semasa akad nikah. Al-Quran pun boleh dijadikan sebagai mas kahwin  Lagi bagus bagi Al-Quran sebab kita boleh memanfaatkan nya sehingga akhir hayat.


Tapi apa yang saya faham, walaupun kita bagi barang nilainya mesti sama atau lebih dari yang ditetapkan oleh jabatan agama negeri masing-masing. Let say, saya yang bernikah di Selangor. Mas kahwin minimum untuk perempuan biasa di Selangor adalah RM300. Jadi, nilai barang atau barang kemas yang diberi mesti melebihi dari jumlah minimum yang ditetapkan.


Saya baru tahu, kalau mas kahwin dibayar secara hutang, isteri ada hak untuk halang suami daripada menyetubuhinya sehingga suami jelaskan mas kahwin. Bagi lelaki, perlu diingatkan bahawa apabila telah memberi mas kahwin kepada isteri, si suami tak boleh ambil walaupun sedikit dari mas kahwin itu. See. Pentingnya mas kahwin dalam satu-satu perkahwinan.


Semua yang nak kahwin mesti dah sedia maklum yang nilai mas kahwin ni berbeza-beza ikut negeri. Nilainya boleh lah tanya pejabat agama masing-masing. Saya dan tunang telah sama-sama bersetuju untuk jadikan rantai leher yang kononnya untuk upacara batal air sembahyang dijadikan mas kahwin. Insyaallah.


Tapi sekarang ni confius pasal loket. Seutas rantai yang disebut dalam akad tu hanya rantai leher sahaja ke atau termasuk loket ea? Ada sesiapa tahu?


Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami dan urusan kehidupan kami. Berkati lah hubungan kami.


xoxo

Selasa, 22 Mei 2012

Menang lagi! kali ni contest "cinta kami"

Salam pembuka bicara..


Masih ingat kah tak lama dahulu saya ada sertai contest "Cinta Kami"? Ingat tak? Tak ingat, tekan sini.


Sebenarnya, dah lama nak buat entri ni tapi asyik tertunda je. Syukur alhamdulillah. Rezeki orang nak kahwin ni diberi dalam pelbagai rupa dan bentuk. Bukan wang semata-mata. Sebenarnya sangat tak sangka yang boleh menang contest ni.


Alhamdulillah, saya dan tunang menerima tajaan baju resepsi baru berserta aksesori dari butik Mizalya. Kak alya mintak saya hantarkan design baju resepsi yang kami idamkan sebagai hadiah tajaan. Nasib untuk majlis bertandang kami tak ready satu hape pun, tak booking satu apa pun lagi. Fikir lambat lagi kot. Hahaha. Lagipun, masa ni dah senang nak balik rumah bakal mak mertua, tidur pun dah boleh satu bilik. tett..


Saya diberi tempoh dalam 5 hari kot nak cari design baju yang saya dan tunang ingin kan. Penat perah otak. Penat cari design. Penat selak majalah. Nasib housemate saya memang beli majalah pesona pengantin. Boleh la pinjam je dari dia.


Nak tengok design baju yang saya nak tu? Ala, malu nak tunjuk sebab biasa-biasa je. Pang!


Tunang minta design baju sama macam baju resepsi yang Yusri KRU pakai masa dia kahwin hari tu dan ditambah beading pada lengan dan bahu. Kerlas tunang aku! Suka cara lipatan tengkolok Yusri ni.


sumber: google


Manakala untuk baju bertandang saya pula berinspirasi kan baju ini.




Gigih bawa pergi scan majalah dekat tempat kerja. Alhamdulillah~ Terima kasih untuk semua voters. Sayang semuanya.


Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami, berkati hubungan kami.


xoxo

Isnin, 21 Mei 2012

Cenderahati buat tetamu

Salam pembuka bicara..


Bila bercakap pasal cenderahati untuk tetamu banyak sangat pilihan yang kita ada dari kos rendah hingga kos tinggi. Saya ada beberapa list untuk cenderahati buat tetamu ni yang pada saya, saya mampu lah untuk sediakan lebih dari 2000 tetamu mungkin. Kadang-kadang, orang selalu kata "ini je yang dia bagi buat cenderahati" tapi dia lupa makanan sedap dekat kenduri tu bukan ke keluarga pengantin sediakan, bukan ke bajet pengantin dan keluarga keluarkan? Yang penting bersyukur. Tak suka betul mulut-mulut longkang ni.


Untuk majlis saya, antara cenderahati yang kami sekeluarga rancang untuk bagi pada tetamu adalah:


1. Telur
Dah biasa orang bagi kan? Tapi pada saya telur ni memang cenderahati sepanjang zaman la. Kami rancang nak bagi dua jenis telur iaitu telur masin dan telur pindang bergantung pada jenis bunga telur yang tetamu dapat. Paling jimat kos adalah masuk bunga telur dalam bekas telur yang jenis kotak macam orang dulu-dulu tu.


2. Buah
Buah pun kira jimat juga. Tapi kena bagi buah yang tahan lama. Macam epal ke oren ke. Selalu kita beli yang dalam kotak tu dah dapat banyak buah. Harga pun kira murah juga la.


3. Makanan
Macam cookies ke gula-gula ke kek cawan ke. Kalau gula-gula, kanak-kanak mestilah suka. Kek cawan jenis fondant macam mahal sikit tapi kalau kek cawan biasa buat sendiri sangat murah atau tempah dengan orang pun kira boleh tanggung lagi lah kos dia. Gula-gula atau keropok atau kerepek ni kalau kita beli secara pukal  memang sangat jimat. Kalau bagi cookies, saya plan nak isi dalam glass jar. Bahulu pun plan nak isi dalam glass jar. Bahulu ni macam biasa lah sponsor dari nenek saya. Ngee


4. Sabun
Sabun yang dah di ukir tu sebenarnya mahal. Tapi disebabkan mak saya memang nak ada jugak bunga sabun sebagai bunga pahar masa hari nikah (hari nikah je taw), saya ikutkan je la. Bukan saya yang keluar duit pun. Mak yang beli. Setangkai bunga sabun berharga RM 3.00. Kalau saya memang berpeluh la hulur duit.


5. Air mineral
Air mineral kan murah. Boleh la nak combine dengan makanan tadi.


6. Buku yassin
Makin banyak kita tempah buku yassin, makin murah lah harga untuk satu buku yassin ni. Semoga tetamu dapat memanfaatkan buku yasin ni. Tapi buku yassin ni tak sesuai untuk tetamu bukan muslim.


7. Buku warna
Saya memang ada rancangan nak bagi buku warna untuk tetamu cilik. Dah bagi buku warna ni kena la bagi warna sekali. Saya survey-survey macam berbaloi bagi warna lilin aka crayon color. [klik sini] Beli bundle memang dapat murah. Tapi seorang bukan lah dapat 12 batang crayon color, dapat 4 cukup la. Dasar kedekut. Buku warna ni mudah je nak buat dan boleh fotostat banyak-banyak dekat office. Ngee.


Setakat ni, itu je plan cenderahati nak bagi pada tetamu. Keluarga bakal mertua ku juga dapat cenderahati yang sama. Tak ada beza-beza kan pun cenderahati. Orang berpangkat pun dapat cenderahati yang sama juga. Ngee. Pada saya, benda murah ni kalau kita tambah sedikit kerajinan dan kreativiti mesti nampak cantik!


xoxo

Jumaat, 18 Mei 2012

Intai kasut nikah

Salam pembuka bicara..


Hidup mesti diteruskan. Redah dan redha!


Saya dah balik dari kampung malam Rabu hari tu. Kesian dekat tunang yang ulang alik banyak kali untuk hadiri kenduri tahlil. Jadi, semalam saya ikut dia balik Klang. Lagipun, company tak bagi cuti untuk kematian untuk atuk dan nenek. Gila kedekut lah.


Semalam ada shopping mall baru bukak dekat Setia Alam. Setia City Mall namanya. Gila cantik lah. Saya ajak lah housemate merayap ke sana semalam. Konon-kononnya nak tengok-tengok apa yang ada dan yang best dekat sana je. Banyak juga kedai dah bukak walaupun hari pertama. Dan ada juga kedai yang masih tutup.


Jalan punya jalan sambil window shopping. Belek-belek sambil citcat dengan housemate "eh, murah lah. sukalah baju ni. etc". Masuk kedai sini, kedai sana, butik sini, butik sana. Test sini, test sana. Akhirnya, betul-betul berkenan dengan 1 kasut. Since, kasut untuk nikah tu memang plan nak beli sendiri. Sebenarnya, yang lebih tepat "ala, tak ada pun tak pe. kasut tahun lepas boleh pakai. cantik lagi". Terberkenan pula dengan satu kasut ni.


Sebenarnya, dah lama suka kan design kasut macam ni tapi harganya yang lebih RM150 buat saya rasa macam tak berbaloi nak beli. Survey sana sini. Harganya macam tu jugak. Simpan la buat angan-angan. Tapi tetap nak test kasut ni. Lepas tu, tanya lah harga dekat kakak tu (butik kasut melayu ok! Terbaik lah). Bajet mesti kakak tu cakap lebih dari RM100. Sekali tu RM50 je u olls. Apa lagi belilah~


Hati bunga-bunga dapat kasut nikah yang tak dijangka akan dapat. hehehe. Dah cerita panjang. Nah amek treaser. Cuba teka kasut yang mana satu.




Sebenarnya, kasut ni sedikit longgar. Saiz 4 dah habis. Saiz 5 ada 2 je. 1 display, 1 simpanan. Pasal dah jatuh cinta sangat, saya ambil jugak saiz 5 yang dalam simpan. Display duduk diam-diam dekat luar. Nanti beli lapik kasut yang belah belakang tu je. Abang tu siap kata "dik, ni yang baru la. Mana ada orang test lagi. Baru je letak pagi tadi. Kan baru hari ni buka." Malu sendiri. Tapi tak kira lah. Nak yang dalam stor jugak.  Sebab saya selalu dapat kasut display. Saiz 5 ni sangat limited. Asal berkenan je tak ada saiz atau dapat yang display. Nanges.


Dah dapat yang baru dalam stor tu, belek-belek dulu. Confirm kan tak ada defect. Then, baru bayar. Suka sangat!!


pst: Tiba-tiba dapat satu quotation baru untuk kasut sanding. Harga dia murah RM50 dari sorang vendor ni. Ala, macam mana ni? Belum make any payment. Kecik hati tak ea vendor yang lama tu.


xoxo

Khamis, 17 Mei 2012

Kehilangan seorang atuk

Salam pembuka bicara..


Terima kasih untuk doa dan kata-kata semangat yang diberikan dari entri saya sebelum ni. Atuk saya telah menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 2012 (Selasa) jam 12.53 tengah hari. Semoga arwah atuk ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


xoxo

Selasa, 15 Mei 2012

Tolong doakan semoga atuk saya sihat

Salam pembuka bicara..


Aci tak dah lama tak update? Sekali update bukan pasal wedding preparation? Saya terlalu sibuk dengan hal-hal di tempat kerja. Rasa sangat stress bila kerja terlampau banyak. Arghh.. nak jerit. Dan aci tak kalau saya update cerita yang sama macam blog saya satu lagi. Please aci laa.. Sebab saya nak minta kawan-kawan blogger dan pembaca mendoakan kesihatan atuk saya yang tak menentu sekarang ni.


Kawan-kawan, saya nak kenal kan satu-satunya atuk saya yang masih dipanjangkan umur sehingga hari ini.




Ini lah atok saya, Hj Ibrahim b Sarif. Atok saya berusia lebih 100 tahun. Atok adalah abah kepada ayah saya. Seorang bekas polis pada zaman muda beliau. Kadang-kadang, rasa susah nak berkomunikasi dengan atok sebab atok selalu guna bahasa dulu-dulu macam belajar = mengaji, tak pun bahasa minangkabau. Ya, saya berdarah keturunan minangkabau tapi bukan faham sangat bahasa minang.




Atuk sangat kuat sebelum ni. Masih lagi berjalan ke masjid, masih lagi mencari ayam dan itik di waktu petang supaya masuk dalam reban, masih lagi dengar suara atuk marah kalau hartanya di usik sebelum ni, lebih tepat minggu lepas dan lepas lepas.




Saya nak minta kawan-kawan tolong doakan kesihatan atuk yang tak menentu sekarang ni, sakit tua. Sudah 3, 4 hari atuk terlantar di katil kata emak. Tak makan dan minum. Kaki dah sejuk. Ayah tak bagi kami adik-beradik balik sebab ayah kata yang belajar tetap belajar, yang kerja tetap kerja (saya seorang je bekerja). Yang hidup pasti akan pergi. Ayah kata ayah sudah menerima apa pun ketentuan Allah. Dalam masa yang ada ini ayah sentiasa jaga atok siang dan malam. Malam pun tidur bersama atuk. Rasa tak sia-sia lah keputusan ayah berhenti kerja dan balik kampung jaga atuk. Ada hikmah bukan?


Semoga atuk sentiasa diberi kesihatan yang baik dan ayah serta mak saya sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus menjaga atuk saya. Kawan-kawan, doakan kesejahteraan keluarga saya terutamanya atuk.


xoxo

Khamis, 10 Mei 2012

Senarai semak ringkas

Salam pembuka bicara..


Dah lama tak update senarai semak kerja kahwin saya. Ticker menunjukan ada dalam 3 bulan 2 minggu sehari sahaja lagi. Meh nak update senarai semak kerja kahwin secara ringkas pula kali ni.


- Tarikh, tempat dan masa 
- Warna tema 
- Hantaran lelaki - Almost done. Stokin je belum beli.
- Hantaran perempuan - Almost done. Kasut belum beli. Tambahan, telekung dan sejadah belum setel juga.
- Kursus kahwin 
- Ujian HIV 
- Legal document - Not yet. Buat pun tak valid lagi
- Jumlah tetamu dan senarai tetamu
- Jamuan nikah dan menu
- Jamuan walimah dan menu
- Kanopi
- Kek nikah
- Pulut kuning + cup cake
- Kad jemputan - Dalam proses
- Aturcara - Consider done
- Mekap - Pending. Belum sempat nak buat trial
- Henna 
- Pelamin - DIY. Barang-barang dalam pembikinan
- Baju nikah lelaki
- Baju nikah perempuan - Masih dalam pemasangan manik.
- Tudung dan veil - Tudung belum decide. Veil redeem hadiah
- Baju resepsi lelaki dan perempuan - Cuti sekolah 2 minggu nanti baru first fitting
- Kasut pengantin lelaki 
- Kasut pengantin perempuan
- Kain buat pengapit perempuan 
- Kain buat pengapit lelaki
- Photographer - Revised balik. Macam tak nak guna khidmat pak su.
- Videographer
- Door gift
- Bunga pahar
- Handbouquet - Fresh flower. Lambat-lambat pun tak pe
- Entertainment
- Penunjuk arah
- Guestnote
- Photo canvas
- Welcome signage
- Bunga manggar
- Bunga penanggah
- Penginapan tetamu
- Spa
- Honeymoon - Hotel je belum tempah


Tak banyak beza pun dari yang lama. Yang kecil-kecil tu belum setel lagi. Pening. Kerja berlambak.


xoxo

Selasa, 8 Mei 2012

Intai-intai : bantal duduk nikah

Salam pembuka bicara..


Memandangkan saya memang tak hire mana-mana butik untuk majlis saya tak kira samada nikah atau resepsi, jadi semua barang perlu disediakan sendiri. Semuanya DIY you olls.


Nah ini treaser untuk bantal duduk masa nikah nanti. Khas buat Raja dan Ratu Sehari.




Well, DIY bantal nikah saya ni separa DIY je. Sebab beli bantal yang ready made je. Macam bantal hantaran saya tu. Beli bantal ni sebab kebetulan Giant buat offer murah-murah. Bantal ni besar. Muat lah untuk 2 orang duduk. Panggil pengapit duduk dekat-dekat atas bantal pun boleh. Pengapit pun nak ambil berkat pengantin. Mana tahu jodoh cepat. hakhak


Saiz bantal adalah 32inci x 32inci. Tak silap unit dia inci. Harga asal bantal ni hampir RM50 juga tapi sebab kebetulan ada promotion dapatlah harga RM30 lebih. Jimat lah hampir RM20. Ok la kan? Nak lagi jimat adalah jahit dan buat sendiri. Saya bila datang bab menjahit memang lemah lutut sebab tu suka yang ready made ni murah-murah. hakhak


Plan tak aci saya macam biasalah. Beli lagi kain ela untuk buat sarung bantal. Dah beli pun kain buat sarung bantal duduk masa nikah ni. Untuk 1 bantal guna hampir 2 meter kain bidang 60. Tak ingat lah semeter kain saya beli berapa ringgit sebab resitnya dekat mak.


Full review, tunggu lepas nikah ok!


xoxo

Isnin, 7 Mei 2012

Inspirasi kad kahwin

Salam pembuka bicara..


Cerita kad kahwin lagi?? Ala, sabar la. Sebenarnya, saya nak delete gambar-gambar kad kahwin ni. Tapi nak share dalam blog dulu. Sebelum ni, saya simpan kad ni buat inspirasi. Sekarang dah decide dengan design sendiri. Jadi, boleh la delete gambar ni. Agak-agak nak usha-usha balik buka je blog. Semua simpan dalam blog. hekhek


Kad pertama sekali yang menarik perhatian saya. Suka sebab kad ni tekankan pada tarikh dan hari majlis. Siapa vendor ni saya lupa lah sebab dah simpan lama dah. Tengok tarikh pada kad pun dah tahu simpan lama. Ngee. Ampun~



Suka kad ni sebab dia sekeping je~ Dan kad ni ringkas dari Artcetak.




Idea kad kahwin DIY paling ringkas. Nampak macam senang nak buat. Sumber: ada watermark di situ. planetdoodle.blogspot.com




Yang ni nice jugak. Kalau nak kad macam ni tapi ala-ala DIY kena tanya tips dari zimie sebab kad zimie pun ala-ala gorjes macam ni.




Kad yang ini pada saya unik!




Ini pula kad hardcover dengan hotstamping. Terbaik lah!! Suka gila sebab nampak sangat suci gitu.




Monogram dekat kad ni cantik!




Macam gabungan style dulu dan sekarang. Ke saya sorang je rasa macam tu?




Ini pun cantik. Nampak meriah je.




Paling suka macam ni.




Simple.




Suka juga macam ni.




Macam ni lagi suka. Ada nama pengantin je.




Kad kahwin saya sangat berinspirasi dari kad ini.




Dan ini.




Macam ni pun nice juga.




Yang ni, saya dapat dari blog siapa tah. Nice! Macam nak buat kad jemputan nikah guna idea ni pun ada jugak.




Akhir sekali, saya sukakan bahagian tengah kad ni. Menarik~




Ok. Itu sahaja. Sesiapa yang masih mencari idea tu boleh lah jadikan kad-kad di atas sebagai inspirasi.


xoxo

Jumaat, 4 Mei 2012

Perfume FM cosmetics buat hantaran

Salam pembuka bicara..


Untuk part 2 pula, saya nak share pasal perfume. Part 1 sebelum pamplet di buang [klik sini]


FM Cosmetics Malaysia



Saya cuma ambil pamphlet je, tak pergi pun dekat booth dia. Sejujurnya, saya jarang pakai perfume. Tapi ada satu perfume ni buat rasa nak tidur pun nak bau. Eternal Magic Enchanted dari Avon je. he. Suka sangat bau perfume tu. Tidur terbuai lena.


Back to the topic, rasanya perfume dari FM Cosmetics Malasia ni dijual melalui agen kot. Rasanya lah. Tak tahu betul ke tak sebab saya tak tanya lebih lanjut pun.


Perfume ni didatangkan khas dari Eropah. Dorang claimed yang produk dorang jenama mewah tanpa harga yang mahal. Kira mampu miliklah. Jenama dorang saya tak kenal pun sebab bukan penggemar perfume kan. Kalau yang suka perfume mungkin tahu juga kot. Yang menariknya, botol-botol perfume dia ada design-design yang sangat cantik ok! Nak buat hantaran pun cantik taw. Bau dia wangi ke tak, tak tahu la. he


sumber: website FM cosmetics


Nak tahu lanjut; klik sini
Nombor telefon: 012-6303253 (Zuraini)


Untuk makluman, saya tidak terlibat dalam segala hal jual beli di atas. Segala urusan jual beli, booking membooking adalah tanggungjawab kalian sendiri. Saya cuma berkongsi maklumat yang saya rasa kan boleh dikongsi.


Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan walimah kami. Berkatilah hubungan kami.


xoxo

Khamis, 3 Mei 2012

Ciri-ciri penting dalam pembikinan kad kahwin

Salam pembuka bicara...


Saya seorang yang simple. Serius, tak tipu. Bukan seorang suka demand yang bukan-bukan kecuali bab makan selalu nak picky je kan. Ngee. Even dalam pembikinan kad kahwin saya pun saya suka kan yang simple. Owh, kalau nak DIY biarlah yang simple-simple je. Ayah kata biar simple, kos rendah tapi nampak mewah. Mewah ke? Entah la ye. Tapi bab printing dengan design saya sub pada orang lain (kawan saya) pasal dia ada buat bisnes printing dan yang penting, senang sikit kerja aku. Begitu lah.


Saya meletakan beberapa kriteria penting dalam pemilihan design kad kahwin saya. Kriteria saya sendiri ye.


1. Tiada doa-doa
Ini ayah yang request sebab dia takut orang main campak-campak je kad kahwin yang ada doa ni. Kalau dapat mak saya yang terjumpa masa mengemas confirm di campak dan sapu terus. Jadi, ayah tak mahu begitu. Ayah kata tetamu yang datang tu secara tak langsung mendoakan perkahwinan kita. Sebenarnya, saya pun ada pemikiran yang sama macam ayah saya.

Kalau nak letak doa sekali pun, saya suka kan yang ringkas macam "Semoga Perkahwinan Dira dan Zul Berkekalan dan Diberkati". Ringkas kan? Tapi bergantung la pada orang lain. Kalau tanya saya, cara saya la kan?


2. Ringkas
Maksud saya, setakat yang tengok dan survey kebanyakan design yang ada yang terlalu wordy di mata saya atau terlalu colourful di mata saya. Saya survey dekat pameran pengantin la. Owh ya, design pun jangan lah terlalu crowded sangat dengan corak-corak.


3. Straight to the point
Saya sukakan yang straight to the point. Sebab apa? Sebab bila saya dapat kad kahwin, saya akan tengok nama pengantin, tempat, tarikh dan peta. Yang lain, saya tak kesah pun. Jadi, saya buat kesimpulan sendiri kad kahwin saya mesti terus kepada point-point ini. Tak perlu meleret-leret. Point penting:-

  • Nama ibu bapa pengantin
  • Nama pengantin 
  • Tarikh
  • Masa
  • Tempat
  • Aturcara majlis
  • Orang untuk dihubungi
  • Kod GPS (optional)

Kadang-kadang, kita ni ada banyak nama panggilan. Yela, dekat asrama famous dengan nama freshie. Masuk universiti, guna nama lain. Jadi, perlu juga mention nama-nama samaran pengantin ni. Takut orang tak kenal or tak ingat. Saya memang guna dira dari dulu. Siapa yang tak ingat tu memang nak kena lepuk la tu.


4. Peta
Peta ni kena cek betul-betul. Jangan silap. Kalau orang yang dah biasa datang rumah kita memang tak ada masalah tapi kalau yang tak pernah datang dan orang jauh pula tu, kasihan mereka kalau sesat. Cek peta tu berkali-kali-kali-kali. Tunjuk pada parent samada peta ni betul atau tidak. Test sekali guna peta tu balik rumah kita.

Masa pak su saya kahwin tahun lepas, peta ke rumah nenek saya salah. Half way je betul. Orang call berkali-kali ok nak datang rumah. Kesian dekat tetamu. Tak tahu samada pak su saya yang salah buat peta atau orang kedai tu yang salah buat peta.


5. Make sure orang untuk dihubungi tu expert jalan
Maksud saya, expert jalan kawasan nak ke rumah kita. Let say, tetamu sesat sampai ke mana tah bila call orang untuk dihubungi tu, dia tak tahu plak kawasan tu. Then, pass pass dekat orang lain. Kalau saya, memang dah hangin lah kan dok pass pass call.

In my case, saya letak nama ayah, mak dan pak cik saya. Saya tak letak nama adik saya sebab saya tahu adik saya pun tak tahu jalan sangat ke sini. Kami orang baru pindah dekat kawasan ni dan adik-adik saya membesar dekat asrama. Bila balik rumah, duduk rumah je la.


6. Rekaan berulang-ulang
Saya tak minat rekaan berulang-ulang. Maksudnya, kad yang biasa nampak orang pakai. Dah boring kot tengok yang sama je. Spesis sepesen. Alang-alang nak invest dalam buat kad kahwin ni, biarlah sesuatu yang fresh. Tak salah cilok idea sikit dekat sini, sikit dekat sana dan jadi kan design yang baru. At least, you got your own idea right?

For me, pemilihan design kad ini melambangkan keperibadian kita. Macam saya seorang yang simple jadi saya sukakan kad yang simple but nice. Buat orang yang berjiwa kartun, suka baca komik-komik maybe dia akan memilih  kad jenis karikatur. Who know? Dapat kad yang warna-warni, dalam otak saya dia ni mesti ceria orang ye. Then, terus terfikir nak bagi hadiah apa ea untuk orang macam ni? You get my point tak?


7. Pemilihan kertas
Untuk orang DIY macam saya, saya memang tak pilih untuk jenis kad tebal la. Sebab apa? Sebab yang paling penting adalah buat kad mahal-mahal lepas tu orang buang. Owh, duit aku membazir dekat situ. Kalau satu kad 80sen, 10 orang yang buang dah terbazir RM8 yaw. RM8 boleh pergi cuci kereta daku yang asyik berhabuk sebab parking tepi jalan tu.

Selalu kalau buat dekat kedai dorang pakai artcard or ivory card yang berketebalan 220gsm hingga 260gsm. Normally, 260gsm tak silap. Saya yang DIY ni, saya guna kertas 160gsm je. Tebal mana? Ala, selalu dapat sijil masa sekolah dulu kan? Sijil tu tebal tak? Normally, sijil tu bersaiz 160gsm la. Bukan sijil spesies yang nipis-nipis tu taw.




Tya ada tanya mana saya beli cardstock. Jawapan saya, kena tanya zimie. Saya minta zimie yang belikan since zimie kan memang buat bisnes printing. Syarat saya pada zimie, dapatkan kertas warna kuning dan purple. Tak kesah apa jenis pun. Then, zimie belikan saya 3sheet paper. Ini nama kertas ye. Saya tahu pun masa serahkan cardstock untuk printing. Untuk saiz A4, saya dapat 1 rim = RM 13.50. 1 rim ada 100 keping. Saiz kad saya adalah A5. Jadi, 1 rim saya dapat 200 keping kad jemputan. Jadi, kos kertas untuk 1 kad jemputan adalah 0.0675 sen. Bila tambah kos cardstock dengan kos printing, total hampir 0.14sen.

Saya sekarang tengah plan nak buat hot stamping, nak cari yang murah-murah jugak. Nak buat sash pada kad.


8. Pemilihan font
Font ini pun penting juga. Biarlah font yang senang untuk dibaca dan besar sesuai untuk dibaca. Ingat, jemputan kita bukan sekadar rakan-rakan kita je. Rakan-rakan mak ayah kita sekali. Orang tua-tua tak suka baca tulisan kecil.


9. Warna kad
Bergantung pada individu. Saya memang impikan kad saya kena dengan warna tema majlis saya, jadi saya pilih kuning sebagai warna utama kad. Tema majlis kuning kan? Lagipun, warna kuning sesuai lah nak print guna dakwat hitam kan? Hakhak.. Paling cantik, guna kad warna ivory. Pada mata saya lah.


10. Penghargaan
Saya memang plan nak buat penghargaan pada belakang kad. Penghargaan ditujukan buat semua yang terlibat dalam majlis secara langsung atau tidak. Tapi yang ditulis di belakang kad adalah penghargaan untuk semua vendor yang terlibat. Eh eh, siapa je ea vendor yang terlibat? Errr... orang yang buat kan baju nikah, baju sanding, team rewang (glemer orang kampung i you. Saya tak pakai katering), photographer, videographer, MUA, printing dan lain-lain.


Jenuh saya fikirkan 10 point untuk tulis dalam entri kali ini. Untuk vendor printing, saya pernah tulis dalam entri yang lepas. [klik sini]


Vendor printing saya adalah kawan saya, ezzeriq.


Emel: ezzeriq@gmail.com
Skype: Ezrix Jaafar
Nombor telefon: 014-6665924
Facebook : Inkduztry Studio


Sesiapa yang contact kawan saya ni, jangan lupe mention nama saya. Mana tahu dapat murah-murah sikit. Owh, lebih elok tunjuk design yang you all berkenan tu dekat dia sekali.


xoxo

Selasa, 1 Mei 2012

Wedding House

Salam pembuka bicara...


Boleh tak besok saya jawab soalan B2B semalam pasal DIY kad kahwin saya tu? Sorry girls.


Hari ini kan cuti hari pekerja. Yeay! Selamat bercuti buat semua yang bergelar pekerja tu. Misi saya hari ini adalah nak buang segala flyer yang dapat masa pergi mana-mana pameran pengantin. Tapi saya pulak nak buang begitu sahaja. Saya memang ada habit yang sayang nak buang barang. Macam mana nak buat ni?


Jadi, sebelum saya buang dan nak sedap kan hati. Saya share la kat sini maklumat-makluat yang saya dapat dari pamplet-pamplet yang dihulurkan kepada saya. Mana tahu, ada B2B out there yang memerlukan. Sebab saya tak perlu, saya buang je la kan?


Wedding House
Kedai terletak di Seksyen 2, Shah Alam. Ada jual pelbagai cenderamata untuk tetamu macam mug, key chain dan button badge. Selain itu, ada buat bisnes printing macam kad kahwin, banner dan name card. Owh, ya. Nak custom made rubber stamp pun boleh. Eh, guestbook, gift box ada juga taw. Yang menarik lagi, dekat website dia ada wedding tips and tutorial u olls.

Salah satu kad kahwin dari Wedding House; (dia bagi treaser macam ni, saya bagi treser macam ni juga la kat korang sebab saya copy image url sahaja. ngee)




Maklumat lanjut: klik sini
Contact number: 019-3411964 (Ahmad Zamanhuri)
Alamat: No 8A, Jln Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor
Emel: anqrsale@yahoo.com


Ini sahajalah untuk part 1. Ngee


Untuk makluman, saya tidak terlibat dalam segala hal jual beli di atas. Segala urusan jual beli, booking membooking adalah tanggungjawab kalian sendiri. Saya cuma berkongsi maklumat yang saya dapat je.


Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan walimah kami. Berkatilah hubungan kami.


xoxo