Sabtu, 31 Disember 2011

hai 2012, bye 2011

Salam pembuka bicara..

Nak sangat update entri akhir tahun tapi malas nak menaip panjang-panjang sebab tengah buat research sikit ni.

Alhadulillah, tahun 2011 memberi kenangan manis yang penuh bermakna dalam kehidupan saya. Akhirnya, bergelar tunangan kepada seorang lelaki yang cukup saya kasihi dan sayangi.


Syukur alhamdulillah masih dipanjang kan usia. Semoga kedatangan 2012 memberi semangat yang baru dalam kehidupan kita semua. Semoga impian sejak kecil untuk berkahwin pada usia 25 tahun akan menjadi kenyataan. Insyaallah.

Hari ini hari lahir adik saya!

xoxo

Jumaat, 30 Disember 2011

Persediaan kahwin: barang hantaran

Salam pembuka bicara..

Saya nak simpan list hantaran kahwin nanti dekat sini. Kalau misplace buku merah hal kahwin saya boleh terus bukak blog.

Hantaran saya kepada Z

Tema: Pink!

1. Cincin kahwin : tak tahu nak pilih silver ke platim ke platinum. Mana berbaloi?
2. Jersi MU : akan kirim pada deby atau izyan belikan sebab kat sana lagi murah
3. Skincare Loreal Men Expert : tak tahu kenapa Z suka loreal
4. Tali pinggang dan dompet : saya cari jenis kulit. Suggestion?
5. Kasut : kasut ni nak buat pakai sanding sekali
6. Halwa : saya nak sangat bagi dia halwa yang digubah bunga besar. Suggestion?
7. Tart nenas : harap mak dapat buatkan. Nak mak saya punye je sebab saya tak makan tart nenas orang lain buat. huhuhu

Hantaran Z kepada saya

Tema: Purple!

1. Handphone : I need new handphone. Tak kesah la apa jenis pun.
2. Jam : Jam saya dah rosak. Jadi, saya perlu jam baru
3. Handbag : saya tak tahu nak handbag jenis apa? Yang saya tahu, saya suka, saya grab.
4. Kasut : Ingat nak custom made. Kasut ni buat pakai masa sanding juga. Prefer wedges sebab kurang sakit dan kurang penat berbanding heels.
5. Skincare Himalaya Neem atau barang-barang Elianto : Saya suka pakai elianto dan Himalaya terbaik!

Untuk Z, ada tambahan mas kahwin dan rantai kahwin.

Itu sahaja. Harap orang-orang yang sponsor macam hari tu, sponsor door gift ke desert ke. he. Memandangkan masa bertunang bagi semuanya makanan, kali ni nak bagi semuanya barang. Bagi cadangan mana-mana tempat terbaik cari barang-barang ni~ hukhuk.

Oh ya, dari kami bertunang dan bernikah nanti memang tak ada sirih junjung sebab saya dan Z tak mahu dan keluarga kami pun tak mahu.
xoxo

Khamis, 29 Disember 2011

Idea: baju resepsi perempuan

Salam pembuka bicara..

Hari tu nampak rina update pasal idea baju sanding, saya pun nak jugak. he. Rina tiru boleh?

Jom intai mana satu baju untuk resepsi yang menjadi idaman kalbu saya. hahaha. Nak main teka-teka jugak macam rina. Jom teka mana yang saya hampir sama dengan pilihan hati. hekhek

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Pilihan 6

Pilihan 7

Pilihan 8

Pilihan 9

Pilihan 10

Pilihan 11

Pilihan 12

Pilihan 13

Pilihan 14

Pilihan 15

Korang suka yang mana? hehe. Sumber dari pelbagai sumber. Google, blogshop, blog cik lijah

xoxo

Rabu, 28 Disember 2011

Persediaan nikah : baju nikah Z

Salam pembuka bicara..

Semalam dah tengok kan, konon-kononnya baju resepsi untuk tunang saya. [entri ini] Kali ni nak tunjuk baju nikah dia pula. Hehe.

Majlis nikah kami waktu malam dekat masjid. Nak outdoor pun macam tak ada tempat nak outdoor sangat la kan sebab dah malam. Walaupun malam, ada jugak tempat yang terbayang dalam fikiran nak pergi bergambar.


Outfit untuk Z masa nikah nanti dah settle dah. Sebab saya buat sebagai hantaran masa bertunang hari tu. Z hanya akan pakai baju melayu simple yang boleh dijadikan baju raya dan juga baju sekolah. Hek. Baju melayu satin warna putih dan bersampin songket warna baby pink. Warna tema nikah kan white + baby pink. Songkok pun saya dah beli siap-siap. Songkok baldu warna hitam sahaja (kalau lah ada warna pink, mesti saya grab warna pink juga).

Patutnya nak update idea baju resepsi saya tapi mood melayang sebab mak ayah minta kami pertimbangkan untuk cepatkan tarikh nikah. Sekarang ni tunggu kata putus dari tunang sahaja.

Dah baca kisah cinta kami? Kalau nak tahu, klik sini ya! Kalau suka, silalah vote. Thanx~

xoxo

Selasa, 27 Disember 2011

Baju resepsi untuk Z dah boleh lega sikit

Salam pembuka bicara..

Ahad lepas, saya sudah berjumpa dan berbincang dengan elyn pasal persalinan majlis resepsi rumah saya. Ya, elyn adalah orang yang akan mendesign dan menjahit baju resepsi saya. Alang-alang, menang tudung dengan veil hari tu. Senang sekali harung kerja. Terima kasih ye elyn. Elyn sangat kurus dan kecik je orangnya, jeles! Nak tengok hasil kerja elyn. [klik sini]

Lepas baca macam-macam cerita dari blog renee pasal designer. Korang ada rasa takut tak macam saya? Rasa takut nak bagi dekat designer mahal-mahal. Padahal, tak mampu pun. Hek. Quotation yang elyn bagi memang affordable. Yang penting, masih dalam bajet. Recommended dari segi penjimatan. Tapi kalau nak tahu hasilnya kena tunggu nanti la ye.

Disebabkan baju resepsi ni baju saya sendiri, kain kena lah beli sendiri kan? Tapi elyn kata baju lelaki tak payah beli kain. Siap dapat free dengan sampin dan tengkolok. Best kan? Baju resepsi untuk Z macam baju kat bawah ni. Z print atas kertas biru.


Gambar tu ambil dari blog Aisyah Humairah yang cantik!
Satu yang kami careless adalah lupa bagi deposit pada elyn. Padahal, memang dah ingat dah dari awal. First time! Belum pernah bekerjasama dengan mana-mana vendor lagi. Elyn lah orang pertama yang kami deal. Tak ada orang yang berpengalaman bagi guide jugak ni. Sorry elyn! Saya perlu belajar dari kesilapan.

Hopefully, next month saya dapat beli kain untuk baju resepsi saya bersama-sama dengan elyn lepas tu boleh terus letak deposit. Macam lah tak boleh bank in jerk.

Tunang saya dah boleh lega sebab hampir semua baju dia dah settle. Untuk persalinan nikah dia, saya bagi hantaran masa bertunang hari tu. Untuk persalinan resepsi dia pun dah boleh tarik nafas lega sebab tak payah susah-susah cari kain. Persalinan dia untuk majlis bertandang nanti pun bukan susah nak cari sebab majlis rumah dia buat ringkas je macam yang dia ingin kan. Boleh tak saya nak cakap baju kahwin dia dah boleh tak payah nak fikir sangat. Jahat!

Dah baca kisah cinta kami? Kalau nak tahu, klik sini ya! Kalau suka, silalah vote. Thanx~

xoxo

Jumaat, 23 Disember 2011

Idea : flower girl headband

Salam pembuka bicara..

Hari ini tersangat busy! Huh, penat~

Kesinambungan dari entri semalam. [klik sini] Kali ini, saya nak share beberapa idea headband pula.

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Pilihan 6

Pilihan 7

Pilihan 8

Pilihan 9

Dalam banyak-banyak ni, saya suka kan yang atas ni, Pilihan 9. Sebab nampak kepala dia macam ada buah strawberi. Boleh? hekhek

Saya belum buat buat headband lagi. Lupa beli cekak semalam. Tiba-tiba, saya rasa Pilihan 5 macam senang je nak buat. hahaha.

xoxo

Khamis, 22 Disember 2011

Tutorial DIY: Flower girl headband

Salam pembuka bicara..

Hari yang sangat busy. Maaf pada yang lambat saya reply emel. Rasanya semua emel telah saya balas. Kalau ada yang belum dapat balasan emel dari saya, inform saya ye.

Hani, laptop dah ok. Tapi pendrive tak ok. Ingat nak beli pendrive baru je dari hantar balik pada company pendrive tu walaupun ada warranty lagi. Buat masa sekarang, guna pendrive adik.

Malam tadi masa pilih-pilih dokumen untuk delete dan print, jumpa la banyak tutorial dari Martha Steward. Tak jumpa link asal. Maaf ye. Rajin-rajin lah explore Marha Steward punye website. Rasanya ramai kot yang usha situ kan?

Kali ini saya nak share ini,


Ya! Flower girl headband. Ala, baca tajuk pun dah tahu kan?

Bahan nak buat pun simple-simple belaka ni.
1. Cekak rambut
2. Reben
3. Bunga
4. Daun
5. Gam
6. Gunting

Macam mana nak buat? Saya summarize kan di sini ye.


1. Gam hujung reben pada hujung cekak rambut.
2. Lilit ketat seluruh cekak dengan reben.
3. Gam lagi hujung reben pada hujung cekak rambut yang satu lagi.
4. Letak daun dan bunga di sebelah bahagian cekak dan lilit ketat dengan reben semula.
5. Pasti kan gam reben yang lilit bunga dan daun juga. Tak perlu gam pada bunga.

Senang je kan? Tapi saya tak buat lagi. Saya akan cuba buat nanti. Lepas tu, baru treaser boleh? hekhek. Dalam fikiran, recycle barang tunang hari tu je. Cekak je beli baru. Martha Steward guna reben 7 mm. Saya pakai reben yang sedia ada saja lah.

Selamat mencuba!

xoxo

Rabu, 21 Disember 2011

Persiapan kahwin : bajet kahwin

Salam pembuka bicara..

Semalam finalize kan semula bajet kahwin kami.

Yang dalam buku tu, bajet yang pertama. Paling complete dalam buku tu, detail sampai derma untuk tok kadi, derma untuk saksi semua ada dalam tu.

Yang dalam kertas A4, bajet kami kedua. Setelah banyak yang kami tolak itu dan ini. Total semua, tak kira lagi sebab dah gantuk. Baru kira bajet barang hantaran je. Bajet baju nikah dan resepsi juga sudah ada.


Watermark lain sebab laptop dengan pendrive sendiri perlu di format sebab virus-virus durjana dari adik saya yang balik bercuti dari UTeM. Sila abaikan lambang prudential juga sebab buku ini dapat free dari agen prudential saya.

Part bajet ni selalu cancel, tukar dan tukar. Nasib kami pegang prinsip, siapa yang nak dia yang bayar. hekhek. Sebelum ni, mak kata nak bayarkan tapi sebab bakal rumah kediaman kami nanti mak nak renovate jadi bertukar la kepada prinsip siapa nak, dia la bayar. Macam bunga pahar sabun mak yang nak, jadi mak la yang bayar. Doorgift pun begitu. Makanya, dari jumlah yang tak tercapai dek akal telah susut dan susut. Setakat ini dua perkara sahaja yang confirm saya kena leburkan duit sendiri.

Oh ya, kalau ada sesiapa yang nak bajet kedua saya tu dalam paper A4. Tinggalkan lah emel. Nanti saya emel selepas laptop dan pendrive pulih ye.

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami.

xoxo

Selasa, 20 Disember 2011

Persiapan nikah: baju nikah idaman

Salam pembuka bicara..

Sebenarnya, saya dah finalize baju nikah. Semalam pun dah bincang-bincang dengan emak. yippie! Insyaallah, kalau tak ada aral melintang nak cari kain sementara tengah YES. hahaha

Ok, tahu! Saya nampak macam excited sampai mak kata kursus kahwin pun tak pergi lagi. Aja pulak dok complain "ei, ko jangan lah buat kerja awal-awal".

Ada sebab nya:
1. Saya tak suka buat kerja lambat-lambat. Lagipun, awal sebulan dari timeline ni dah kire ok lagi la kan?
2. Lagi takut, bila baca bad experience B2B yang lepas-lepas.
3. Takut juga kalau Z jadi masuk bomba. Kalau dia jadi masuk bomba, 2 bulan tempoh berkurung. Masa ni berutusan melalui surat aje la sebab tak boleh jumpa dan tak boleh guna handphone.
4. Orang yang akan buat beading nanti tengah pregnant. Tak nak kacau bila dah semakin sarat.

Saya ni jenis kalau dah kata macam tu, macam tu jugak saya nak. Tak akan jadi macam ni dengan mudah sekali. Walaupun ditunjuk dan ditayang seribu baju cantik sekali pun yang macam tu jugak saya nak. Tapi kadang-kadang goyah jugak bila tengok baju kurung songket. Saya terlalu inginkan baju songket tapi Z tak mahu. Sekarang ni tetapkan hati dengan baju pilihan kalbu. *Jangan tunjuk baju songket pada saya*

sumber: tak ingat sebab dah simpan lama. rasanya syahrir nurdin.

Begini lah serba sedikit baju nikah saya, insyaallah. Saya suka macam ni. Z lagi lah suka baju ni sebab sangat simple! Yang penting, biar suami makin sayang. hahaha. Saya akan tambah rona-rona pink supaya sesuai dengan tema. Mungkin akan ditambah sedikit lace supaya selari dengan veil. Kerja-kerja beading ditugaskan kepada orang yang terlibat dalam pencarian kain nanti. Si mak boyot itu.

Kain apa yang perlu dicari?
a) Kain crepe
b) Lining untuk inner
c) Lace lebihan kayu (sebab nak pakai sikit je)
d) Manik-manik

Kalau tanya saya kenapa tak nak guna kain chiffon? Jawapan nya, saya nak kan variety. Kain chiffon nak guna untuk baju bertandang. hek

pst: Eh, hari ni kami genap sebulan bertunang! wink wink. Semalam ada orang datang merisik lagi, nasib dah bertunang. Selamat ko Z.

xoxo

Isnin, 19 Disember 2011

Entri penghargaan

Salam pembuka bicara..

Semalam keputusan pemenang contest Stunning Me by Qaseh Elyn telah pun diumumkan.

Terima kasih pada aja dan rosy yang maklumkan kepada saya. Walaupun waktu aja cakap, saya blur-blur. Terima kasih juga kepada elyn kerana buat contest macam ni. Memberi peluang kepada ramai B2B. Ya, saya tahu kebanyakannya mempunyai bajet yang sangat ketat. Yang pasti, semuanya masuk contest dengan tujuan yang sama.

Alhamdulillah. Terima kasih elyn


Secara tak langsung dengan rezeki ini, saya akan tempah baju sanding saya dengan elyn. Baju saya untuk ketiga-tiga majlis (nikah, resepsi dan bertandang) adalah custom made. Tiada yang sewa. Cuma bertandang sahaja yang saya belum decide nak jahit dengan siapa.

Oh ya, saya baru teringat yang saya belum pernah buat entri penghargaan untuk Cik Lijah. Ingat tak bulan 10 hari tu cik lijah pun ada buat contest veil. Saya menang tempat kedua.


Katanya, pemenang tempat pertama akan dapat veil seperti yang diimpikan. Pemenang kedua dan ketiga akan dapat veil seperti


Tapi kak lijah emel saya dan beritahu dia akan buat veil seperti yang diimpikan. Alhamdulillah~ Seronok! Beading untuk baju nikah pun, cik lijah yang akan buat. Insyaallah.

Terima kasih yang tidak terhingga untuk keduanya, Elyn dan Cik Lijah.

xoxo

Ahad, 18 Disember 2011

Survey videographer

Salam pembuka bicara...

Saya masih lagi survey survey dan mencari-cari videographer. Ada sesiapa nak bagi suggestion?


Hari tu ada tanya dengan encik wira tapi tunang pula kata kan bagus kalau sekali dengan resepsi. Jadi, tengah survey yang memberi harga yang afforable. Korang guna khidmat siapa ye?

xoxo

Sabtu, 17 Disember 2011

Giveaway first opening dippy Lyn’s collection

Salam pembuka bicara..

Sangat malas untuk update mengupdate sebab tengah layan cerita korea! Selang seli antara "My girlfriend is Gumiho" dan "Jewel in the Palace". Jewel in the palace ni dah layan banyak kali pun tak pernah bosan.

Kali ni, entri ringkas buat jamu rakan yang datang melawat blog saya ni. Tengok tajuk pun dah tahu kan?



Setelah di tag oleh cik mila dan az zahari, akhirnya saya join giveaway yang dijalankan oleh fazlien. Terima kasih fazlien buat GA macam ni.

Syarat-syarat pernyertaan adalah


Maklumat lanjut, sila klik sini!

Saya nak tag:

Sama-sama jom meriah kan GA ni!.

xoxo

Jumaat, 16 Disember 2011

Perihal nikah dan majlis resepsi

Salam pembuka bicara..

Buat yang dapat timeline saya, mesti tahu bulan ini punya plan adalah rancang tarikh, tempat, tema etc tu.

Semalam, lepas berbincang dengan Z. Kami discuss semula semua perkara ni. Sebenarnya, sebelum bertunang lagi dah bincang dengan Z bersama-sama ayah dan emak saya.

Perihal nikah
Tarikh : 9.11.12 , Jumaat (Sama dengan ulangtahun cinta kami)
Masa : Malam
Tempat : Masjid (masjid depan rumah jerk. he)
Tema warna baju : Off white + baby pink


Tema warna hantaran : Pink (dari saya) + purple (dari Z)




Perihal majlis resepsi
Tarikh : 10.11.12, Sabtu
Masa : Siang
Tempat : Belum confirm
Tema warna majlis : Ton kuning + champagne + putih



Perihal majlis bertandang
Tarikh : 9.12.12, Ahad
Masa : Siang
Tempat : Rumah
Tema warna majlis : Belum confirm

Majlis resepsi di rumah saya tak confirm lagi nak buat kat mana sebab saya dengan ayah nak buat di dewan. Mak pula nak buat kat rumah sebab takut tak ada orang tengok-tengok kan atuk dan nenek. Last-last nanti buat kat padang saja lah gamak ye.

Tema warna rumah Z pun tak confirm sebab Z kata nak bincang dengan family dia dulu. huhu

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Murahkanlah rezeki kami dan tabahkanlah hati kami. Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan dan perkahwinan kami.

xoxo

Khamis, 15 Disember 2011

Vendor kad kahwin murah

Salam pembuka bicara..

Semalam saya update pasal photographer kan? Yang berbaloi-baloi gitu. Ada lah sorang customer Love Emotion Picture Photography ni komen entri saya. Dia sangat lah recommended Love Emotion Picture Photography ni. Tak caya? Meh baca sini.


Nak tahu lanjut boleh la baca di bahagian komen entri semalam

Kali ni, nak update vendor untuk printing kad, design kad kahwin ke name card ke website design ke. Terabyte studio. Harga dia memang sangat berbaloi lah.

Setakat ni, saya baru rekemen dekat sorang je. Asfiza. Entri as pasal vendor ni : klik sini dan siniAs bagitahu price yang vendor ni bagi sangat berbaloi dan paling murah setakat yang dia dah survey. Dan as memang print kad kahwin dengan dia juga. Tak caya tanye la as sendiri.

Lagi sorang, aisyah humairah. Dia pun print kad kahwin dengan dorang jugak. Macam mana saya tahu? Gara-gara entri ini. Some review humairah pasal servis dorang di entri ini. Kedai dorang ni dekat Klang.

Saya pun memang akan guna khidmat dorang untuk kad kahwin nanti. Mula-mula, 50-50 juga sebab dekat area tempat kerja saya ni pun memang ada kedai print kad kahwin yang murah. Tapi, ala guna khidmat kawan kan berbaloi. Ok. Vendor ni memang kawan saya.

Saya pernah tanya dekat dorang, "kalau aku nak buat kad kahwin 1000 bajet 80sen sekeping, kad apa ko nak bagi? aku tengok kebanyakan bagi 80sen ni untuk pocket card". Dan dia jawab, "80sen? ala, tak berbaloi la pocket card. design lama. aku bagi ko booklet card ok x? 10 muka surat?". Amek dialog sikit je ea. Dah lama dah dialog ni, masa saya bagitahu yang saya nak engage dekat owner company ni (ezriq) awal bulan 10 macam tu. Masa tu, blog ni pun tak wujud lagi.

sumber: google

Lepas dengar je kad jenis booklet ni, saya terus terbayang, 1 kad kahwin yang macam buku tulis sekolah yang ada 10 mukasurat. Menarik. Tapi idak ler saya nak bajet 80sen sekeping ezriq oii. Nanti orang buang-buang tong sampah aje. Baru-baru ni, booklet card ni nampak gaya ye macam kad kahwin chef riz je.

Saya tahu macam mana dorang berbisnes sebab tu berani nak rekemen. (ezriq, jia kan my bestie. aku dah korek awal-awal dah) Dorang akan bagi harga yang terbaik untuk korang. So guys, kalau nak print kad kahwin dengan dorang ni sebut je nama saya, insyaallah mesti dapat best price. (Tak sebut pun dapat best price jugak kot). hek.

Berminat nak mintak quotation dari Terabyte Studio? Hubungi:

Emel: ezzeriq@gmail.com atau fadzilnoor30@yahoo.com
Contact number: 014-6665924 (ezzeriq)
Website: http://www.terabytestudio.com/ (website official untuk kad kahwin dalam pembikinan)
xoxo

Rabu, 14 Disember 2011

Promotion [Love Emotion Picture Photography]

Salam pembuka bicara..

Belum ada photographer? Masih mencari-cari photographer yang akan merakam segala detik-detik yang bermakna dalam kehidupan? Love Emotion Picture Photography ada buat promosi.


Untuk 2 event samada nikah + sanding atau nikah + bertandang akan dapat FREE pre-wedding! Limited slot. Hanya ada 5 slot sahaja.


Nak tahu lanjut, email kbr888@gmail.com atau mesej FB mereka atau call mereka di 017-3100290.

Sebenarnya, tak tahu nak update apa. hekhek

xoxo

Selasa, 13 Disember 2011

Review: jemputan

Salam pembuka bicara..

Ini review terakhir pasal e-day hari tu.

Jom kita lihat siapa yang ada masa saya bertunang hari tu.

Orang-orang masjid. Sebelum start majlis pertunangan hari tu, ada bacaan tahlil sikit.

Antara keluarga terdekat Z.

Antara sepupu saya. Sepupu yang paling dewasa dan sepupu yang paling muda.

My bestie. Sayang semuanya

Abang angkat saya berbaju merah dan adik saya yang bambam yang suka tayang lesung pipit dia macam dia sorang je yang ada.

Dan semestinya keluarga asas saya. Adik bongsu saya pergi kursus masa ni. Adik kedua saya pula ada program dekat UTeM.

Sebelum rombongan pulang, harus lah tangkap gambar bersama orang tua masing-masing.

Inilah antara orang yang sama-sama meraikan majlis pertunangan saya dan mendoakan hubungan ini diberkati. Terima kasih semua!

xoxo