Isnin, 31 Oktober 2011

Intip: Cadar

Salam pembuka bicara..

Saya sudah beli cadar baru untuk katil. Sebenarnya tak perlu beli cadar baru. Tapi emak saya yang insist nak beli baru. Katanya, kan sarung cincin dalam bilik je. Saya turut kan sahaja.


Kenapa warna dia macam ni? Besok saya cerita ye.

xoxo *hug and kiss*

Ahad, 30 Oktober 2011

Tagged from miss ika dan miss yana

Salam pembuka bicara..

Sudah selesai soalan-soalan dari wanie. Kali ni nak jawab soalan dari Miss Ika pula. Nak tahu soalan-soalan dari wanie dan serba sedikit tentang saya klik sini. Entri ni bersambung sebab buat entri sekali harung.

11 soalan dari Miss Ika
1. Nama bakal teman hidup anda?
Sama macam soalan wani. Saya suka dia dikenali sebagai Z.


2. Antara kawan dengan kekasih, mana satu anda lebih dahulukan jika mereka memerlukan anda pada masa yang sama
Owh, ini susah ni. Selalunya saya akan buat keputusan yang dapat memberi kepuasan untuk kedua-dua pihak.


3. Hot-tempered? Anda atau pasangan?
Dua-dua tidak.


4. Dating selalu di mana?
Tak ada tempat yang spesifik. Selalu tukar-tukar. Kami jarang dating. he
Kalau makan, selalu makan dekat Kenny Rogers.


5. Honeymoon dalam Malaysia?
Soalan ini susah nak faham la ika. Yang dekat, mungkin Sepang gold course atau Cameron Highland


6. Selalu berjumpa atau jarang-jarang? Mana satu yang lebih anda suka?
Jarang-jarang. Selalunya, sebulan sekali dua saja. Lebih suka begini. Barulah rasa betul-betul rindu.


7. Jika diberi pilihan, hadiah apa yang anda mahu dari pasangan?
Dirinya! he


8. Fastfood or nasi campur?
Saya suka Mc Donald. Big Mac sangat yummy!


9. Traditional or Modern?
Dua-dua pun boleh


10. Blog bride-to-be mana yang selalu an
  • da terjah?

  • Semua saya baca

    11. Adakah anda seorang yang kreatif dan memilih untuk membuat sendiri barang-barang persiapan perkahwinan anda? Nyatakan alasan.
    Ya. he. Tak malu sungguh kau! Sila percaya saya tak merancang hire mana-mana butik. Kecuali hire fashion designer, MUA, henna artist. Kenapa? Sebab saya nak ada kenangan yang sangat manis untuk diingati. Supaya saya sentiasa menghargai setiap detik menuju ke hari bahagia saya. Setiap detik itu, saya nak kenang bersama-sama keluarga saya.

    11 soalan dari Miss yana


    1.bagaimana anda menilai kekasih/tunang/suami anda?adakah kerana ia hensome?sila nyatakan
    Dia biasa ye. Hensem di hatiku. huhu

    2.sila uplod gambar yg anda suke
    Saya suka sangat gambar ni. Cantik. Ber'latarbelakang'kan gunung kinabalu. Masa ni saya dengan kawan-kawan ber'honeymoon' dekat sini.

    3.senaraikan nama kawan baik anda dan beri sebab
    Kawan baik. Semua kawan-kawan saya baik. 

    4.pernah atau tidak bercinta masa sekolah.sila ceritakan
    Pernah-pernah. Cinta monyet. Tak payah la buat cerita

    5. Sila nyatakan 3 perkara tentang anda
    Satu: Saya suka laksa
    Dua: Saya pernah tak minat bau wafer tapi sekarang saya craving pada wafer
    Tiga: Saya tetap tak suka bau famous amos

    6.nyatakan 2 nama yg anda suka @ anda impikan untuk anak anda kelak
    Alamak, saya tak pernah terfikir lagi. Kalau untuk nama anak saya nak ada combination D dan Z

    7.nyatakan makanan yang anda teringin makan tetapi tidak tercapai lagi
    Big mac!!! Dah lebih empat bulan tak makan. sobsob

    8. apakah yanag anda selalu lakukan pada masa lapang
    Saya selalu baca blog orang. he

    9.nyatakan perasaan ketika di tag oleh saya
    Huaaa.... banyak tag yang saya kena buat.

    10.senaraikan 2 perkara tentang orang yang tag kamu
    Satu: Seorang wedding blogger
    Dua: Saya suka header tu. he

    11. panggilan manja yg di panggil oleh kekasih/tunang/suami. sila nyatakan
    hehe.. sayang.


    11 soalan dari saya pula.

    1. Kamu suka dikenali dengan nama apa?
    2. Kamu berasal dari mana (spesifik ye)?
    3. Perkara apa yang korang suka buat?
    4. Apa sebab kamu berblog?
    5. Komen sikit tentang blog saya?
    6. Jom kita gather nak?
    7. Any suggestion tempat yang sesuai kalau kita meet up?
    8. Facebook dengan blog mana lagi korang suka?
    9.  Korang dah kerja ke masih belajar?
    10. Korang selalu berblog masa di ofis ke dekat rumah?
    11. Wedding blog mana korang suka terjah?

    Saya nak tag.

    1. umi
    2. aja
    3. eimy
    4. lieza
    5. nia
    6. dell
    7. atiqah ahmad
    8. fariza
    9. asfiza
    10. aNNor
    11. siapa-siapa pun boleh

    yeay!! habis pun~ good luck untuk yang lain. Korang kena baca dari first entri pasal tag ni taw. klik sini

    xoxo *hug and kiss*

    Sabtu, 29 Oktober 2011

    Tagged from wanie

    Salam pembuka bicara..


    Saya buat tagged dari wanie dulu. Next, tagged dari Miss Ika pula.
    1.You must post these rules.
    2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
    3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
    4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
    5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
    6.No tag back!
    7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.  
    11 perkara mengenai saya.

    1. Panggil saya dhiera. Nama penuh orang selalu salah eja.
    2. Nama penuh saya unik (perasan)
    3. Fasa kehidupan di tempat berlainan.
    4. Masa baby (1-5 tahun) tinggal dekat Shah Alam.
    5. Masa kanak-kanak (5-15 tahun) tinggal dekat Puchong
    6. Masa remaja (15-22 tahun) tinggal dekat Klang
    7. Masa meningkat dewasa (yang tak dewasa sangat) tinggal dekat Kuala Kubu Bharu. Sila kira umur saya sendiri. he
    8. Graduan nutrition dari UPM
    9. Pembelajaran formal pertama masa usia 4 tahun di Tadika Intan Jaya, Shah Alam.
    10. Cita-cita nak jadi housewife tapi terkerja dalam bidang makanan pula
    11. Saya belum pergi kursus kahwin. Ada sesiapa nak ajak saya pergi kursus kahwin? Bakal tunang dah pergi.
    11 soalan yang ditanya oleh wanie.

    1) Name boyfriend/girlfriend/tunang/suami/isteri?
    Saya lebih suka dia dikenali sebagai Z. Nama glamer dia zul.

    2) Dah berape kali clash sebelum jumpe cinta sejati?
    Alamak, 2 kali kot.

    3) Bagi 3 sebab nape buat blog?
    Pertama: suka tulis kot
    Kedua: lepaskan rasa
    Ketiga: alternatif diari bertulisan tangan

    4) Bagi 4 blog korang suke usha?
    Empat: joegrimjow

    5) Bagi 5 lagu favorite korang?
    Ini memang susah. Saya layan je semua lagu.
    Satu: Ayat-ayat cinta (rossa)
    Dua: The day you went away (M2M)
    Tiga: Gemilang (ella)
    Empat: Lucky (brtiney spear)
    Lima: Ku pinang kau dengan bismillah (Pasha ungu feat Rossa)

    6) Warne tema pertunangan, pernikahan, persandingan & resepsi?
    Tunang - hijau
    Nikah - off white + baby pink
    Sanding - kuning 
    Resepsi - biru

    7) Bagi 7 tempat korang teringin nak g honeymoon?
    tujuh??? wanie ni betul la..
    Satu: Paris
    Dua: Geneva
    Tiga: Mana-mana tempat yang ada private pool boleh?
    Empat: Koh Samui (Ini je yang kami mampu)
    Lima: Sepang gold course
    Enam: Kundasang
    Tujuh: Cameron Highland (sebab nak tidur dan rest dalam bilik je)

    8) Gelaran yang korang dan cinta hati guna? (contoh: abg & syg ke syg & anje ke)
    Saya dan kamu. hahahahaha. Tipu.

    9) Tarikh tunang, nikah, sanding & resepsi?
    Tunang - 20.11.2011
    Nikah - 9.11.12 (sempena anniversary hubungan kami)
    Sanding - 10.11.12
    Resepsi - belum decide lagi. Mungkin seminggu selepas atau lepas balik honeymoon.

    10) Bagi 10 sebab nape korang pilih cinta hati sebagai teman hidup?
    Satu: lelaki
    Dua: berakal
    Tiga: bersungguh kot nak tackle saya
    Empat: dah suka dekat dia
    Lima: suka kat dia la
    Enam: laa.....
    Tujuh: lepas kahwin baru bagitahu boleh
    Lapan: perasaan tu Allah yang kurniakan
    Sembilan: saya dah tersayang dia
    Sepuluh: saya sayang dia lah. haha

    11) Cer upload gambar korang dengan cinta hati yang paling sweet..
    Ini serius. Kami tak ada gambar yang bajet hot lagi sweet. Kami jarang tangkap gambar together.


    Saya jawab sekali dengan tag dari Miss Ika. Besok saya sambung ye.

    xoxo

    E-day prep: Handbouquet

    Salam pembuka bicara..

    Ingat entri intip-intip saya yang ini. klik sini.

    Nia teka dengan betul dan tepat. Yang lain pun teka betul jugak. Ya, saya nak buat bunga dari crepe paper. he. Bunga ni nak guna sebagai handbouquet masa tunang nanti.

    Progress sudah hampir 65% dah nak siap. Gambar ni ambil masa 40% baru nak siap. he. Relax je padahal ada 23 hari lagi. Untuk sedapkan hati, lama lagi. lalalala


    Nak tengok outcome dia, tunggu ye. Nanti saya buat tutorial sekali. Banyak la kau punya tutorial dhiera. he

    Sebelum lupa, big thanks to asfiza sebab sanggup carikan bunga yang saya cari tu. tq ya! muah~

    xoxo

    Jumaat, 28 Oktober 2011

    E-day prep: Cadar dan hiasan bilik

    Salam pembuka bicara...

    Update mengenai checklist yang kedua. Owh, ya. Entri intip-intip semalam saya reveal besok ye~ he

    Kalau tengok point kedua pada checklist e-day saya adalah cadar dan hiasan bilik. Kenapa cadar? Dan kalau perasan saya tak ada tulis mini pelamin pun.

    Ini sebab pada fikiran saya macam kurang berbaloi buat mini pelamin sebab saya keluarkan duit untuk pelamin tapi pakai sehari. Walaupun boleh DIY. Jadi saya decide untuk buat acara sarung cincin dalam bilik je. Rasanya bilik saya cukup selesa untuk buat acara sarung cincin semua ni. Kalau nak DIY pelamin, saya perlu spend masa dan tenaga. Kalau bilik guna yang sedia ada sahaja. Sekurang-kurangnya boleh bagi gambaran pada bakal mother-in-law (MIL) macam mana bilik bakal menantu dia ni. hek. Sangat poyo kot~

    Tapi itu lah yang saya fikirkan.

    Untuk hiasan pula, tak banyak yang saya nak hias. Cuma saya nak letak bunga di meja solek. Cadar dah beli yang baru. Kebetulan, ada sale dekat chester! Nanti story ea. Yang lain tak ada kot. Simple je. Owh, ya. Ada sesiapa tak tahu nama bunga ni? Saya ingat nak beli untuk buat hiasan dekat meja solek.


    Saya ada tanya di blog utama saya. Kebanyakanya cakap ini bunga kekwa. Tapi serius, bunga ni kecik je~ Korang tahu tak?

    xoxo *hug and kiss*

    Khamis, 27 Oktober 2011

    Rabu, 26 Oktober 2011

    My Dream Veil Contest by Non-Cinderella Story

    Salam pembuka bicara



    Entri contest yang lain daripada yang lain. Contest mengenai veil idaman. Saya hanya mencuba nasib. Kalau dapat, alhamdulillah kerana secara tak langsung membantu dalam menjimatkan wang.


    Saya bukan seorang terlalu cerewet dalam memilih pakaian. Cukup kalau ianya memenuhi keperluan saya sebagai seorang perempuan muslim dan cukup jika emak saya katakan baju ni ok je. Kalau mak sendiri tak minat, saya pun tak minat lah. Kecuali lah bab makan, memang saya cerewet. he

    Saya seorang anak gadis dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Jadi, saya telah terdidik dengan prinsip "simplicity is me". Sebab itu, saya tak berhasrat untuk mencari mana-mana butik menjadi perunding perkahwinan atau menempah pelamin idaman. Kecuali menempah baju idaman saya. Sebab nya, saya yakin saya mampu merealisasikan impian perkahwinan saya sendiri.

    Veil yang cuba saya pertaruhkan dalam contest ini adalah veil idaman sewaktu nikah. Tapi sebelum itu, saya mempunyai satu soalan kepada puan penganjur. Soalannya adalah berapa lama veil ini valid? Adakah bergantung pada majlis pemenang?

    Pada hemat saya, jika saya pertaruhkan veil idaman bagi majlis pertunangan saya. Saya takut pihak penganjur akan tergesa-gesa kerana majlis pertunangan saya akan berlangsung kurang sebulan dari tarikh tamat contest ini. (Bajet macam menang ye) Sebab itu saya pertaruhkan veil idaman nikah saya yang mungkin dalam tempoh setahun atau kurang dari sekarang.

    Berapa panjang yang saya ingin kan?
    Dengan badan yang agak kecil serta ketinggian yang tak berapa nak tinggi (puan penganjur sendiri tahu kan), saya hanya impikan sehelai veil yang boleh menampakkan saya sedikit tinggi.

    Ya, memang cantik mempunyai veil yang panjang. Gaya seorang puteri raja masuk ke dalam dewan sambil mata tertumpu pada nya. Tapi, saya bukan anak raja. Seperti yang saya katakan "simplicity is me". Veil yang panjang itu adalah angan-angan tak jadi. Sebab apa? Sebab ia hanya akan buat orang berkata "rendahnya pengantin perempuan". Sedangkan pengantin lelaki mempunyai ketinggian lebih 22cm dari saya. Lebih panjang dari sebatang pembaris pendek. Cuba bayangkan?


    Cukuplah mempunyai sehelai veil yang panjangnya sehingga melepasi sedikit bahu saya. Sekurang-kurangnya, ia tidak membuat saya kelihatan rendah. Panjangnya mungkin seperti veil elydalyla ini. 

    Bagaimana potongan veil nya?
    Pada saya, cukup dengan potongan half-oval shape untuk nikah nanti. Tiada sebab lain melainkan saya memang inginkannya.

    Tapi, mohon kebenaran ye cik lijah. Saya edit gambar asal diatas. Bahagian bertanda merah. Saya inginkan efek berombak. 

    sumber: blog cik lijah dan owner gambar sebelah, blognya sudah diremove

    Bagaimana pula dengan warna veil idaman saya?
    Lazimnya, majlis pernikahan melambang kesucian dimana ada 2 orang insan yang berlainan jantina, berbeza sifat dan sikap di satukan dalam ikatan pernikahan untuk bersama bawah satu bumbung yang sama. 

    Warna yang melambangkan kesucian adalah warna putih atau apa warna yang lembut. Jadi, pilihan warna bagi majlis pernikahan saya nanti adalah warna putih (lebih tepat warna off-white) dan digabungkan dengan warna baby pink.


    Gambar di atas adalah persalinan baju lelaki semasa nikah nanti. Jadi, warna yang saya inginkan adalah seperti di atas.

    Bagaimana pula dengan jenis kainnya?
    Pada bahagian ini, fikiran saya sangat tamak. Jika mahukan net, i guess kain net memerlukan pemberat di bahagian bawah supaya dia terletak. Jika mahukan kain sifon, hasilnya memang sangat cantik dengan efek flowy tapi saya fikir penggunaan aksesori perlu berhati-hati sebab takut fabrik lembut ini akan rosak. Jika mahukan fabrik dari organza, strukturnya agak kasar dan keras jadi sukar dibentuk.


    Setelah difikirkan baik buruk, saya memilih kain sifon. Kehebatan kain sifon memang tiada siapa dapat sangkalkan.

    Bagaimana pula dengan rupa veil idaman ini?
    The best veil yang boleh describe veil idaman saya sewaktu nikah adalah veil ini.


    Saya telah jatuh cinta pada veil ini sejak pertama kali melihatnya sedangkan saya jatuh sayang kepada Z setelah beberapa bulan melihatnya.

    Bezanya, warna veil idaman saya adalah off white sebagai base dan baby pink sebagai patch lace dan mungkin boleh ditambah manik berwarna pink yang agak kuat seperti gambar dibawah bagi memberi kesan tarikan. Sebab kedua-dua warna kain adalah lembut.

    Kesimpulannya, potongan veil, panjang, jenis kain dan kesemua yang saya ceritakan adalah idea veil impian saya. Saya tahu dan faham perkara paling penting dalam berpakaian adalah selesa dan tidak merimaskan. Dan saya yakin, keselesaan akan menjadikan saya tampil hebat pada hari perkahwinan saya. Jadi perancangan mengenai rekaan dan jenis fabrik yang sesuai adalah amat penting. 

    Salah satu kelebihan contest ini adalah membuka mata saya untuk berfikir dengan lebih realistik selain mengajar saya untuk lebih teliti dalam membuat dan merancang sesuatu. Terima kasih cik lijah kerana serba sedikit syarat dalam contest ini telah memberi inspirasi bermakna untuk saya.

    Owh, ya. Sebelum saya lupa, orang yang terlibat dalam dialog pertama saya adalah orang yang ingin saya ajak join dalam contest ini.


    xoxo *hug and kiss*

    doodle free from wanie

    Salam pembuka bicara..

    Saya nak ucapkan terima kasih kepada wanie sebab bagi doodle free yang sangat comel untuk saya. Thanx ya wanie. Kalau ada B2B yang tak pernah lagi singgah ke wedding blog wanie, boleh lah berkenalan dengan wanie. klik sini

    Jom tengok doodle comel ni. he


    Oh ya, wanie jugak yang ajar saya link kan blog utama saya dengan blog ini. Link ke blog utama saya berada di sidebar. Setiap update dari blog utama saya akan masuk terus ke blog diari kahwin saya ini.


    Oh ya, tak lupa juga. Bagi shout box, saya telah pindah kan ke page. Link berapa di bahagian atas entri. Sebab apa? Sebab nak kurang kan masa loading. Saya rasa blog ini macam slow sangat loading dia.

    xoxo. *love and hug*

    Selasa, 25 Oktober 2011

    E-day prep : Baju tunang (hunting kain)

    Salam pembuka bicara..

    Untuk makluman, saya memang tak guna mana-mana khidmat butik untuk majlis tunang nanti. Majlis nikah dan resepsi juga mungkin tidak menggunakan butik. Maka, semua persediaan saya dan keluarga buat sendiri.

    Mula-mula, saya nak beli je baju tunang ni. Tapi bila fikir-fikir dan bincang-bincang dengan mak, kami decide untuk buat je sebab baju yang saya nak tu harga dia RM200 lebih. Macam kurang berbaloi sebab kalau buat sendiri lagi jimat dan boleh buat lagi baik dari yang dijual.

    Saya buat baju yang hampir sama dengan baju yang saya minat tu.

    sumber: online shop (maaf saya lupa dari online shop mana)

    Kain yang saya gunakan adalah satin dan korean lace. Tapi ada cerita pembaziran disebalik pencarian kain ini.

    Mula-mula, saya dah beli kain chiffon 4 meter di Nagoya Jalan TAR sebab gambar kat atas ni pakai kain sifon. Semeter RM 6. Seperti sedia maklum, chiffon kan jarang. Masalah nya, kena beli inner pula. Tapi masa ni, saya tak beli inner sifon lagi.

    Tiba-tiba, saya membayangkan kalau guna kain satin mesti lagi cantik outcome dia sebab satin kan shining-shining sikit. Lepas bincang-bincang dengan mak, saya decide simpan aje lah kain chiffon tu. Buat baju lain. Kali ni nekad nak beli satin.

    Satin ni saya beli di Riamoda Tanjung Malim. Semeter RM 16 bidang 60. Saya tak tahu bidang 60 ni kena beli berapa meter untuk sepasang baju kurung. Jadi, saya tetap beli 4 meter. Mak dah pesan jangan kedekut sangat. Beli je yang mahal-mahal tu. Satin murah-murah ni kain dia panas. Saya hanya mengikut perintah puan besar. Masa sekolah dulu, kain sekolah guna satin. Rasanya tak adalah sampai RM15. Sebab tu mak bagi amaran ni.

    Saya tengok juga kain lace di Riamoda, tak ada yang menarik minat dan berkenan di mata. Sebenarnya, saya memang tak reti beli kain sendiri. he.

    Last-last, saya bagi duit pada mak dan minta mak yang cari sendiri. Mak dan ayah beli kain lace untuk saya di Sungai Besar. Sungai Besar memang meriah kain-kain dengan baju ni. Sama je macam Jalan TAR. Ada yang lagi murah taw. Hasilnya, kain lace korea semeter RM39.90. Tapi sangat cantik. Nanges tengok.

    Nenek saya tukang jahit. Jadi, baju tunang saya ni, nenek saya yang jahit kan. Dulu masa emak bertunang dan bernikah, baju tunang dan nikah emak saya, nenek juga yang buat. Baju tunang saya ini hampir 90% siap.

    Weekend nanti, baru saya ambil dari nenek. Tak sabar nak tengok outcome dia. Nenek tak pernah mengecewakan saya. Dah ambil dari nenek nanti, saya buat treaser ye?

    xoxo

    Isnin, 24 Oktober 2011

    Checklist majlis pertunangan

    Salam pembuka bicara..

    Saya nak mulakan entri mengenai preparation saya untuk majlis bertunang nanti.
    Ini adalah checklist majlis pertunangan saya.

    sumber: google

    Yang ada hanyalah:
    1. Baju tunang
    2. Cadar bilik dan hiasannya
    3. Barang-barang hantaran
    4. Bantal hantaran
    5. Mekap
    6. Photographer 
    7. Handbouquet
    8. Cincin tunang dan risik
    Pada majlis pertunangan saya nanti, keluarga saya adakan majlis tahlil untuk arwah mak long dan arwah atuk. Jadi, majlisnya adalah simple-simple belaka~ hahaha. Saya akan review satu persatu preparation nanti ya.

    Ini hanyalah catatan diari saya.

    xoxo

    Salam kenal semua

    Salam pembuka bicara..

    Ini adalah entri pertama saya untuk blog ini. Dalam blog ini, saya hanya ingin kongsikan mengenai pertunangan saya dan perkahwinan saya.

    Sebenarnya, saya mempunyai satu lagi blog. Tapi saya rasakan bahawa saya kurang keyakinan untuk kongsi segala hal persiapan perkahwinan dan pertunangan saya di blog itu sebab saya tahu kebanyakan pembaca mungkin kurang gemar. Dan orang lelaki kan kurang minat dengan cerita macam kahwin atau tunang melainkan mereka di ambang yang sama.

    Ini adalah blog utama saya. Feel free untuk singgah ye.


    Di blog ini, saya nak kongsikan mengenai segala persiapan saya. Kita boleh lah nak sharing segala cerita. Sharing is caring kan?

    xoxo